Sikap manja wanita kadang-kadang dikategorikan sebagai mengada-ngada oleh sesetengah lelaki. Ada lelaki yang menginginkan teman wanita mereka seseorang yang mampu berdikari sendiri, mampu berbuat sesuatu keputusan tanpa menunggu jawapan malah kalau boleh semuanya sendiri.
Menurut John Gray dalam bukunya Mars And Venus On A Date, lelaki memang menyukai wanita yang mamou berdikari dan mampu melakukan segalanya sendiri tetapi pada masa yang sama lelaki juga sebenarnya perlukan perhatian yang sama dari wanita. Namun harus diingat, manjanya jangan berlebihan kerana lelaki cepat bosan dengan situasi ini. Tapi awas juga, jangaan terlalu berdikari kerana lelaki biasanya penuh dengan ego dan mereka akan mengambil kesempatan di atas perkara ini.
![]()
