Seorang professor mempercayai bahawa isterinya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain lantas memotong bibir isterinya atas dasar cemburu pada Khamis lalu di sini.
Selain dari memotong bibir isterinya, professor tersebut sanggup memakan bibir itu.
“Beliau
nampaknya tidak menyesal apa-apa. Beliau adalah orang yang sangat
tersinggung terhadap isterinya,” kata sumber yang tidak ingin dikenali.
Penyerang
merupakan professor yang bertugas di salah sebuah institut terkemuka di
Sweden, Institut Karolinska telah ditahan atas tuduhan cubaan membunuh.
“Wanita
itu pastinya tidak berada dalam keadaan yang selamat, secara fizikal
mahupun psikologi”, kata Ingela Ekman Hessius, peguam kepada mangsa.
Pihak
perubatan juga masih lagi belum membuat kepastian sama ada kecederaan
tersebut masih boleh di betulkan dengan sempurna atau tidak.
Lantaran dari kejadian itu, penyerang telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan psikiatri.
Selain
itu, terdapat juga sumber mengatakan lelaki tersebut sanggup memakan
bibir itu kerana dia tidak mahu bibir itu dijahit semula.