Orang sentiasa menilai seseorang dari luaran berbanding dalaman. Oleh itu, anda perlu persembahkan diri anda sebaik mungkin supaya orang melihat anda dengan tanggapan menarik. Jika anda ingin memikat wanita yang ada kerjaya, sudah tentu penampilan anda perlu menyaingi dia.
Tip kedua : Anda perlu tahu bagaimana hendak merangsang emosi wanita.
Wanita tidak memandang lelaki dengan mata. Sebaliknya mereka memandang lelaki dengan emosi. Jika anda dapat rangsang emosi wanita supaya menyukai anda, anda akan berjaya memikat dia. Berikan dia perasaan teruja untuk kenal dan rapat dengan anda.
Tip ketiga : Anda perlu faham psikologi wanita.
Anda perlu faham apa yeng menyebabkan wanita tertarik dengan lelaki. Ada wanita sukakan lelaki yang gemuk , ada yang sukakan lelaki yang kurus, ada juga sukakan lelaki yang botak. Jadilah seseorang yang boleh menarik minat wanita yang anda sedang pikat untuk dia kenal dan rapat.
Tip keempat : Anda perlu tahu bagaimana hendak memikat wanita melalui daya seksual.
Wanita akan lebih terpikat pada anda jika dia tertarik secara seksual pada diri anda. Wanita boleh rasa suka pada ramai lelaki tetapi dia lebih suka kekal bersama lelaki yang dia anggap mempunyai daya tarikan seksual.
* Kepada para lelaki Selamat Mencuba... usaha tangga kejayaan...Gagal Sekali Bukan Bermakna Gagal Selama Lamanya..~
![]()
