Hidangan versatile, jika ada nasi impit, anda boleh makan dengannya, kalau nak makan dengan mi, mi hoon pun ok, pasta pun ok, pedek kata dengan apa sajalah yang sesuai
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, berat kurang lebih 1.5 kg
6 biji kentang, kupas, potong 4 setiap satu dan rendam
1 pokok daun sup, kerat kasar
2 camca besar bawang goreng
1 kiub ayam (optional)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
2 camca besar ketumbar biji
3/4 camca teh jintan kasar
3/4 camca teh jintan halus
1 camca besar lada hitam
2 biji buah keras
BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkeh
4 biji buah pelaga
BAHAN LAIN :-)
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Tauhu goreng, hiris
Sambal kicap
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ayam dikerat pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul rata. Biar ayam kecut sedikit.
- Tuang air secukupnya, kacau rata. Masukkan daun sup, dan bawang goreng serta kiub ayam (jika guna), biar mendidih dan biar pada api sederhana. Bila ayam 3/4 empuk, masukkan kentang dan bila kentang empuk tambah garam secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
- Hidangkan sup dan tabur hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan bahan lain. Nikmati sup ayam bersama mi atau dimakan begitu sahaja...
![]()
