December 28, 2011

18 Hari Jer??? Ayaaaaa Sinead Umum Bercerai

18 Hari Berkahwin, Sinead Umum Bercerai

Selepas hanya 18 hari berkahwin, penyanyi  “Nothing Compares 2 U” , Sinead O’ Connor mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya, Barry Herridege, dengan alasan tidak mampu melihat lelaki berkenaan terus dihimpit tekanan.
Perceraian berkenaan diumumkan melalui laman web Sinead.

“Anda semua mempunyai banyak sebab untuk memahami sebab perceraian ini berlaku. Biarpun saya cuba menyimpan rahsia ini, namun saya dimaklumkan berita perceraian ini akan tersebar dalam masa beberapa hari lagi, maka lebih baik jika saya sendiri yang memaklumkan perkara ini.

“Selepas tiga jam kami berkahwin, suami saya telah menerima tekanan yang hebat daripada insan yang rapat dengannya. Keadaan ini menyebabkan emosinya terjejas teruk dan semua ini disebabkan oleh sikap pihak terbabit terhadap perkahwinan kami,” katanya.

Menurut Sinead, walaupun lelaki berkenaan adalah seorang yang menakjudkan, namun dia mengambil keputusan itu bagi mengelakkan suaminya itu terus menderita.
“Kami mengambil keputusan yang tergesa-gesa ketika berkahwin dan tidak memikirkan kesan akibat perbuatan tersebut. Bagi mengelakkannya terus tertekan, saya terpaksa menamatkan perkahwinan ini,” katanya.

Sinead, 45, mempunyai empat anak hasil perkahwinan lalu dengan penerbit muzik, John Reynolds pada 1989 dan wartawan Nicholas Sommerlad, pada 2001.