Dalam kehidupan, rata-rata pasangan yang telah lama
mendirikan rumah tangga gemar melakukan seks secara terus tanpa
memikirkan impak yang bakal diterima. Menganggap ia sebagai aktiviti
mingguan yang wajib dilakukan tetapi langsung tidak menitikberatkan
teknik-teknik menarik yang boleh dipraktikkan bagi memancing hati
pasangan.
Walhal teknik inilah yang perlu dititik
beratkan. Tapi apabila bercakap tentang teknik jangan hanya ingat
tentang posisi seks saja, ada perkara yang lagi yang berkaitan.
Antaranya seperti teknik ucapan, sentuhan selain pemanasan yang semuanya
membawa kepada hubungan intim yang menarik.
Ucapkan Dengan Cinta
Harus diingat bahawa komunikasi yang baik berlaku secara dua hala. Kerana itu, ungkapan penuh perasaan cinta dan sayang hendaklah dilakukan dengan telus dan terbuka. Hilangkan rasa malu pada pasangan dan anggaplah bahawa anda adalah sebahagian dari hidupnya. Katakan apa yang kalian inginkan dan berbincanglah dari hati ke hati. Renungi wajahnya dan tanyalah dengan lembut sama ada pasangan dirundung masalah. Sekali-sekala, belailah rambutnya dan ramas tangannya perlahan-lahan bagi membuktikan keikhlasan. Tentu pasangan berasa selesa dan ‘bersedia’ untuk beraksi dengan anda setelah merasai betapa prihatinnya anda padanya.

Ekspresikan Ciuman Dari Hati
Ciuman?
Ia biasa dilakukan sama ada ingin ke tempat kerja atau melelapkan mata
di kamar peraduan. Sebenarnya, apa yang dimaksudkan ialah ciuman yang
mendalam dan terkesan di ingatan? Mungkinkah ia juga kerap dipraktikkan?
Tahukah
anda bahawa ciuman sedemikian mampu mengikis perasaan ‘badmood’ sekali
gus menaikkan nafsu ghairahnya. Hadiahkan ciuman yang paling menggoda
dan berbisa hinggakan pasangan terlupa bahawa sebentar tadi dia
sebenarnya dirundung masalah yang membebankan kepala.
Pentingnya Pemanasan Dalam Hubungan
Malas
melakukan pemanasan atau ‘foreplay’? Janganlah begitu kerana itulah
‘kunci’ keasyikan yang bakal ditemui sebaik anda mula berasmara. Cubalah
usahakan perlahan-lahan, apatah lagi sekiranya pasangan anda
menginginkan.
Susuli dengan sentuhan-sentuhan
lembut di bahagian sensitifnya. Jika perlu, selang-seli dengan gerakan
erotis bagi menaikkan keinginannya. Suasana pastinya lebih romantik
dengan irama lagu serta pencahayaan yang remang-remang. Tentunya ia akan
menaikkan gelora cinta kalian berdua.
Cetuskan Perubahan Dan Berfikirlah Lebih Kreatif
Bagi menghindarkan perasaan jemu dan bosan, usahakan untuk satu perubahan. Mungkin anda perlu luangkan lebih banyak waktu intim berdua seperti mengatur makan malam yang ditemani cahaya lilin ataupun cukup di halaman rumah sahaja dengan simbahan cahaya rembulan.

Segarkan
ingatan bersama ketika menikmati bulan madu serta melayari ‘malam
pertama’ yang cukup memberi makna. Kembalikan kehangatan pelukan dan
ciuman tersebut ke kamar peraduan. Aplikasikan waktu bersama dengan
mengembalikan memori cinta sewaktu mula mendirikan rumah tangga. Tentu
ada sedikit kelainan berbanding asmara yang dilakukan
sebelum-sebelumnya.