December 28, 2011

Perhhhh - ♥ CinTa yg Membawa Kematian ♥

♥ Cinta ♥

KaLimAh KeramAt yAng Tidak Bisa DIpAdam dari KamuS HiduP inSan BerGeLar MaNusia ...

Hadirnya Tidak diundang ... PergiNya puLa tidak Diduga ...

CinTa iTu tidak Perlu dicari ... Kerna ia Hadir SendiRi ...



Asslamualaikum...

Amacam ? best tak intro aku .. haha ... Kali ni aku Nak berCeriTa tentang Simptom-Simptom CinTa yang boleh membunuh ManuSia ...

Acap kali didada akhbar , dikaca telivisyen mahupun di corong-corong radio kedengaran Episod-episod Tragik Kematian yg disebabkan oleh "CinTa" . ( apesal ayat aku skema sangat ni ) . Tidak Dapat dinafikan Lagi bahawa, cinta sememangnya mempunyai "spirit" untuk mebunuh jiwa-jiwa manusia... Oleh yg demikian , aku nk bincangkan beberapa simptom2 cinta yg boleh membunuh .

Simptom2 Cinta tersebut ialah :


1. ♥ Makan Tak Kenyang ♥

Kebiasaannya , Orang yg sedang dilamun cinta akan terganggu dari segi pemakanan, Hal ini berikutan kerana deria "Kenyang" Mereka akan Terganggu dan akan menyebabkan pemakanan mereka tidak terurus dan teratur . Manusia2 normal biasanya akan rasa kenyang sekurang2nya selepas makan 2 -3 pinggan untuk sekali makan .




Tetapi , berbeza dengan insan2 yg sedang dilamun cinta dan sedang mengidap simptom "Makan Tak Kenyang" kerana, mereka sukar untuk kenyang dan mereka akan makan secara melampau. Mereka juga akan terus makan berpuluh2 pinggan sehingga Perut mereka kembung dan Meletup ! Oleh itu , terbukti lah bahawa Simptom "Makan Tak Kenyang" boleh menyebabkan kematian ... ♥



2. ♥ Tidur Tak Lena ♥

Simptom yang kedua , akan menganggu masa rehat pengidapnya.. Insan2 yang sedang dilamun cinta akan kepenatan kerana mereka tidak mendapatkan tidur yg mencukupi ... Fakta membuktikan bahawa tidur yang normal bagi orang dewasa ialah 6 - 8 jam sehari ... Bagi pengidap simptom ini, walaupun Mereka Tidur selama 24 jam , Namun, disebabkan tidur mereka tidak lena , mereka masih tidak mendapatkan rehat yg mencukupi...


Kesannya , mereka cuba untuk tidur lebih lama dari tempoh yang dibenarkan oleh jabatan kesihatan , pada awal simptom ini berjangkit , mereka akan tidur 12 jam sehari .. kemudian bertambah kepada 24 jam sehari .. 36 jam sehari.. dan kadang2 sehingga 48 jam sehari ... Keadaan ini berterusan sehingga mereka tertidur untuk selama-lamanya...♥





3. ♥ Mandi Tak Basah ♥

Simptom ini pula berbeza daripada 2 simptom diatas kerana ia tidak berbahaya kepada fizikal , tetapi ia menggangu emosi pengidapnya... Apabila pesakit cuba untuk mandi , tubuh badan mereka tidak akan basah disebabkan oleh kuasa "cinta" .

Akibatnya mereka akan cuba untuk membasahkan diri mereka dengan mengurungkan diri didalam toilet sehingga berbulan2... lalu , bil air mereka akan meningkat secara mendadak dan menyebabkan mereka terpaksa menanggung hutang yg tinggi .. dan kebanyakan daripada mereka mengambil keputusan untuk membunuh diri... ♥



Akhir kata , Berhati-hatiLah dengan "CinTa"


*Sebarang maklumat dalam entry ini adalah tidak benar melainkan tipu semata-mata , dan aku tidak akan sesekali bertanggungjawab atas kesan daripada membaca artikel ini .

Sekian..