December 03, 2011

Puding Buah Sos Kastad



Bahan-bahan
Bahan Puding
10 gm agar-agar serbuk
6 gelas air
1 tin fruit koktel [asingkan airnya]
1 helai daun pandan [simpulkan]
2 cawan gula
1/2 cawan susu cair
pewarna merah

Bahan Sos Kastad
1 cawan susu cair
2 cawan air
1/2 cawan gula
3 s/b tepung kastad
Cara Memasak

Bahan Puding
1. Masukkan serbuk agar-agar, air, dan daun pandan dalam periuk. Masak sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan air dari fruit koktel. Biarkan mendideh lagi.
3. Tutup api dan buangkan daun pandan.
4. Masukkan susu cair dan sedikit pewarna merah. Kacau rata.
5. Masukkan dlam acuan atau loyang. Sejukkan.

Sos Kastad
1. Masukkan semua bahan dalam periuk.
2. Masakkan dengn api sederhana sehingga mendidih dn nampak agak pekat dari sebelumnya.
3. Sejukkan.
4. Hidangkan dengan puding dan juga fruit koktel tadi.