Seks memang indah tetapi bagaimana pula sekiranya
tubuh tidak memungkinkan seorang suami mahupun isteri untuk
menikmatinya. Sebagai langkah pertama, jangan sekali-sekali abaikan
kesihatan termasuklah perihal makanan, riadah dan istirahat yang
secukupnya. Usahakan agar makanan yang disajikan sehari-hari menepati
nutrisi yang diperlukan. Lantaran itu, usah bimbang sekiranya hubungan
asmara anda semakin ‘senja’.
Masih banyak cara
yang boleh dipraktikkan bagi mengembalikan ‘kehangatan malam pertama’.
Tidak mustahil, sekiranya diikuti dengan teratur, nescaya kedua belah
pihak akan mendapat kepuasan yang diidamkan.
Segarkan ‘Keinginan’ Dengan Rehat Yang Cukup
Usah
bermimpi untuk menjalin hubungan asmara sekiranya anda sedang
keletihan. Dapatkan rehat seketika dan bernafaslah dengan tenang.
Apabila tubuh kembali bertenaga, fikiran juga mudah terbuka untuk
memikirkan ‘aksi-aksi’ yang bakal dipraktikkan bersama pasangan.
Berfantasi Sebelum Berhubungan
Gunakan
sedikit imaginasi sebelum melakukan hubungan intim. Secara tidak
langsung, ia membantu menghangatkan kembali nafsu berahi tatkala
pasangan berada dalam dakapan. Memang benar, ia sekadar mimpi yang
bermain di fikiran tetapi sekiranya anda ‘bijak’ menukar imaginasi
kepada realiti sudah pasti ia lebih menyeronokkan.
Beraksi Dengan Fikiran Yang Positif
Jangan
sekali-sekali perkecilkan kemampuan diri sendiri. Percayalah, hanya
anda yang mengetahui tahap ereksi yang dialami. Kerana itu, sematkan
dalam diri bahawa pasangan pasti puas dengan ‘persembahan’ yang anda
berikan. Sekiranya fikiran kembali positif, nescaya segala yang diharap
berlangsung seperti yang diharapkan.
Tambah Potensi Diri
Sama
ada sedar atau tidak, anda sebenarnya mampu menambah ‘potensi’ diri
menggunakan pandangan, pendengaran, ciuman, sentuhan, pujukan mahupun
usapan. Disebabkan itulah penjagaan wajah dan tubuh badan perlu sentiasa
diberi perhatian agar kelihatan indah dan menawan. Semburan minyak
wangi tentunya menghangatkan lagi detik manis yang dirasai. Oleh itu,
jangan tergesa-gesa menamatkan ‘aksi’ yang baru sahaja hendak bermula.
Lakukan pemanasan dengan pelbagai cara dan sekiranya pasangan sudah
sampai ke ‘kemuncaknya’ barulah ‘tugas’ dilaksanakan dengan
sebaik-baiknya.