Seorang model dari Taiwan, Charmian
Chen, yang nyaris dibogelkan beberapa ekor monyet sebelum ini dilaporkan
telah menjalankan pembedahan kosmetik bagi membesarkan buah dadanya dan
mendedahkan proses tersebut di internet.
Selain membesarkan buah dada, Charmian
yang juga merupakan seorang mahasiswi kolej perdagangan di Universiti
Chengchi Taiwan itu turut menjalani pembedahan mengecilkan bahagian
kedua belah pahanya agar kelihatan lebih seksi.
Sebuah
laman hiburan Taiwan yang terkenal, May Daily, menyifatkan tindakan
model itu membesarkan payudara dan kedua pahanya itu adalah semata-mata
untuk menarik perhatian ramai serta menjadikan dirinya sebagai artis
‘simbol seks’ Taiwan yang paling hangat.
Menurut media itu lagi, selebriti Taiwan
sangat berahsia mengenai sebarang pembedahan kosmetik pada diri mereka
dan tidak pernah dikongsi bersama peminat di negara itu.
Foto-foto Charmian sedang menjalani
pembedahan itu turut menyaksikan model tersebut memiliki tatoo berbentuk
daun ganja di sebelah atas kiri belakang tubuhnya.
Charmian menggemparkan ramai pihak
apabila gadis itu diserang beberapa ekor monyet yang melondehkan
pakaiannya sehingga menampakkan buah dada ketika melawat di Sacred
Monkey Forest di Ubud, Bali, Indonesia, pada bulan Oktober tahun lalu.
Gambar-gambar yang menyaksikan
detik-detik buah dadanya dibogelkan itu tersebar di internet sekaligus
menambah populariti model tersebut di seluruh dunia.
Sejak insiden itu, Charmian diberi nama
jolokan “monkey girl” dan ia dipercayai menjadikannya lebih berazam
untuk menjadi seorang selebriti paling seksi di Taiwa