February 28, 2012

Ekin & Mawi Dapat Anaka Perempuan

GAMBAR ANAK PERTAMA MAWI DAN EKIN
isteri Mawi iaitu Ekin akhirnya selamat melahirkan seorang bayi berjantina perempuan seberat 2.8 kilogram sekitar pukul 4 pagi tadi di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi, Petaling Jaya. Siapa namanya? Semasa kami menulis post ini, anak sulung Mawi dan Ekin itu masih belum diberikan nama.

Kami percaya, ada antara anda yang ingin melihat wajah anak pertama Mawi dan Ekin tu kan? Buat masa ni, anda dan kami hanya mampu menggigit jari kerana Mawi dan Ekin enggan mendedahkan wajah anak sulung mereka itu. Tetapi sebuah majlis kesyukuran akan diadakan dalam masa terdekat bagi meraikan kelahiran anak sulung mereka itu.

Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Mawi dan Ekin kerana sudah mendapat cahaya mata sekaligus bergelar ayah dan ibu. Semoga baby dan Ekin berada dalam keadaan sihat.