February 27, 2012

Hanya beberapa milimeter daripada kematian


Paku sepanjang 3.5 inci nyaris menyebabkan Victor Benavidez maut. Paku yang tersasar ke bahagian lelangit dan terus menusuk sehingga ke belakang  matanya itu hanya beberapa millimeter dari otaknya daripada hasil X-ray yang diperolehi doktor di Hospital Cedars.


Semasa paku itu menusuk lelangitnya Victor tidak merasakan kesakitan dan hanya menyedari bahawa dia mengalami kecederaan selepas menjalani pemeriksaan dan imbasan X-ray di hospital.

Kejadian itu berlaku apabila dia terjatuh ke belakang dan secara tidak sengaja pistol paku dipegangnya tertembak paku lalu menusuk bahagian lelangit mulutnya dan mendapati sesuatu telah berlaku pada  bahagian dalam mulutnya.


Victor yang tinggal di Los Angeles mengalami kemalangan itu ketika membaiki bumbung sebuah rumah. Walaupun tidak merasakan kesakitan, Victor mendapati mulutnya tidak boleh bercakap sebelum menghubungi ahli keluarganya.

Doktor yang merawatnya mengatakan, jika paku itu tertusuk lebih dalam, Victor berkemungkinan besar mengalami kerosakan otak yang kekal, buta, ataupun maut. Alat pencabut gigi di gunakan oleh doktor untuk mengeluarkan paku tersebut