Satu kajian baru mendapati, golongan yang sukar tidur malam berisiko enam kali lebih tinggi menghidap kencing manis dan penyakit jantung.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Genetics itu sekali gus memperlihatkan kesan lebih serius akibat gangguan tidur selain keletihan dan cepat marah.
Penyelidikan melibatkan hampir 20,000 koresponden itu mendapati, simptom-simptom kencing manis boleh dilihat pada seseorang individu yang mengalami gangguan tidur hanya selama tiga malam.
Penemuan terbaru itu boleh menjelaskan
kajian sebelum ini yang menunjukkan mengapa individu yang bekerja pada
waktu malam lebih terdedah kepada kencing manis jenis 2 dan penyakit
jantung.
Saintis berkata, protein yang rosak
dikenali sebagai MT2, boleh menganggu hubungan antara kitaran biokimia,
fisiologi dan kelakuan dengan pengeluaran hormon insulin, mengakibatkan
kawalan luar biasa kepada paras gula dalam darah yang digelar kencing
manis jenis 2.
Profesor dari Kolej Imperial London,
Philippe Froguel berkata, kawalan gula dalam darah merupakan satu
daripada kebanyakan proses yang mengawal kitaran biologi badan.
“Kajian ini boleh memahamkan kita
tentang bagaimana genetik yang membawa komponen utama dalam kitaran
badan, boleh mempengaruhi risiko kencing manis individu tertentu.
“Kita juga dapat mengenal pasti jenis
genetik MT2 yang sangat jarang ditemui yang membawa kesan lebih besar
berbanding jenis biasa yang ditemui sebelum ini,” katanya.
Pengarah Pusat Diabetes United Kingdom,
Dr Iain Frame berkata, kajian genetik seperti yang dilakukan itu sangat
berguna kerana ia menjelaskan bagaimana bentuk genetik seseorang boleh
mempengaruhi risiko mereka menghidap kencing manis jenis 2.
“Risiko kepada penyakit itu tidak
dikawal oleh satu genetik. Kita juga tahu perubahan genetik lain seperti
faktor cara hidup besar kemungkinan boleh memberi kesan kepada keadaan
kompleks ini,” katanya