Syaitan dan
manusia memang pada dasarnya dua makhluk yang berbeza dan saling
bermusuhan. Manusia pada umumnya pasti benci kepada syaitan kerana sifat
jahatnya. Namun, di sifat-sifat jahat ini ternyata ada beberapa sifat
syaitan yang patut di tiru. Mari kita intip beberapa sifat syaitan yang
boleh kita tiru:
1. Setan
tidak akan pernah menyerah selama keinginannya untuk menggoda manusia
belum tercapai. Sedangkan manusia, ramai yang mudah menyerah dan malah
sering mengeluh dalam menggapai sesuatu ataupun dalam menghadapi ujian
dari ALLAH SWT.
2. Setan
akan mencari cara apa sekali pun dan bagaimanapun untuk menggoda manusia
agar tujuannya tercapai, kreatif dan penuh idea. Sedangkan manusia
ingin sedapnya sahaja, banyak yang malas. Sebahagian besar daripada
manusia selalu ingin mendapatkan sesuatu dengan cara yang segera,
padahal cara segera tersebut boleh memudaratkan orang lain. Yang haram
dianggap menjadi perkara yang wajar (Halal).
3. Setan
dari mula diciptakan tetap konsisten pada pekerjaannya, tak pernah
mengeluh dan berputus asa. Sedangkan manusia ramai yang mengeluhkan
dengan pekerjaannya.
4. Sesama
setan tidak pernah saling menyakiti, sebaliknya selalu bekerjasama untuk
menggoda manusia. Sedangkan manusia, jangankan ambil peduli terhadap
sesama, malah saling bermusuhan, membunuh dan menyakiti.
5. Setan itu
paling mahir otaknya dalam mencari cara agar manusia tergoda. Sedangkan
manusia banyak yang tidak kreatif, sebaliknya banyak yang jadi peniru,
tidak mau menciptakan idea-idea baru.
6. Setan itu
bekerja 24 jam tanpa mengharapkan ganjaran apa-apa. Sedangkan manusia,
tidak dibayar tidak akan dilakukan. Material seharusnya bukanlah sesuatu
yang terpenting dalam hidup ini! Sepatutnya kita saling membantu kepada
sesama umat manusia.
7. Syaitan
adalah makhluk yang selalu ingin berteman, berteman agar banyak temannya
di neraka kelak. Manakala manusia banyak yang lebih memilih
mementingkan diri sendiri dan ego. Manusia dalam melakukan sesuatu
cenderung ingin menonjolkan kemampuannya sendiri berbanding bekerja sama
dengan orang lain.
p/s: Yang nyatanya si setan tidak berfikiran untuk melakukan perkara yang ke arah positif ! … Positif untuk hasil negatif?