April 17, 2012

TMJ tidak Mengaku Tunku Mishal Shahrin bin Tunku Ibrahim kerabat diraja Johor??

Tunku Mishal Shahrin bin Tunku Ibrahim pemilik ‘buku lima’ yang dihentam ke muka Adam. Tengku Mahkota Johor tak mengaku kerabatnya dan menyokong Tunku Mishal dipenjarakan.
Wee ...Heboh juga sekarang ini laman laman politik bebas seluruh Malaysia akan identiti sebenar mereka yang terlibat dengan insiden di Lot 10 baru baru ini.
Dalam kejadian 14 April lalu, Mikael Adam (atau SonaOne) mendakwa yang beliau telah di’tarik keluar dari kereta dan terus di’belasah oleh seorang anak kenamaan di hadapan pusat membeli belah Lot 10, Kuala Lumpur.

Insiden yang berlaku sekitar jam 4 pagi itu menyebabkan tulang pipi Mikael Adam patah & terpaksa menerima rawatan di hospital. Dan, Malaysia Today ada melaporkan kerabat Johor terlibat dalam insiden ini.


Dan, berdasarkan kenyataan pemberi maklumat, ini bukan kali pertama Tengku Mishal Ibrahim terlibat dengan pergaduhan kerana sekitar tahun lalu, abang beliau turut menjadi mangsa. 

 Turut memberikan kenyataan dan menarik perhatian Tengku Mahkota Johor yang kemudian membalas menyatakan Tengku Mishal Ibrahim sudah pun di’buang negeri.