May 02, 2012

Fasha Sandha Vs Nora Danish: Berkawan, Bergaduh Dan Berbahagia…

Seperti yang kita sedia maklum, aktres jelita Fasha Sandha sudah pun menjadi isteri yang sah kepada ahli perniagaan, Rizal Ashram Tan Sri Ramli atau Jejai.
Khabar terbaru yang diterimanya, Fasha mengakui dirinya semakin bahagia menjadi seorang isteri semenjak sah dinikahkan dengan Jejai pada Jumaat lalu.
Malah, Fasha juga berasa semakin tenang apabila dirinya sentiasa berada dekat di sisi Jejai.
Menerusi lama sosial Facebooknya, Fasha meluahkan rasa bahagianya dan sempat memberikan nasihat kepada pasangan-pasangan yang masih lagi bercinta untuk cepat mendirikan rumah tangga.
“Memang seronok menjadi seorang isteri, susah utk saya gambarkan kebahagiaan dan ketenangan yg sy lalui sekarang. Kepada pasangan yg sudah lama bercinta tapi belum berkahwin, cepat2 lah kahwin jika sudah bersedia. ;)”
Jika Fasha sedang merasai kenikmatan itu, Nora Danish pun sedang menikmati kemanisan tersendiri dalam perjalanan hidupnya.
Semua orang tahu yang Nora adalah bekas isteri kepada Jejai, iaitu suami Fasha sekarang.
Malah disebabkan kisah peribadi yang melanda, kedua-duanya pernah bermasam muka.

Ketika Fasha dan Jejai berkahwin, Nora yang merupakan duta syarikat pelancongan Triways berada di kota suci Mekah bagi menunaikan umrah.


Yang pasti, kedua-dua mereka sedang gembira dengan kehidupan masing-masing.
Tutup buku lama, buka buku baru.
Semoga kebahagiaan milik mereka berdua buat selamanya, hanya itu yang mampu kita doakan.