June 16, 2012

Lerr!! Kerana bulu dada dia dipenjara....

Sungguh malang nasib Ryan Burke. Maksud hati ingin membalas dendam,tetapi lelaki berusia 27 tahun ini malah dimasukkan ke penjara. Burke yang merasa kesal dengan seorang polis di Evesham England ‘mengerjai’ makanan yang akan dipesan oleh polis tersebut, dengan menaruh beberapa helai rambut ke dalam makanannya.

Lelaki yang berkerja sebagai tukang masak ini akhirnya dinyatakan bersalah, setelah melakukan aksi nekad tersebut.Dia harus duduk di pemjara selama 15 hari. Dia juga dikenakan tuduhan melakukan pembalasan atas tindakan rasmi.

Rupanya Burke pernah ditahan kerana melakukan kesalahan lalu lintas oleh anggota polis Evesham, beberapa waktu lalu. Burke memutuskan untuk melakukan aksi balas dendamnya,ketika polis yang tidak ingin identitinya diketahui itu memesan makanan di tempat Burke bekerja. Burke mengakui, secara diam-diam dia telah memasukkan rambut dari bahagian paling peribadinya beserta bulu dadanya ke dalam masakan yang telah dipesan polis itu.

Selain  di tahanan, Burke pun kini  kehilangan pekerjaan akibat aksi nekadnya itu. Dia juga terancam mendapatkan dua tahun masa percubaan akibat penyerangan pada seorang petugas keselamatan.