June 13, 2012

Siapa DIa?? Penyanyi Lelaki Bertatu Dan “Playboy”?

 Playboy
Agak menggemparkan apabila sebuah blog hiburan terkenal, Rotikaya.com menyiarkan di ruangan gosipnya yang mempamerkan beberapa keping gambar penyanyi lelaki bertatu di lengan dan berpelukan dengan seorang gadis seksi.

Menurut blog tersebut, gambar-gambar panas penyanyi yang sedang meningkat naik itu dikirim oleh seorang peminat melalui emel yang seolah-olah sangat marah terhadap perilaku artis itu yang menyerupai seorang “playboy”.
Pengirim emel tersebut turut mendakwa bahawa meskipun penyanyi yang dirahsiakan identiti itu mengaku mempunyai kekasih hati, dia masih menjalin hubungan sulit dengan bekas kekasihnya sehingga kini.

“Walaupun ketika ini beliau mengakui memiliki kekasih hati, pengirim e-mail mendakwa penyanyi ini masih menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih lama’nya.
“Berderet juga nama yang di’senaraikan kepada kami lengkap dengan tempoh mula & tamat percintaan. Si pengirim seakan mempunyai pengetahuan tinggi tentang kehidupan penyanyi ini,” kata pemilik laman hiburan itu lewat semalam.

Selain dari gambar aksi memeluk gadis seksi, turut disiarkan gambar penyanyi itu menayangkan tatu di lengannya, gambar bercoli di muka dan sekeping gambar lagi yang terdapat segelas air yang dipercayai arak di atas meja di depannya.

Bagaimanapun pemilik Rotikaya.com masih berteka-teki mengenai identiti penyanyi itu yang dipercayai telah bertatu sejak dia tinggal di luar negara sebelum ini..

Sumber