Kerana kesempitan hidup ada masyarakat Filipina yang menjadikan kawasan
kubur sebagai kediaman mereka.Mereka mengubah suai tembok bangunan dan
memasang bumbung dan menjadikan kubur individu sebagai rumah mereka.
Ada juga kubur yang dijadikan tempat bersantai dan
sekolah tadika tempat pembelajaran mereka.Kesempitan hidup memaksa
mengenepikan perasaan takut.Pemandangan ini dapat dilihat di Utara
Manila.
Keadaan ini menyebabkan keresahan penduduk Kota Manila kerana beberapa tembok kubur dipecahkan dan mereka mengeluarkan mayat serta menjual keranda untuk menyara kehidupan mereka.
Kubur itu di bongkar dan dijadikan tempat tidur mereka.Mayat-mayat
pula di buang kedalam satu lubang yang terbiar.Waris si mati merasa
terkejut kerana kubur keluarga mereka menjadi rumah pendatang haram dan
lubang -lubang kubur tempat permainan kanak-kanak.