Semua peminat
hiburan tempatan sedia maklum, Sharifah Sakinah kini sedang hangat
bercinta dengan anak teruna pengarah tersohor, Erma Fatima iaitu Shamil
Equan, 22.
Memandangkan sebelum ini Sakinah pernah dikaitkan dengan pelbagai
kontroversi video mengarut dan tidak elok, oleh itu sebagai ibu kepada
teman lelaki Sakinah, Erma Fatima hanya mampu tersenyum dan menyifatkan
perangai gila-gila pelakon itu adalah sama sepertinya di zaman muda-muda
dahulu.
”Huhh..nasib baik suatu ketika dahulu saya pernah gila macam dia. Jadi, dapat menantu gila pun bolehlah daripada tak ada. “
Dalam pada itu, sewaktu pelakon Sharifah Shahora bergurau kepada Erma
Fatima mengenai video pakaian dalam merah yang pernah dimuat naik oleh
Sakinah, pengarah ini hanya tergelak dan menjawab,
”I tak kisahlah nak pakai bra merah ke, biru, kuning, hijau, kita orang Malaysia kan?
Untunglah Sakinah dapat bakal mak mertua yang sporting macam Erma Fatima
ini kan? Melalui respon peminat, mereka juga melahirkan rasa kagum
dengan sikap terbuka pengarah tersebut dan menyifatkan Erma sebagai
seorang ibu mertua yang baik.
Apa pun, jom layan video keek mengenai penjelasan Erma Fatima berkaitan bakal menantunya itu