May 03, 2012

Nadya berlakon filem porno



Nadya Suleman, wanita yang melahirkan anak kembar lapan, bersetuju berlakon dalam sebuah filem porno untuk membantunya membayar hutang berjumlah lebih RM3 juta.
 
Nadya, 36, mempunyai enam anak sebelum melahirkan kembar lapan itu, tiga tahun lalu.

Dia kini sudah memfailkan untuk mengisytiharkan dirinya muflis selepas gagal membayar hutang, termasuk hutang rumah, bil elektrik dan wang yang dipinjam daripada sebuah sekolah.


Petugas pelindung kanak-kanak di California juga mengunjunginya selepas laporan menyatakan anaknya hidup dalam kesengsaraan.

Nadya yang berbogel untuk sebuah majalah dengan bayaran RM19,000 awal tahun ini, pernah berikrar untuk tidak berlakon dalam filem lucah.


Tetapi selepas berdepan dengan ancaman rumahnya akan dijual, dia menandatangani persetujuan untuk muncul dalam filem seks yang akan memulakan penggambaran musim panas ini.


“Saya terpaksa melanggar ikrar saya. Yang penting, saya akan menjaga keluarga saya. Pendapatannya agak lumayan dan ia akan membolehkan saya mempunyai sebuah rumah yang selamat. “Saya akan melakukannya,” kata wanita itu.

Read more ...

Suami Perkosa Isteri pada Malam Pertama .....



TRIBUNNEWS.COM - Siapa sangka, malam pengantinnya menjadi bencana, seorang pengantin wanita di Inggris, diperkosa oleh lelaki yang baru dinikahinya, lantaran terlalu mabuk untuk 'melayani' suaminya.

Dalam persidangan yang diadakan di 
Exeter, Inggris, wanita yang masih berusia 20 tahun tersebut, mengatakan kepada suaminya, ia enggan melakukan hubungan seks. Namun suaminya tidak mendengar, malah memaksanya untuk berhubungan seks.

"Pada malam pernikahan kami, saya mengatakan tidak ingin berhubungan seks dengannya, kerana walaupun saya sudah menikahinya saya masih punya hak untuk mengatakan tidak," ujarnya seperti dikutip dari Dailymail, Rabu (2/5/2012)."Saya ingat, setelah menolaknya saya pengsan, lalu saat saya sadar melihatnya di atas saya, tengah melakukan hubungan seks dengan saya," lanjutnya. 

Lelaki itu juga dituduh melakukan empat tindak perkosaan lainnya kepada isterinya, sebanyak empat kali, selama dua tahun umur pernikahannya.
Menurut Jaksa Penuntut Umum, Richard Crabb, sikap lelaki itu berubah setelah menikah, dimana isterinya seakan merupakan sebuah benda yang dimilikinya secara mutlak.

Sikap itu, membuat isterinya mengaku sangat ketakutan. Itulah yang menjadi alasan untuk mendakwakan suaminya.
"Saya sangat takut kepadanya. Saya tahu ia seorang yang sangat pemarah. Saya takut ia akan mengambil bayi saya. Mereka hidup saya," serunya.

Ia mengaku mencintai suaminya, namun ia mengaku tidak boleh hidup dengannya. "Saya mencintainya tetapi dengan caranya saya tidak boleh hidup bersamanya," katanya. 
 

Read more ...

Gaun Terlalu Pendek, Hyoyeon ''''SNSD'''' Sukar Naik Tangga

Sebuah gaun boleh jadi sangat bagus saat sebelum dipakai. Ketika dipakai, ternyata boleh menyusahkan. Saat seperti itulah biasanya wardrobe malfunction terjadi. Hal itu terjadi pada personel SNSD Hyoyeon.

Ia mengenakan sebuah gaun mini dengan motif abstrak yang unik. Ia hadir di acara  persidangan MBC ''''Dancing with the Stars Season 2''''.

Hyoyeon terlihat kesulitan saat naik tangga menuju pentas. Ia sampai berjalan menyamping agar gaun mininya tak terlalu naik sampai paha.

Hyoyeon pun nampak malu kerana ia berjalan dengan sangat lucu. Reporter di ruangan itu pun dikhabarkan menertawakan gaya naik tangga Hyoyeon. Demikian dilansir Koreaboo, Rabu (2/5/2012).

Selain Hyoyeon, dalam konferensi pers itu juga hadir Lee Deokhwa, Kim Gyuri, Song Seunghwan, Song Jongguk, Tony Ahn, Choi Yeojin, dan Choi Eungyeong.
Read more ...

May 02, 2012

Fasha Sandha Vs Nora Danish: Berkawan, Bergaduh Dan Berbahagia…

Seperti yang kita sedia maklum, aktres jelita Fasha Sandha sudah pun menjadi isteri yang sah kepada ahli perniagaan, Rizal Ashram Tan Sri Ramli atau Jejai.
Khabar terbaru yang diterimanya, Fasha mengakui dirinya semakin bahagia menjadi seorang isteri semenjak sah dinikahkan dengan Jejai pada Jumaat lalu.
Malah, Fasha juga berasa semakin tenang apabila dirinya sentiasa berada dekat di sisi Jejai.
Menerusi lama sosial Facebooknya, Fasha meluahkan rasa bahagianya dan sempat memberikan nasihat kepada pasangan-pasangan yang masih lagi bercinta untuk cepat mendirikan rumah tangga.
“Memang seronok menjadi seorang isteri, susah utk saya gambarkan kebahagiaan dan ketenangan yg sy lalui sekarang. Kepada pasangan yg sudah lama bercinta tapi belum berkahwin, cepat2 lah kahwin jika sudah bersedia. ;)”
Jika Fasha sedang merasai kenikmatan itu, Nora Danish pun sedang menikmati kemanisan tersendiri dalam perjalanan hidupnya.
Semua orang tahu yang Nora adalah bekas isteri kepada Jejai, iaitu suami Fasha sekarang.
Malah disebabkan kisah peribadi yang melanda, kedua-duanya pernah bermasam muka.

Ketika Fasha dan Jejai berkahwin, Nora yang merupakan duta syarikat pelancongan Triways berada di kota suci Mekah bagi menunaikan umrah.


Yang pasti, kedua-dua mereka sedang gembira dengan kehidupan masing-masing.
Tutup buku lama, buka buku baru.
Semoga kebahagiaan milik mereka berdua buat selamanya, hanya itu yang mampu kita doakan.
Read more ...

Qi Rancang Pinang Yuna 2 Bulan Lagi

 Qi Rancang Pinang Yuna 2 Bulan Lagi
Hubungan cinta antara penyanyi Yuna dan bekas pemain dram kumpulan Old Automatic Garbage (OAG), Qi bukan rahsia lagi, malah pasangan itu kini sedang dalam proses untuk melanjutkan setapak lagi perhubungan itu melalui ikatan pertunangan tidak lama lagi.
Menurut Qi yang juga merupakan seorang pengacara rancangan televisyen dan pelakon popular, dia berasakan sudah sampailah masanya mereka bertunang selepas hampir dua tahun bercinta di mana secara tidak lamgsung ia bagi mengelakkan cakap-cakap kurang manis tentang perhubungan itu.

“Niat untuk bertunang dengan Yuna memang sudah lama ada dalam hati saya, cuma buat masa ini keadaan kami yang sibuk dengan kerjaya masing-masing menyebabkan kami masih belum mempunyai masa yang sesuai untuk bercakap lebih lanjut tentang ikatan pertunangan tersebut.
“Mungkin dalam tempoh sebulan atau dua bulan ini kami akan berbincang tentang perkara itu lebih lanjut lagi. Kami harap semua pihak akan mendoakan yang terbaik untuk kami agar ikatan kami itu akan berakhir ke jenjang pelamin nanti,” ulas Qi tentang perancangannya untuk bertunang itu.

Perhubungan antara Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai dan Qi mula menjadi buah mulut banyak pihak apabila pasangan itu dilihat banyak kali hadir bersama-sama dalam pelbagai majlis sama ada yang disertai oleh Yuna atau Qi yang berasal dari Kuching, Sarawak itu akhir-akhir ini.
Read more ...