September 28, 2011

10 Tip Memulakan Perkenalan dengan Si Dia


Jeng Jeng Jeng...DIsini Jen ingin kongsikan kepada anda semua manalah tahu kan kan kan kan anda terminat dengan seseorang tp tak reti nak meluahkan. He He He . Melihat sahaja wajahnya membuatkan kamu jadi tidak  keruan , bahkan jika boleh kamu mahu menyembunyikan muka kerana diselubungi perasaan malu.  Dalam hati , kamu ingin mengenalinya  dengan lebih dekat  tapi lidah ke lu untuk  berkata-kata . Ikuti beberapa  tip istimewa Selamat mencuba !

1 - Buang rasa malu yang bersarang di hati, kamu mesti berfikiran positif jika ingin mengenalinya.

2 - Sebagai langkah pertama,kamu mesti berusaha untuk mendapatkan nombor telefon si dia menerusi teman-temannya.

3-Tampil dengan penampilan manis dan penuh keyakinan. Kemudian, sapa atau tegur si dia dengan sopan.

4 - Usah kelam kabut, atur bicara dengan tenang. Jangan sesekali memaksanya menerima kehadiran kamu dalam tempoh yang singkat.

5- Beri ruang kepadanya untuk menerima kamu sebagai kenalan, pasti dia juga mahu mengenali hati budi  kamu terlebih dahulu.

6-Jika dia menolak perkenalankamu, tunjukkan kesungguhan dan keikhlasan kamu.

7-Lakukan sedikit homework tentang si dia melalui temanteman rapatnya. Dengancara ini, kamu akan lebih memahami karakter atau  sikap si dia agar mudah kamu mendekatinya.

8- Bersikap positif dan menerima dirinya seadanya. Kamu harus ingat, setiap manusia ada kelemahan, kamu  juga begitu jadi usah mengharapkan kesempurnaan dalam dirinya.

9 - Perlahan-lahan aturkan pertemuanuntuk mengenali hati budinya dengan lebih dekat lagi.

10 - Lebih manis jika kamu (lelaki)meminta keizinan daripada keluarganya sebelum keluar.

*Waaaa bertuah badan kalau tips ini menjadi..selamat mencuba...