September 28, 2011

Tangani Fail Hilang


Kenapa ini berlaku?
* Masalah kabel yang bermasalah. Cuba menggunakan kabel USB yang lain untuk hubung ke komputer lain.
* Masalah bekalan kuasa

Cuba menggunakan bekalan kuasa yang lain.
* Komponen Controller dalam cakera tersebut tidak berfungsi.
* Komponen cakera dalam cakera tersebut gagal berfungsi dengan baik. Kebiasaannya jangka hayat cakera ini lebih kurang lima tahun.

Masalah kegagalan fungsi untuk cakera keras luaran ini tidak boleh dijangka dan kadang kala ia boleh berlaku di awal pembelian.
Cakera keras luaran ini hanya sesuai untuk simpanan data bagi sementara waktu sahaja. Pastikan anda membuat salinan pendua data-data tersebut ke media-media lain seperti cakera keras dalaman, cakera padat (CD), cakera video digital (DVD) dan sebagainya.

Bagaimana untuk dapatkan data-data?
* Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah pastikan ia boleh berfungsi atau dibaca daripada komputer yang lain.
* Dalam Windows, cari program Disk Manager yang boleh dicapai di START> CONTROL PANEL> ADMINISTRATIVE TOOLS> COMPUTER MANAGEMENT> DISK MANAGEMENT.
* Cuba gunakan kabel USB yang lain atau yang sedia ada baik.
* Cuba gunakan bekalan kuasa yang lain.
* Kadangkala cara terakhir ini boleh membantu iaitu cakera tersebut dipanaskan atau disejukkan. Jadi, masukan cakera keras tersebut selama 15 minit ke dalam peti sejuk.

Kemudian, data-data tersebut berkemungkinan boleh dicapai dalam masa yang tidak lama.
* Hantar cekera keras tersebut kepada pihak pakar dengan bayaran yang agak mahal juga seperti di Vbuster, http://www.diskdoctors.com dan lain-lain.
* Cuba muat turun program-program komputer untuk kembalikan data daripada cakera keras yang bermasalah.

Program-program komputer untuk kembalikan data
n TestDisk - Ia berasaskan sumber terbuka untuk pelantar Windows, Linux dan Mac.
http://www.cgsecurity.org/wiki/TestDisk
* Recuva - Ia digunakan untuk pelantar Windows. Terdapat versi freeware tetapi mempunyai fungsi yang terhad. http://www.recuva.com/
* PhotoRec - Ia berasaskan sumber terbuka untuk pelantar Windows, Linux dan Mac.
http://www.cgsecurity.org/wiki/PhotoRec
* Restoration - Ia digunakan untuk pelantar Windows. Ia adalah percuma.
http://www.aumha.org/a/recover.php
n Undelete Plus - Ia digunakan untuk pelantar Windows dan Mac. Ia adalah percuma.
http://undelete-plus.com/
n Getdataback - http://www.runtime.org/

Akhir kata, cakera keras luaran ini hanya untuk simpanan data sementara sahaja. Pastikan data-data yang berada di dalamnya dibuat salinan pendua ke tempat lain. Lakukan penjagaan yang baik dengan memastikan kurang gegaran berlaku ke atasnya. Pastikan juga sambungan yang dibuat untuk pemasangan pada komputer dan dilakukan dengan baik dan berhati-hati. Begitu juga untuk memisahkan atau eject daripada komputer yang digunakan, lakukannya dengan baik.Yeahh selamat mencuba..Sharing is Caring