October 01, 2011

Gelaran edisi ke-90 milik siapa? La La La La..

SELANGOR menempah slot ke suku akhir selepas mengatasi Kuala Lumpur pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, sekali gus menghidupkan misi mereka memburu kejuaraan ke-33.


CABARAN Piala Malaysia edisi ke-90 sudah pun masuk ke pering- kat suku akhir.
Pada 10 Oktober ini, lapan pasu- kan terkuat di persada bola sepak tempatan akan membuat perhitungan sesama sendiri bagi menentukan siapa yang lebih hebat.
Bagaikan nakhoda kapal yang mengetuai pepe- rangan, kesemua jurulatih yang layak ketika ini pastinya rancak memikirkan formula terbaik bagi merebut piala paling berprestij dalam sejarah bola sepak tanah air itu sejak ia mula diperkenalkan pada 1921 (ketika itu dikenali sebagai Piala Malaya).

Walaupun telah berusia 90 tahun selain telah bertukar nama sebanyak dua kali (Piala HMS Malaya pada 1933 sebelum dikenali sebagai Piala Malaysia dari 1967 hingga sekarang), ia jelas tidak pernah melunturkan minat jutaan peminat bola sepak tempatan daripada berterusan mengikuti perkembangan pasukan kesayangan masing-masing.

Pertemuan antara juara sebanyak 32 kali, Selangor yang bakal berentap dengan skuad Seladang, Perak di Stadium Shah Alam pasti- nya paling mencuri tumpuan.

Selain ibarat ‘cencaru makan petang’, lantaran sekadar menempah slot dari Kumpulan D pada saat-saat akhir memintas Kuala Lumpur, pastinya ada sesuatu yang istimewa mahu dibuktikan barisan pemain skuad yang mendapat jolokan Gergasi Merah itu yang kini di bawah tunjuk ajar ‘sifu’ baharu, P. Maniam.

Beliau mengambil alih ‘baton’ daripada K. Devan yang mengucapkan selamat tinggal ketika pasukan itu masih terkapai- kapai memburu slot ke suku akhir sebelum ini.
Pada masa sama, kredibiliti Nori- zan Bakar selaku pengendali Perak juga tidak boleh dipandang sebelah mata apabila mengesahkan status selaku juara Kumpulan A meskipun tanpa kelibat lima tonggak iaitu Shahrulnizam Mustafa, Akmal Rizal Rakhli, Mohd. Nasril Nourdin, Mohd. Syazwan Roslan dan Azmeer Yusof.
Mereka hanya boleh beraksi semula jika Seladang layak ke pering- kat separuh akhir akibat digantung tujuh perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysai (FAM) sebelum ini.

Namun, perjalanan penuh liku jelas menanti pemenang antara kedua-dua pasukan itu lantaran yang menanti mereka di separuh akhir kelak ialah sama ada juara bertahan, Kelantan atau pun Terengganu.
Ibarat aksi ulangan Piala FA musim ini, The Red Warriors pastinya mahu mengubat kedukaan mereka setelah dikecewakan Sang Penyu dengan keputusan 2-1 awal Jun lalu.
Kredibiliti Norshahrul Idlan Talaha dan kapten, Badri Radzi pastinya ditagih Datuk M. Karathu bagi merobek pertahanan skuad kendalian Irfan Bakti di gelanggang lawan di Kuala Terengganu kelak.

Dalam pada itu, aksi ‘berat sebelah’ membabitkan empat lagi pasukan yang dilihat mendapat laluan lebih mudah ke final juga tidak boleh dilupakan begitu sahaja.
Juara 2009, Negeri Sembilan di bawah bimbingan Mohd. Azraai Khor Abdullah sudah tentu tidak mahu memandang rendah keupayaan pasukan berstatus kelab, Felda United dalam satu lagi aksi suku akhir.
Tambahan pula skuad bimbingan E. Elavarasan itu pastinya berazam mahu menjadi pasukan berstatus kelab kedua menjulang Piala Malaysia selepas Selangor MBPJ pada 2003.

Satu lagi pertemuan menyaksi- kan pasukan berstatus kelab, T-Team yang dilihat tidak berdepan masalah meredah Laut China Sela- tan bagi melakukan perhitungan dengan Sabah.
Namun, jika tersilap langkah tidak mustahil menerima nasib sama dengan juara dua tahun berturut-turut sejak 2007, Kedah yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal terlebih awal pada saingan kali ini gara-gara amukan Sang Badak di peringkat kumpulan.