Dalam
kehidupan, rata-rata pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga
gemar melakukan seks secara terus tanpa memikirkan impak yang bakal
diterima. Menganggap ia sebagai aktiviti mingguan yang wajib dilakukan
tetapi langsung tidak menitikberatkan teknik-teknik menarik yang boleh
dipraktikkan bagi memancing hati pasangan.
Walhal
teknik inilah yang perlu dititik beratkan. Tapi apabila bercakap
tentang teknik jangan hanya ingat tentang posisi seks saja, ada perkara
yang lagi yang berkaitan. Antaranya seperti teknik ucapan, sentuhan
selain pemanasan yang semuanya membawa kepada hubungan intim yang
menarik.
Ucapkan Dengan Cinta
Harus
diingat bahawa komunikasi yang baik berlaku secara dua hala. Kerana itu,
ungkapan penuh perasaan cinta dan sayang hendaklah dilakukan dengan
telus dan terbuka. Hilangkan rasa malu pada pasangan dan anggaplah
bahawa anda adalah sebahagian dari hidupnya. Katakan apa yang kalian
inginkan dan berbincanglah dari hati ke hati. Renungi wajahnya dan
tanyalah dengan lembut sama ada pasangan dirundung masalah.
Sekali-sekala, belailah rambutnya dan ramas tangannya perlahan-lahan
bagi membuktikan keikhlasan. Tentu pasangan berasa selesa dan ‘bersedia’
untuk beraksi dengan anda setelah merasai betapa prihatinnya anda
padanya.
Ekspresikan Ciuman Dari Hati
Ciuman?
Ia biasa dilakukan sama ada ingin ke tempat kerja atau melelapkan mata
di kamar peraduan. Sebenarnya, apa yang dimaksudkan ialah ciuman yang
mendalam dan terkesan di ingatan? Mungkinkah ia juga kerap dipraktikkan?
Tahukah
anda bahawa ciuman sedemikian mampu mengikis perasaan ‘badmood’ sekali
gus menaikkan nafsu ghairahnya. Hadiahkan ciuman yang paling menggoda
dan berbisa hinggakan pasangan terlupa bahawa sebentar tadi dia
sebenarnya dirundung masalah yang membebankan kepala.
Pentingnya Pemanasan Dalam Hubungan
Malas
melakukan pemanasan atau ‘foreplay’? Janganlah begitu kerana itulah
‘kunci’ keasyikan yang bakal ditemui sebaik anda mula berasmara. Cubalah
usahakan perlahan-lahan, apatah lagi sekiranya pasangan anda
menginginkan.
Susuli
dengan sentuhan-sentuhan lembut di bahagian sensitifnya. Jika perlu,
selang-seli dengan gerakan erotis bagi menaikkan keinginannya. Suasana
pastinya lebih romantik dengan irama lagu serta pencahayaan yang
remang-remang. Tentunya ia akan menaikkan gelora cinta kalian berdua.
Cetuskan Perubahan Dan Berfikirlah Lebih Kreatif
Bagi
menghindarkan perasaan jemu dan bosan, usahakan untuk satu perubahan.
Mungkin anda perlu luangkan lebih banyak waktu intim berdua seperti
mengatur makan malam yang ditemani cahaya lilin ataupun cukup di halaman
rumah sahaja dengan simbahan cahaya rembulan.
Segarkan
ingatan bersama ketika menikmati bulan madu serta melayari ‘malam
pertama’ yang cukup memberi makna. Kembalikan kehangatan pelukan dan
ciuman tersebut ke kamar peraduan. Aplikasikan waktu bersama dengan
mengembalikan memori cinta sewaktu mula mendirikan rumah tangga. Tentu
ada sedikit kelainan berbanding asmara yang dilakukan
sebelum-sebelumnya.