Apabila
seorang lelaki bertanya mengenai ‘klimaks’ wanita, ramai antara kita
mempunyai pandangan serong terhadapnya. Malah, ada yang terus menuding
jari menuduhnya sebagai gatal.
Hakikatnya,
cukup penting bagi seorang lelaki untuk mengetahui ‘point’ yang mampu
membangkitkan keghairahan seseorang wanita bagi mengelak kerap ‘tewas’ ketika berasmara, seterusnya menimbulkan masalah di dalam rumah tangga mereka.
Perlu
diingatkan, wanita juga mempunyai naluri, nafsu syahwat dan perasaan
ghairah. Apabila wanita itu dalam keadaan ghairah dan bersedia melakukan
hubungan seks, anggota seksualnya terangsang.
Pada masa
ini, darah banyak masuk ke saluran anggota sulitnya, sekali gus
membuatkannya bergelora dan bersedia menerima kemasukan alat kelamin
pasangan.
Jika dalam
keadaan bersedia dan mendapat rangsangan berterusan, dia akan mencapai
kemuncak rangsangan, iaitu orgasma. Ketika itu, dia akan berasa dirinya
terapung dalam suasana ghairah.
Seorang wanita boleh mencapai beberapa kali orgasma jika dia masih berhajatkannya sebelum berasa letih.
Ketika dia mencapai ‘kemuncak’, kulit muka dan payu daranya akan
kelihatan kemerahan dan titisan peluh akan keluar, seterusnya dia akan
masuk ke fasa resolusi atau kelegaan.
Bagi
mencapai kemuncak rangsangan seksual, adalah penting untuk mengenali
bahagian anggota seksual yang mudah mencetuskan rangsangan. Kebanyakan
wanita mudah mencapai kemuncak klitoris jika dibandingkan dengan
kemuncak faraj, terutama jika pasangan tidak mampu bertahan lama.
Kadangkala
menggunakan jari atau mulut dapat mencetuskan kemuncak klitoris. Jika
jari juga digunakan ke langit faraj, iaitu antara tiga hingga empat
sentimeter daripada pembukaan faraj di bahagian yang dikenali sebagai
‘G-Spot’, kemuncak faraj atau G-Spot boleh berlaku.
Apabila
wanita sudah kenal pasti proses kemuncaknya, mudah untuk dia menghayati
pada masa lain. Pada masa sama, dia perlu memainkan fungsi untuk
mencapai kemuncak dengan memberi panduan kepada pasangannya mengenai
tempat dan cara dia mahu anggota seksualnya dirangsang.
Ini cukup
penting jika pasangannya cepat klimaks. Dia boleh mencadangkan kepada
pasangan supaya merangsangkannya dulu dan ketika dia sampai ke ‘pintu’
kemuncak, seks penetratif boleh dilakukan.
Posisi
tertentu dapat memberi kemuncak dengan lebih mudah dan didapati posisi
wanita di atas dapat mencetuskan kemuncak dengan mudah untuk wanita. Ini
kerana dalam posisi itu, wanita yang melakukan dayungan dan gerakan
yang dilakukannya mengikut rentak yang akan mencetuskan kemuncak dengan
senang.