April 30, 2012
April 29, 2012
elaki ini keluarkan bulu dari ******* ketika buang air kecil..
Seorang pengusaha dari India mengalami malpraktek ketika ia menjalani operasi untuk menyembuhkan uretra (saluran yang menghubungkan kandung kemih dengan lingkungan luar tubuh) yang mengalami penyempitan.
Murad Mulla, 48 tahun, merupakan pengusaha dari India yang menderita keadaan aneh, setiap kali dia buang air kecil, air kencingnya mengeluarkan bulu kemaluan. Selama 7 tahun dia mencari doktor yang dapat menyembuhkan penyakitnya dan 6 kali pembedahan telah dia jalani untuk memperbaiki daerah kemaluannya.
Dulu Mulla merupakan pengusaha yang memiliki isteri dan 3 orang anak, tetapi sekarang dia mempertahankan hidupnya dari hasil pinjaman dan tidur dengan perut kelaparan. Penyakit yang dideritanya membuat Mulla tidak mampu bekerja.
Semua bencana ini bermula ketika doktor melakukan urethroplasty (prosedur bedah untuk membuat uretra) menggunakan sepotong kulit dari skrotum (buah zakar) untuk mengatasi masalah penyempitan uretra yang dialaminya, sehingga rambut kemaluan mulai tumbuh di dalam tubuhnya.
Rasa gatal yang terus-menerus menyerang bahagian peribadinya membuat Mulla menderita dan tidak bisa tidur. "Pil tidur memberi saya kekuatan. Setiap kali rasa sakit menjadi tak tertahankan, saya merasa bahawa saya memiliki sesuatu untuk mengakhirinya," kata Mulla.
Sebenarnya, beberapa bahagian tertentu dari skrotum tidak memiliki pertumbuhan rambut, jadi boleh digunakan untuk tindakan urethroplasty, tetapi pada kes Mulla, yang terjadi sebaliknya.
Beberapa doktor juga menganggap prosedur tersebut sudah kuno. Seorang ahli mengatakan, di masa sekarang doktor menghindari menggunakan kulit dari skrotum dan menggunakan mukosa bukal (kulit mulut) untuk menghindari terjadinya komplikasi.
"Hal yang mengerikan adalah ketika saya mengetahui rambut kemaluan mulai tumbuh di dalam tubuh saya. Doktor menyuntikkan bahan kimia ke dalam tubuh saya melalui penis dan mengatakan itu dapat menyelesaikan masalah. Tapi itu hanyalah solusi sementara," ujar Mulla.
Pada akhirnya, masalah Mulla pun teratasi setelah dia kembali berubat ke Hospital St George. Oleh doktor yang sama, Mulla dioperasi kembali - yang kali ini menggunakan kulit dari mulutnya. "Tidak sekalipun dokter menyesali keputusannya. Saya bahkan juga dikenakan bayaran untuk operasi yang kedua."
FuYOOOOOO!!!!! So Nice? Jomm Cuba??
Rambut merupakan salah satu mahkota yang amat dijaga
oleh kaum wanita..tetapi ada juga diantara mereka yang sanggup
berfesyen dengan gaya rambut begini ....
ada tak yang sanggup mengayakan fesyen rambut begini???
Inilah Kisah Gadis Lumpuh Tulis Novel dengan Bibir ....
VIVAnews - Banyak jalan menuju Rome. Mungkin itu yang membuat Wang
Qianjin tak mengubur mimpinya menjadi penulis novel. Meski tangannya
lumpuh, ia masih boleh menggunakan gerak bibir untuk menulis kisahnya
huruf demi huruf ke layar komputer.
Gadis 18 tahun berasal Zhenjiang, Daerah Jiangsu, China bahagian timur, itu menderita lumpuh otak atau cerebral palsy.
Selain sulit menggerakkan tangan, penyakit itu juga membuat Wang
kesulitan berkomunikasi. Ia hanya menggunakan komputer untuk berhubungan
dengan dunia luar.
Meski tak pernah mendapat pendidikan formal di sekolah, ia sangat fasih
berkomunikasi dalam bahasa China, walau lbelajar di layar komputer. Ia
juga memahami bahasa Jepun dan Korea.
“Saya banyak menonton drama TV yang ada tulisan terjemahannya di layar.
Saya mempelajari itu sekaligus pengucapannya. Saya selalu ingat semua
setelah menontonnya sekali,” katanya seperti dikutip dari laman
orange.co.uk.
Hanya boleh berkomunikasi melalui komputer, Wang sangat menikmati dunia
maya. Ia menulis banyak kisah dengan nama samaran ‘The Exiles Fairy’.
Karya terbarunya, kisah cinta sepanjang 200 ribu karakter yang
menggambarkan perjalanan seorang gadis dari keluarga kaya yang jatuh
cinta dengan seorang gangster.
Ia mengunggah kisahnya bab demi bab. Lebih 340 ribu pengakses. “Banyak
pembaca meninggalkan pesan untuk saya, meminta saya untuk meng-update
lebih cepat, tapi saya hanya boleh menulis secepat saya boleh,” katanya.
Kini, dia berjuang keras menyelesaikan novelnya sesuai kontrak dengan
seorang penerbit online . “Saya menulis mulai jam 9 pagi hingga 1 malam.
Selain makan dan tidur, saya menghabiskan seluruh waktu saya di depan
komputer.”
Ayahnya, Wang Yunqi, baru menyedari bakat dan kehebatan putrinya setelah
seorang penerbit online menawarkan kontrak kerja sama untuk sebuah
novel. “Dia hanya tinggal di rumah dan tidak pernah sekolah. Sulit untuk
percaya bahawa dia dapat menulis, bahkan menulis novel,” kata sang
ayah.
Celebral palsy merupakan penyakit yang ditandai dengan terganggunya
fungsi otak dan jaringan saraf yang mengendalikan gerakan, laju belajar,
pendengaran, penglihatan, dan kemampuan berfikir.
Penyebabnya belum dapat dipastikan. Namun, banyak yang beranggapan
terjadi akibat kelahiran prematur sehingga bahagian otak belum
berkembang sempurna, bayi lahir tidak langsung menangis sehingga otak
kekurangan oksigen, atau adanya cacat tulang belakang dan pendarahan di
otak.
Wang telah menjadi inspirasi orang untuk tak menyerah dengan keadaan.
Foto Artis Makiyo, Iklan Sabun Semi Bogel Bikin Heboh...
Makiyo, penyanyi,pelakon, dan presenter TV berumur 29 tahun, membuat
hebot penggemarnya dengan tampil semi bugil dalam iklan produk sabun.
Dalam iklan tersebut, Makiyo mengenakan "busana busa sabun", tanpa
sehelai benang hanya busa sabun yang menutupi payudara dan miss V-nya.
Video penampilannya tersebut telah diunggah ke situs video yang populer
di Cina, Youku dan telah ditonton lebih dari 1 juta pengunjung situs
Jumat malam.
Makiyo yang bernama lengkap Kawashima Makiyo, lahir 8 November 1982 di
Yokohama, Jepun. Bapanya orang Jepun dan ibunya dari Taiwan. Pindah ke
Taiwan ketika berumur 10 tahun, wanita cantik ini fasih berbahasa Jepun
dan Mandarin. Lagu yang dinyanyikannya juga ada yang berbahasa Jepun dan
ada yang Mandarin.
Dilaporkan, untuk membintangi iklan tersebut Makiyo dibayar 2 juta dollar Taiwan.
Parah..Kerana Keasyikan Bermain, Kepala Lelaki ini Tersangkut di Toilet
Freaky News- Seorang lelaki 26 tahun dari Britain harus menanggung malu
saat pemadam kebakaran harus mengunjungi dirinya setelah kejadian aneh
menimpanya Khamis lalu.
Entah apa yang telah diperbuat oleh lelaki ini sehingga kepalanya
tersangkut kedalam toilet, menurut informasi lelaki ini bersama dengan
teman-temanya memainkan sebuah permainan aneh yang mengharuskan pemain
memuat sebuah objek diatas kepala, dan kemungkinan besar lelaki ini
memilih objek yang salah iaitu lubang toilet.
Pemadam kebakaran harus memerlukan sekitar 2 jam untuk melepaskan kepala
sang korban dari toilet dengan memotong toilet tersebut.
Sebagai kenang-kenangan lelaki tersebut membawa potongan toilet tersebut untuk dia simpan dirumahnya.(rm)
Mangsa simbah asid kini jadi model menawan
Seorang model dan hos
televisyen, Katie Piper berusia 27 tahun yang mengalami kecacatan muka
akibat disimbah asid kini tampil menawan dalam sesi fotografi majalah
Reveal.
Sebelum ini, dia dirogol, dipukul dan ditikam beberapa kali di lengannya oleh bekas kekasihnya yang cemburu, Daniel Lynch pada Mac 2008.
Dia kemudian menjalani lebih 40 pembedahan dan memakai topeng 23 jam sehari untuk mengurangkan parut di wajahnya.
"Ia merupakan satu perasaan yang mengagumkan untuk menjadi model dan saya mempunyai perasaan seperti seorang gadis yang normal semula.
"Saya sepatutnya menjadi seorang mangsa serangan asid tetapi akhirnya saya menjadi diri saya yang sebenar," kata Piper.
Menurutnya, dia berharap wanita lain yang wajah mereka mengalami kecacatan akan melihat wajahnya supaya mereka berasa yakin pada diri sendiri.
Piper yang telah menubuhkan sebuah yayasan untuk membantu wanita lain yang menjadi mangsa melecur dan kecacatan wajah berkata, dia kini berasa gembira dengan kehidupannya.-
Sebelum ini, dia dirogol, dipukul dan ditikam beberapa kali di lengannya oleh bekas kekasihnya yang cemburu, Daniel Lynch pada Mac 2008.
Dia kemudian menjalani lebih 40 pembedahan dan memakai topeng 23 jam sehari untuk mengurangkan parut di wajahnya.
"Ia merupakan satu perasaan yang mengagumkan untuk menjadi model dan saya mempunyai perasaan seperti seorang gadis yang normal semula.
"Saya sepatutnya menjadi seorang mangsa serangan asid tetapi akhirnya saya menjadi diri saya yang sebenar," kata Piper.
Menurutnya, dia berharap wanita lain yang wajah mereka mengalami kecacatan akan melihat wajahnya supaya mereka berasa yakin pada diri sendiri.
Piper yang telah menubuhkan sebuah yayasan untuk membantu wanita lain yang menjadi mangsa melecur dan kecacatan wajah berkata, dia kini berasa gembira dengan kehidupannya.-
Untung La !! Mak lawa,anak cun
BUKAN calang-calang wanita yang masih disunting agensi model untuk menjadi peragawati pada usia mencecah 32 tahun dan sudah punya lima anak.
Itulah pengalaman dilalui Noor Kartini Noor Mohamed, 46, yang dikatakan memiliki kecantikan luar biasa dan menjadi buah mulut masyarakat, terutama di Pasir Mas, Kelantan, satu ketika dulu.
Malah, dalam tempoh lima tahun aktif sebagai peragawati, ibu kepada 10 cahaya mata itu beberapa kali menjadi penghias kulit muka depan majalah wanita terkemuka tempatan.
Legasi kecantikan dimiliki Kartini kemudian diwarisi anaknya, Noor Neelofa Mohd Noor, 24, atau lebih mesra disapa Lofa, malah jika dilihat gambar pada waktu muda, ternyata wajah dua beranak ini tidak banyak berbeza.
Menceritakan kecantikan dimiliki, Kartini berkata, dia mensyukuri kelebihan diberikan Allah kepadanya serta keluarga dan ia diwarisi turun-temurun.
“Saya tidak pernah berasakan diri cantik, namun apabila orang memuji, saya bersyukur. Maklumlah, kalau hendak kata cantik, ada di kalangan ahli keluarga lain mahupun saudara-mara juga tidak kurang cantiknya. Bagaimanapun, kata orang, kecantikan itu subjektif dan orang luar yang menilainya,” katanya
Kereta Polis Diserang & Diterbalikkan Penyokong Bersih
KUALA LUMPUR: Sekumpulan penyokong Bersih 3.0 menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis di hadapan Sogo di sini sebelum melarikan diri.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata, kereta polis tersebut sedang melalui kawasan berkenaan pada pukul 4.50 petang sebelum sekumpulan penyokong mengepung kereta itu.
Kemudiannya, mereka memaksa beberapa anggota polis untuk keluar sebelum bertindak merosakkan dan menterbalikkan kereta tersebut.
Sementara itu, PDRM dalam laman Twitter turut memberitahu, sepucuk pistol seorang anggota polis turut dirampas di Sogo.
Namun, Amar tidak dapat mengesahkan insiden itu.
Artis & Politik - Aishah Sertai Bersih 2012
PETALING JAYA: Penyanyi 90-an yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah antara sebahagian penyokong yang hadir menyertai Perhimpunan 'Duduk Bantah' Bersih 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu.
Awal bulan ini, Aishah dilaporkan telah menyertai PAS.
Bukan itu sahaja, beliau telah berucap di atas pentas PAS bahkan berkongsi pengalamannya menerusi program "Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah" di perkarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak pada 4 April lalu.
Aishah yang dipetik Harakahdaily sebagai berkata, beliau mula serius mendekati PAS apabila mendapat layanan kurang baik daripada seorang menteri wanita untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat ekoran masalah penjagaan anak-anaknya selepas berpisah dengan suaminya yang bukan Melayu.
Selain Aishah, beberapa selebriti lain turut menyertai PAS antaranya Bob Lokman manakala Dayangku Intan pula menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pertunangan Justin Bieber Dengan Salena Gomez Tidak Benar
PENYANYI Justin Bieber menegaskan khabar angin yang mengatakan dia sudah pun bertunang dengan kekasihnya, Selena Gomez adalah tidak benar.
Justin berkata, hal itu tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat ini kerana menganggap dirinya masih lagi muda untuk melangkah ke fasa tersebut.
"Saya masih muda. Namun satu hari nanti saya pasti akan melalui ke alam pertunangan, mungkin lima atau sepuluh tahun akan datang.
"Mungkin dengan Selena atau mungkin tidak. Harap, Selena tidak 'membunuh' saya dengan kenyataan ini," selorohnya dalam sebuah temu bual dengan akhbar Le Parisien.
Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan pasangan muda itu sudah pun bertunang apabila melihat Selena memakai sebentuk cincin di jari manisnya.
Bagaimanapun, Justin tidak kisah dengan gosip tersebut kerana menganggap selebriti yang memiliki ramai peminat sepertinya pasti akan terkena tempias cerita-cerita sensasi daripada kalangan media.
April 27, 2012
Cinta Lelaki..Pelik dan Aneh
Cinta lelaki memang pelik dan aneh tetapi unik.Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras,kasar dan kurang romantis.Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis,mudah pula berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang dicintainya.Semua ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami,ada kala lunak tetapi selalu keras dan kurang simpati.
Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia.Lelaki yang benar-benar lelaki.disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.
Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :
- Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan.Semua ini dilakukan degan rela,ceria dan penuh bahagia
- Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya
- Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya
- Mencemburui kekasih atau isteri,lantas akan mengongkong kebebasan mereka.Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap
- Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri
- Mudah merajuk dan sensitif apabila sidia tidak menumpukan perhatian penuh padanya
- Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan
- Kerajinannya ketara melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isterinya.
- Mudah merajuk kerna mahukan kata-kata lembut daripada kekasih atau isteri
- Lega apabila pasangan memujuknya
- Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri
- Kerap menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas
Fasha Sandha Bakal Bergelar Isteri Tidak Sampai 24 Jam.... Untung La....
Hari ini, Fasha Sandha bakal bergelar isteri kepada Jejai. Majlis
pernikahan yang bakal berlangsung tidak sampai 24 jam pastinya sedang
membuat hati Fasha berdebar-debar. Semoga majlis tersebut berjalan
dengan lancar. Namun malam semalam, satu majlis malam berinai telah
dilakukan secara kecil-kecilan oleh Fasha dan keluarga.
Pastinya Fasha akan tampil anggun di majlis pernikahannya selepas berinai. Tak sabar rasanya Abang Nara nak melihat gambar-gambar sekitar pernikahan Fasha dan Jejai nanti. Apa apa pun, Abang Nara berharap agar anda semua doakan majlis mereka berjalan dengan lancar. Yang sudah tue sudahlah. Hidup mesti terus.
Lagi 6 keping gambar sekitar malam berinai Fasha Sandha dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook Fasha Sandha.
Read more ...
Pastinya Fasha akan tampil anggun di majlis pernikahannya selepas berinai. Tak sabar rasanya Abang Nara nak melihat gambar-gambar sekitar pernikahan Fasha dan Jejai nanti. Apa apa pun, Abang Nara berharap agar anda semua doakan majlis mereka berjalan dengan lancar. Yang sudah tue sudahlah. Hidup mesti terus.
Lagi 6 keping gambar sekitar malam berinai Fasha Sandha dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook Fasha Sandha.
Peringatan!! Kemalangan yang mengubah kehidupan wanita cantik
Jacqui, berasal dari Austin , Amerika Syarikat.Pada suatu hari di diajak
oleh kawan-kawannya ke satu pesta. Ayahnya menyuruh dia untuk pergi
menggunakan teksi, tetapi dia menggunakan kereta sendiri.
tanpa disangka kenderaan yang di naikinya telah
kemalangan...
dan akibat kemalangan ini Jacqui 60% badannya
terbakar...
terpaksa menahan sakit dan sentiasa menangis...
ayahnya yang banyak memberi sokongan dan semangat...
Dialah yang melanggar Jacqui. Reggie Stephey, 18 tahun, bintang pemain bola sepak di sekolahnya.
Reggie mengaku melanggar Jacqui ketika sedang mabuk.
Dia dihukum 7 tahun penjara dan denda $20,000.
Inilah Jacqui sekarang.. Tetap semangat menjalani hidup, walaupun orang
di sekelilingnya terutama anak-anak yang melihatnya, memanggilnya dengan
panggilan ‘monster’, tetapi dia tidak pernah patah semangat..
dan kini dia tidak berhenti-henti berkempen...
Itu semangat Jacqui yang membantu masyarakat menyedari
bahayanya memndu dalam keadaan mabuk....
Siyes Sengal!!! Ada lelaki suka hidu buntut di supermarket
Rakaman video CCTV ini telah dilaporkan oleh The Morningstarr pada bulan Disember tahun lepas. Ianya merakam bagaimana seorang lelaki yang dalam umur pertengahan mencuri-curi menghidu buntut pekerja lelaki supermarket.
Wanita libas anu penyamun
KUALA LUMPUR: Senjata
makan tuan. Itu gambaran balasan segera diterima seorang lelaki apabila
parang digunakannya ketika cuba menyamun dan merogol seorang wanita
dirampas mangsa lalu dilibas mengenai kemaluan penjenayah terbabit.
Berikutan kejadian itu yang berlaku di kawasan rumah kedai di Jalan Pandan Indah, di sini, jam 4 petang kelmarin, suspek terbabit yang berusia 20-an mengalami kecederaan serius pada alat kelaminnya.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 20 tahun dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya.
Menurutnya, mangsa dihampiri suspek yang mengacukan parang ke lehernya sebelum mangsa diheret ke kawasan gelap berdekatan sebuah stor di tingkat dua bangunan rumah kedai itu.
“Suspek menolak mangsa hingga jatuh dan meminta mangsa menyerahkan wang serta barangan berharga. Apabila mangsa enggan mengikut arahannya, suspek menyeluk kocek mangsa dan merampas wang RM100 serta satu telefon bimbit,” katanya, semalam.
Read more ...
Berikutan kejadian itu yang berlaku di kawasan rumah kedai di Jalan Pandan Indah, di sini, jam 4 petang kelmarin, suspek terbabit yang berusia 20-an mengalami kecederaan serius pada alat kelaminnya.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 20 tahun dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya.
Menurutnya, mangsa dihampiri suspek yang mengacukan parang ke lehernya sebelum mangsa diheret ke kawasan gelap berdekatan sebuah stor di tingkat dua bangunan rumah kedai itu.
“Suspek menolak mangsa hingga jatuh dan meminta mangsa menyerahkan wang serta barangan berharga. Apabila mangsa enggan mengikut arahannya, suspek menyeluk kocek mangsa dan merampas wang RM100 serta satu telefon bimbit,” katanya, semalam.