April 25, 2012

Generasi Baru Kartunis Perlu Terap Identiti Malaysia

 Generasi Baru Kartunis Perlu Terap Identiti Malaysia
Ikon kartunis terkemuka negara, Datuk Mohd. Nor Khalid, yang lebih dikenali sebagai Lat mahu generasi baru kartunis negara mengetengahkan identiti warisan Malaysia dalam penghasilan karya mereka.

Beliau berkata, usaha itu dapat memperkayakan identiti Malaysia di mata dunia dalam pelbagai lapangan karya termasuklah animasi, cereka, majalah dan juga pelukis kolumnis.
“Ini juga dapat mengingatkan kita dari mana asal usul kita, dan kebudayaan kita. Apa yang penting, bagaimana untuk memilih gelanggang atau bidang menerusi saluran yang tepat dan kesesuaian mesej yang ingin disampaikan.

“Dalam mengangkat karya yang mempunyai identiti yang tersendiri yang perlu dipelihara untuk meneruskan kesinambungan itu bagi tatapan generasi baru, ianya tidak akan terhasil sekiranya kita membawa hasil orang lain,” katanya ketika sesi soal jawab Kuliah Budaya bertajuk ”Kartun dan Masyarakat” di sini hari ini.
Kuliah Budaya yang dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) disertai 220 pegawai dan warga kerja agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Lat, 61, yang juga Pemenang Hadiah Kebudayaan Asia Fukuoka 2002 berkata identiti Malaysia, Asia Tenggara, dan ruangan lingkupnya mempunyai corak kebudayaan yang hampir sama.
“Sekiranya kita kekalkan identiti itu, generasi akan datang dapat melakukan perkara yang sama menerusi karya kreatif mereka. Mengekalkan identiti dan asal usul menerusi karya asli mereka