April 25, 2012

Sejuknya Hati Mak Bapa Lihat Semangat Juang Anak-Anak Di Dataran Merdeka…

 Sejuknya Hati Mak Bapa Lihat Semangat Juang Anak-Anak Di Dataran Merdeka...
 Riuh di internet petang Rabu mengenai sebahagian perilaku gaya hidup bebas budak-budak yang kononnya nak tunjuk jaguh berkhemah di Dataran Merdeka untuk desak mansuh PTPTN.

Tentu sejuk hati mak bapak mereka tengok betapa kuatnya semangat juang hingga terkapar layu tidor berdua-duaan begini.- di lokasi bersejarah di pusat bandar Kuala Lumpur.

Bukan senang nak cipta sejarah bersendaloka di kawasan larangan.
Namun atas alasan semangat juang..semuanya bisa diatur.
Ia dirakam semasa para pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur datang untuk mengusir mereka dari situ.
Ini sudah waktu siang…bagaimana pula agaknya dalam samar-samar kegelapan pada sebelah malamnya.

Mereka bagai di buai mimpi macam tidor di tepi pantai sebuah pulau peranginan…setelah berkali-kali tunjuk keras kepala langgar arahan DBKL agar kosongkan tempat itu.
Ada yang dilihat berdua-duaan dalam khemah dan macam-macam gelagat yang menjolok mata.

Ini belum masuk ada yang kencing di sekitar lokasi khemah.Jangan cakap bab hisap rokok dan berpegangan tangan lelaki perempuan dan macam-macam gaya hidup bebas di situ.
Seronoknya yang mendokong perjuangan gaya hidup bebas puak ini – konon untuk tuntut mansuh PTPTN ialah PKR,PAS dan DAP.
Siapa tahu kalau pakatan pembangjkang dapat tawan Putrajaya…maka Dataran Merdeka boleh jadi lokasi pesta Woodstock.
Inikan zaman demokrasi dan hak asasi manusia….lagipun Dataran Merdeka milik rakyat.