BANGKOK - Pengendali
restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) Thailand
mengeluarkan permohonan maaf selepas rakyat negara itu mengkritik satu
mesej yang ditulis di laman sosial Facebook miliknya.
Mesej itu menggesa orang
ramai supaya orang ramai pulang ke rumah dan memesan ayam KFC. Ia
ditulis ketika orang ramai panik dan bergegas pulang berikutan berlaku
dua gegaran di Aceh, Indonesia yang mencecah kekuatan 8.6 pada skala
Richter semalam.
Syarikat itu menulis
mesej yang berbunyi: "Cepat pulang ke rumah dan ikuti perkembangan
terkini berita gempa bumi dan jangan lupa untuk memesan menu KFC
kegemaran anda."
Ia nyata mengundang
komen-komen marah yang menyifatkan KFC Thailand tidak sensitif dan
mementingkan diri sendiri. Mesej itu kemudian dibuang dan digantikan
dengan permohonan maaf.