April 13, 2012

Wow!!! Panasss Sistem UMNO diceroboh , data semua ahli dicuri


Salam sejahtera , agak lama KH tidak menulis artikel . Nak buat ayat pun dah susah.. Nasib baik la KH sekarang mempunyai beberapa penulis tambahan. Ok la kita teruskan dengan artikel kali ini yang boleh KH labelkan sebagai PANAS. Ye lah dengan sekarang ahli-ahli politik sibuk dengan ceramah dan manifesto tambahan , mungkin bahang PilihanRaya Umum kian terasa. KH pun belum cukup umur nak mengundi.. Artikel kali ini berkaitan sistem salah satu parti politik utama negara Malaysia tercinta ini iaitu UMNO yang merupakan komponen penting dalam Barisan Nasional.

Terbaru KH menerima satu maklumat melalui email yang menjerumus kepada penulisan artikel ini. Menurut pelapor yang ingin dikenali sebagai politikus , beliau berjaya menceroboh sistem yang digunakan pihak UMNO yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia ini. Tambahnya lagi , aktiviti pencerobohan ini dilakukan bukan untuk menyatakan yang dirinya penyokong tegar pihak pembangkang.



KH difahamkan melalui email , data yang berjaya diceroboh bersaiz lebih 30GB telah dimuatturun dan turut diisi dengan maklumat ahli UMNO itu sendiri. Hasil tilikan melalui fungsi zum meyakinkan lagi fahaman KH bahawa maklumat kesemua ahli UMNO termasuk Presidennya YAB Datuk Seri Najib Tun Razak ( Perdana Menteri Malaysia ) turut berada dalam sistem tersebut.

Disamping beberapa keping gambar , turut diselitkan ialah config file bagi keseluruhan sistem. KH yang kurang berpengetahuan dengan jenis config tersebut cuba buat-buat faham dengan beberapa maklumat iaitu beberapa nama PC dan Printer yang terdapat dalam pejabat tersebut. Mungkin Politikus ingin menggambarkan bahawa beliau telah berjaya menguasai keseluruhan sistem di pejabat tersebut.

Bukti ini dikuatkan lagi dengan akses ke sistem tersebut tidak dapat dilayari buat masa sekarang. Mungkin pihak pentadbir telah menyedari akan masalah pada sistem tersebut. Motif pencerobohan dijelaskan oleh Politikus bahawa ianya bukan disebabkan fahaman politik dan turut menyatakan akan berusaha menceroboh sistem parti pembangkang seperti PAS dan juga PKR.

Antara gambar yang berkaitan dengan artikel ini :

1 - Beberapa maklumat yg dipercayai milik ahli UMNO di seluruh Malaysia. 



2 - Maklumat Presiden UMNO ( Perdana Menteri ) turut berada dalam data yang sama.


3 - Antara data yang tersenarai.



4 - Saiz data yang melebihi 30 GB


5 - Email pelapor kpd KH




Antara configuration file yang diberikan :
1 -  http://pastebin.com/S6sD2WRt 
2 -  http://pastebin.com/YpYiZjtZ


p/s : KH harap pihak pentadbir berusaha memantapkan keselamatan laman / sistem mereka bagi mengelakkan hal sebegini berlaku. KH harap politikus tidak menggunakan data yang dimuatturun utk kegunaan tidak baik.


Sumber : http://www.kenahack.com/2012/04/sistem-umno-diceroboh-data-semua-ahli.html