Tidak
ada hari yang membuatkan anda santai tanpa masalah. Setiap masalah ada
punca dan sebab musabab untuk berlaku. Anda tidak boleh lari daripadanya
tetapi anda perlu menanganinya secara bijak. Semakin tinggi kedudukan
pangkat anda di pejabat semakin banyak tekanan yang perlu dihadapi.
Semakin tinggi kesabaran anda pelbagai cabaran pula yang menghimpit. Tip
berikut boleh membantu.
1.Tekanan kewanganSemakin
lama hutang piutang keliling pinggang semakin menghantu fikiran.
Perbelanjaan semakin besar setiap bulan dan tahun. Mengenalpasti
kemampuan kewangan dan perbelanjaan adalah punca pertama untuk menangani
tekanan kewangan. Jika anda belum bersedia untuk berhutang dan sukar
untuk melunaskan setiap bulan, usahakan tidak menggunakan kad kredit
atau kad memudahkan anda berhutang. Beli apabila mampu atau kumpul
berdikit-dikit sebelum memiliki barangan mahal yang menjadi idaman.
Belilah
kereta yang mengikut kemampuan bukannya mengikut nafsu. Pilih untuk
membaca buku-buku yang berkaitan pengurusan kewangan, menghadiri
bengkel-bengkel yang berkaitan dengan insuran, takaful dan sebagainya.
Ambil pandangan yang positif untuk mendorong anda menjadi invidu bijak
dalam menguruskan kewangan keluarga dan diri sendiri. Ubah kebiasaan
perbelanjaan yang tidak perlu atau buang terus sikap boros yang
sememangnya tidak memberi apa-apa kebaikan.
2.Tekanan di pejabatPolitik
pejabat adalah sesuatu yang lumrah, adalah perlu anda menanganinya
dengan baik dan rasional. Kurangkan perkara-pekara yang berkaitan gosip,
mengata teman sepejabat atau majikan. Usahakan untuk meningkatkan
silaturrahim, sentiasa bersikap positif dan fokus kepada perkara yang
utama sahaja. Memotivasikan diri dengan membaca buku-buku motivasi,
sentiasa berfikiran positif dan banyak menjalinkan kerja berpasukan.
3.Tekanan di rumahSetelah
berumah tangga dan keahlian semakin bertambah saban tahun. Tangungjawab
pula semakin besar. Saling menghormati dan ringan tulang adalah salah
satu ciri-ciri yang perlu ada pada pasangan suami isteri. Saling
berbincang apabila menghadapi masalah adalah satu cara mencari jalan
penyelesaian apabila dilanda dugaan dalam hidup berumahtangga.
4.Tekanan dalam diri sendiriKemurungan,
anti sosial, suka menyendiri adalah salah satu contoh tekanan kepada
individu yang tidak mampu lagi mengimbangi diri dalam kehidupan. Justeru
amalan keagamaan seperti solat dan membaca al-quran adalah terapi
terbaik untuk kerohanian. Sokongan keluarga dan masyarakat adalah perlu
agar tidak terjebak dalam kes-kes tekanan yang semakin kronik.
5.Pilih gaya hidup sihatMengambil
makanan seimbang, melakukan senaman secara rutin, tidak merokok dan
taat kepada agama adalah amalah hidup sihat yang perlu anda pilih. Ianya
adalah salah satu kesinambungan untuk meneruskan kehidupan berkualiti
dan bermakna.