Umum pun tahu adik kepada Sharifah Shahira, Sharifah Sakinah
kebelakangan ini kerap memuat naik video kontroversi di laman Keeknya.
Sakinah mula menjadi perhatian ramai melalui satu video di mana dia
memberitahu warna pakaian dalamnya secara terang-terangan melalui akaun
Keek Anzalna Nasir.
Walaupun dikecam hebat, Sakinah terus merakam dan memuat naik
video-video lain. Ada sesetengahnya seperti sengaja memerli orang-orang
yang mempertikaikan niatnya merakam video sebelum ini.
Terbaru, Sakinah telah berkongsi satu lagi video kontroversi yang
menunjukkan zip seluarnya terbuka semasa sedang bercakap. Menerusi video
tersebut, OHBULAN! dapati adik kepada Sharifah Shahira ini memang
sengaja melakukan perkara itu namun tidak dapat dipastikan apakah niat
sebenarnya.
Dan petang semalam, Sharifah Shahira atau lebih mesra dipanggil
Shiera menulis sesuatu di akaun Twitter miliknya mengenai sikap adiknya
itu.
Dari apa yang ditulis, kami anggarkan Shiera menganggap video-video
yang dibuat oleh adiknya itu adalah kurang bijak dan tidak elok.
Melalui Twitter Shiera juga, dia menulis yang dia pernah bercakap
dengan Sakinah mengenai perkara itu tetapi mungkin tidak diambil pusing
oleh Sakinah.
Sebelum ni Sakinah ada memberitahu kepada pihak media yang ahli
keluarganya memahami sikapnya yang gila-gila. Tapi mungkin kali ini
Shiera lihat perangai adiknya itu sudah keterlaluan.
Bagus jugalah ada kakak macam Shiera ni, bukan jenis yang nak
menangkan keluarga sendiri walaupun tahu sesetengah perkara tu tak elok
dibuat, betul tak?
Read more ...