Tidak dapat dinafikan, Rasulullah SAW
atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah merupakan seorang manusia
yang paling layak untuk dijadikan idola paling unggul di dalam sejarah
kehidupan manusia.
Dilahirkan pada pada subuh hari Isnin,
12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi, baginda Rasulullah SAW
merupakan insan sempurna yang diiktiraf oleh para sarjana dunia sebagai
pemimpin paling berpengaruh dan tiada tolok bandingnya sehingga kini.
Ketika berusia lima tahun, dada Muhammad
SAW telah ‘dibedah’ oleh dua malaikat suruhan Allah SWT untuk
membersihkan baginda dari sifat-sifat mazmumah atau pengaruh-pengaruh
negatif yang ada pada dirinya.
Bapa baginda, Abdullah bin Abdul
Muttalib telah meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan dan ibunya
Aminah binti Wahab pula wafat ketika baginda berumur 6 tahun yang
kemudiannya meletakkannya dibawah jagaan datuknya, Abdul Muttalib bin
Hashim.
Setelah datuknya meninggal dunia dua
tahun kemudian, Muhammad SAW dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib
bin Abdul Muttalib, sehingga dewasa.
Muhammad SAW digelar sebagai Al-Amin
yang mencerminkan ketinggian intergiti dan akauntabilitinya sebagai
individu yang paling dipercayai di kalangan masyarakat Makkah
Al-Mukarramah.
Berikut adalah biodata Rasulullah SAW, insan idola bagi seluruh manusia sehingga ke akhir zaman;
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul
Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin
Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah
bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan. (Bani
Hashim)
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib
bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin
Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin
Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul
Manaf bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin
Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin
Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12
Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah;
sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tarikh wafat : Hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun, tahun 632 Masihi.
Tempat wafat : Madinah Al-Munawwarah.
Usia ketika wafat : 63 tahun.
Nama isteri-isteri :
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam’ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)
2. Saudah Binti Zam’ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)
*semua ummul mukminin adalah janda melainkan Sayyidatina Aisyah Binti Abu Bakar
Nama anak-anak :
1. Qasim (meninggal semasa kecil)
2. Abdullah (meninggal dunia semasa kecil)
3. Zainab (berkahwin dengan Abu Al-’As
4. Ruqaiyah (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
5. Ummi Kalthum (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
6. Fatimah Al-Zahra (berkahwin dengan ‘Ali bin Abi Talib)
7. Ibrahim (meniggal dunia semasa kecil)
2. Abdullah (meninggal dunia semasa kecil)
3. Zainab (berkahwin dengan Abu Al-’As
4. Ruqaiyah (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
5. Ummi Kalthum (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
6. Fatimah Al-Zahra (berkahwin dengan ‘Ali bin Abi Talib)
7. Ibrahim (meniggal dunia semasa kecil)
Bentuk fizikal :
Baginda Rasulullah SAW digambarkan
sebagai seorang yang bertubuh tegap dengan ketinggian sederhana dan
berkulit kemerah-merahan. Wajahnya tampan dan berambut tidak begitu
kerinting serta tidak begitu lurus, namun ikal mencecah ke bahu.
Muhammad SAW juga dikatakan memiliki
sepasang mata berwarna hitam pekat, bulu mata yang lentik, bahu yang
lebar dan tidak berbulu. Namun diriwayatkan bahawa bahagian dadanya
berbulu dan baginda memiliki telapak tangan dan kaki yang tebal.
Riwayat juga menyatakan bahawa ketika
berjalan, Rasulullah SAW seolah-olah berjalan menuruni tanah yang lanai
dan ketika menoleh, baginda menoleh dengan seluruh badan. Di antar
kedua-dua bahu baginda terdapat tanda kenabian.
Selain itu, Muhammad SAW juga dikatakan
memiliki janggut yang bersih dan terjaga rapi, berhidung mancung, gigi
yang tersusun rapi bercahaya tapi renggang sedikit di bahagian hadapan
dan rambutnya dibelah tengah.
Warna kegemaran : Merah, Putih dan Hijau.
Makanan kegemaran : Kurma, Bali, Buah Tin dan Anggur.
Sukan kegemaran : Menunggang kuda, memanah dan berenang.
Peperangan yang disertai :
1. Perang Badar
2. Perang Uhud
3. Perang Bani Nadhir
4. Perang Khandak
5. Perang Bani Qurazhah
6. Perang Khaibar
7. Perang Fathu Makkah
8. Perang Hudaibiyyah
9. Perang Tabuk
2. Perang Uhud
3. Perang Bani Nadhir
4. Perang Khandak
5. Perang Bani Qurazhah
6. Perang Khaibar
7. Perang Fathu Makkah
8. Perang Hudaibiyyah
9. Perang Tabuk
Demikianlah sebahagian dari biodata
ringkas Muhammad SAW, manusia terulung dan kekasih Allah SAW yang bakal
memberikan syafa’at kepada umatnya pada hari kiamat kelak.
Semoga kita ummat Muhammad SAW akan
terus kekal meneruskan sunnah baginda selagi hayat dikandung badan dan
menjadikannya sebagai idola yang terunggul di dalam hidup kita
selamanya, wallahu’alam.