April 01, 2012

Buah Hati Pengarang Jantung Ally Iskanda - Farah Lee

Farah Lee Selepas Dua Bulan Bergelar Isteri...

Pejam celik, pejam celik, sudah lebih dua bulan Farah Lee diijabkabulkan dengan personaliti TV3 kecil molek, Ally Iskandar, dan terpaksa tinggal berjauhan dengan suaminya yang tercinta demi mengejar ilmu di negara orang.

Meskipun usia perkahwinannya masih boleh dianggap baru, Farah Lee menyedari tentang status dirinya yang sudah terikat dengan satu jalinan suci dan telah banyak yang telah dipelajari tentang seorang isteri dalam tempoh yang singkat.
Terbaru di dalam blog miliknya, Farah Lee meluahkan rasa syukur dan betapa bahagianya dia bergelar seorang isteri serta redha untuk meletakkan segenap ketaatannya kepada suami, selepas Allah SWT dan Rasulullah SAW.

“Kalau dulu… semua benda yang aku buat, aku post dan comment kat facebook, cara pergaulan, ikut suka hati anak angkat kucing aku je. selepas berkahwin, aku mula sedar yang aku melambangkan suami aku dan dia melambangkan aku.
“Kami kan ‘satu’ ;) aku perlu lebih berhati-hati dengan apa yang aku buat dan tulis demi menjaga nama baik dan maruah suami aku. sebenarnya, sebelum kahwin pun aku memang perlu berhati-hati dalam percakapan (itu pesan Allah),” tulis Farah di blognya, farahinlee.blogspot.com.

Menyedari status kehidupannya telah berubah sebagai seorang yang baka bergelar ibu suatu hari nanti, Farah begitu patuh kepada pesanan suaminya untuk bijak menjaga diri dan kesihatannya, terutama ketika di rantau orang.
“Kalau dulu… aku hanya seorang student, sekarang tidak lagi. jadual tidur yang tidak teratur dan keterlibatan yang aktif dalam aktiviti-aktiviti keramaian menyebabkan aku sering lupa untuk menjaga kesihatan diri.
“Aku petik kata-kata suami aku, “now, you’re not just a student. you’re now a student, a wife and a soon-to-be mom. please take care of your health” (jangan speculate, masa entry ini ditulis, penulis masih berbadan satu ;p).

“Kalau dulu orang yang paling risau tentang kesihatan kita ialah ibu bapa, sekarang orang yang lebih risau adalah suami. aku perlu belajar untuk jaga kesihatan diri, persiapkan mental, fizikal dan emosi untuk ‘membawa orang’ (kena tambah berat badan niiiii..).
“Jadi, kuranglah sikit risau suami kita tu kalau isterinya pandai jaga diri,” tulisnya lagi.
Para pembaca boleh layari blog miliknya di alamat farahinlee.blogspot.com untuk terus membaca nukilan hati seorang isteri dan tidak hairanlah Ally membuat satu pilihan yang sangat tepat untuk menyunting Farah sebagai isteri.

Agar pasangan ini terus mendapat keberkatan dari Allah SWT dan mendapat rahmatNya dari segala hikmah yang tersembunyi di sebalik tirai sebuah perkahwinan yang menjadi sunnah Rasulullah SAW itu sehingga ke akhir hayat.