June 05, 2012

Wee!! Penjenayah Gay Berjaya Ditahan Polis

 Penjenayah Gay
Penjenayah paling dikehendaki yang digelar `Canada Psyco’ iaitu seorang gay yang merupakan bekas pelakon filem lucah, Luka Rocco Magnotta akhirnya berjaya ditahan selepas melarikan diri daripada tuduhan membunuh kekasihnya.
Ketika ditangkap di sebuah siber café di Neukoelln, Magnotta tidak melawan sebaliknya memberi tahu polis `anda dapat saya’.
Dia ditangkap selepas seorang saksi yang mengenalinya telah melihat kelibat suspek di siber cafe itu sebelum melaporkan kepada polis.

“Polis tidak menghadapi masalah untuk menangkapnya. Malah suspek kelihatan tenang. Masa yang diambil bagi menangkapnya hanya sejam.
“Dia akan ditahan reman sehingga diekstradisi ke Kanada,’’ kata jurucakap polis.
Penahanan itu mengakhiri episode pemburuan yang dijalankan oleh polis Perancis selepas kali terakhir Magnota dilihat di negara berkenaan ialah pada Jumaat lalu.
Polis sebelum itu berjaya mengesannya di Paris melalui telefon bimbit yang digunakannya namun Magnota telah meninggalkan hotel berkenaan.

Ketika serbuan dijalankan di bilik hotel itu, polis menemui majalah lucah dan logo penerbangan yang dinaikinya ketika meninggalkan Kanada untuk melarikan diri ke Perancis, minggu lalu.
Suspek digelar sebagai Canadan Psycho selepas dia dipercayai memuat naik rakaman video dalam internet bagaimana dia menikam seorang lelaki sebelum mencincang mangsa.

Sambil melakukan jenayah itu, Magnotta membuka lagu `American Psyco’ sebagai muzik latar belakang pembunuhan itu.
Berikutan itu, Interpol telah mengeluarkan amaran merah dengan meletakkan Magnotta sebagai penjenayah paling dikehendaki.
Pembunuhan itu mendapat liputan meluas selepas sebelah kaki mangsa dihantar ke ibu 
pejabat Parti Konservatif di Kanada.
Sementara tangan mangsa pula ditemui dalam kotak surat di pejabat pos Ottawa manakala bahagian badan tanpa kepala, kaki dan tangan pula ditemui di Montreal.
Polis percaya anggota badan itu milik kekasih gaynya dikenali sebagai Lin Jun.
Suspek turut melakukan pembedahan kosmetik pada mukanya dengan tujuan mahu menyerupai actor James Dean dan dia selalunya memakai gincu bibir, mewarnakan rambut serta memakai pakaian wanita.