KOLEKSI GAMBAR PERKAHWINAN FELIX AF3
Bintang Akademi Fantasia musim ke-3, Felix Agus telah melangsungkan perkahwinan hujung minggu lalu di Pusat Kebudayaan Penampang, Sabah dan memilih Lydia Larius Gojih sebagai pasangan hidupnya.
Namun perkahwinan bintang Akademi Fantasia musim ketiga ini tidak mendapat liputan meluas dari media arus perdana. Mungkin kerana terlalu banyak majlis yang berlangsung serentak Sabtu lalu & faktor jarak.
Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada pasangan bahagia ini kerana telah berjaya membina mahligai rumah tangga. Semoga jodohnya kekal sehingga akhir hayat.
![]()
