November 27, 2012

Gadis Akhirnya Terima Hadiah Baju ‘Duit’ Dari ‘Sugar Daddy’

 

Gadis Terima Hadiah Baju ‘Duit’ Dari ‘Sugar Daddy’ Kerana duit, terkadang manusia itu sanggup melakukan apa sahaja.
Bagi seorang gadis di China, kerana inginkan kehidupan yang mewah dan mahukan segala barang yang berjenama, dia sanggup mencari seorang lelaki yang tua, untuk dijadikan ‘sugar daddynya’.

Gadis itu yang dikenali sebagai Sina Weibo dalam laman sosial telah menunjukkan hadiah yang diterima oleh sugar daddynya sempena hari lahir yang ke 21 tahun.
Sina telah menerima baju duit yang disusun seperti ‘dress’ dengan nilainya 200,000 yuan (RM98,000)!

Dia telah memuat naik gambarnya yang memakai baju duit itu di laman sosial.
Namun, atas tindakannya itu, ramai yang telah mengecam gadis itu dengan mengatakan dia sebagai seorang gadis yang sakit jiwa atau terlalu berlagak.

“Daddy telah memberikan hadiah hari jadi saya yang sangat bernilai iaitu baju duit sebanyak 200,000 yuan! Sangat bernilai! Saya sangat terkejut dengan hadiah ini dan barangan jenama Channel, LV dalam almari saya sekarang ini sudah tidak bernilai,” kata gadis itu menerusi laman sosialnya yang dipetik dari People Daily.com.

Ada juga warga internet yang menempelak gadis itu dengan mengatakan dia bodoh kerana terlalu percayakan ‘daddynya’ kerana mengetahui kekasih kepada gadis itu hanya mahukan hubungan seks sahaja.
Read more ...

Wanita Meninggal Dunia Selepas 42 Tahun Koma

 Wanita Meninggal Dunia Selepas 42 Tahun Koma
Tiada apa yang dapat diluahkan oleh keluarga O’Bara selain kesedihan dan meratapi pemergian seorang ahli keluarga mereka, Edwarda O’Bara.
Edwarda suatu ketika dahulu adalah seorang gadis yang pendiam dalam keluarga O’Bara.
Tetapi, dia bahagia dengan kehadiran ayah, ibu, Kaye O’Bara dan kakaknya, Collen O’Bara.
Edwarda seorang remaja yang lincah dan cemerlang dalam pelajarannya walaupun dia mempunyai penyakit kencing manis.

Walaupun mempunyai penyakit itu, Edwarda tidak pernah membataskan dirinya dalam melakukan sebarang aktiviti seperti gadis-gadis yang lain.
Hinggalah pada 3 Januari 1970, Edwarda bangun dari tidur di kediamannya, Miami Gardens dalam keadaan mengerang kesakitan dan menggigil teruk kerana ubat insulin yang diambilnya tidak mengalir dalam saluran darahnya.
Sejak dari tarikh itu, Edwarda telah koma.
Lebih memilukan, Edwarda sempat berpesan kepada ibunya untuk tidak pernah meninggalkan dirinya.
“Janji jangan tinggalkan saya?”

“Tidak, saya tidak akan pernah meninggalkan kamu, sayang. Janji. Janji tetap janji!”
Itulah kata-kata terakhir dari Edwarda sebelum dia menutup mata dan hidup terbaring lesu di atas katilnya.
Sejak dia koma, ibunya, Kaye sentiasa menjaga keperluan diri Edwarda.
Tahun 1979, ayah Edwarda meninggal dunia dan tanggungjawab menjaga Edwarda dijaga sepenuhnya oleh Kaye.

Namun, Kaye pula pergi meninggalkan Edwarda lima tahun lepas akibat sakit tua. Kakaknya, Collen pula mengambil alih usaha dan tanggungjawab untuk menjaga adik kesayangannya.
Tetapi, setelah 42 tahun koma, Edwarda telah pergi selama-lamanya mengikut jejak ayah dan ibunya.

Edwarda sempat memberikan senyuman terkahir kepada Collen sebagai tanda sayangnya kepada kakaknya.
Mayat Edwarda dijadualkan dikebumikan pada hari ini antara jam 6 petang di Southern Memorial Park 15000 West Dixie Highway, North Miami.
Kematian Edwarda turut diumum oleh Collen di laman sesawang mereka, edwardaobara.com.



Read more ...

Perhh!! Ella Terbang Bersama Suami Tercinta

 Gambar: Ella Terbang Bersama Suami Tercinta



Selepas penyanyi rock negara, Ella berkahwin dengan Azhar, kehidupannya boleh dikatakan semakin bahagia dan ceria.

Wajahnya juga tidak pernah lekang dengan senyuman dan tawa riang.
Baru-baru ini, Ella telah memuat naik gambar-gambarnya yang menjadi ‘Pilot’ sementara di profil Instagramnya.

Ella telah berpeluang membawa kapal terbang di sisi suaminya yang juga seorang juruterbang syarikat penerbangan terkemuka Malaysia.
Jom layan…


Read more ...

Weee!!! Cerita Pontianak Catat Pungutan Lebih $60 Juta

 Cerita Pontianak Catat Pungutan Lebih $60 Juta
Filem The Twilight Saga: Breaking Dawn yang sedang ditayangkan, kini menggungguli carta dengan memecah box office di Amerika Syarikat untuk minggu kedua berturut-turut.

Ia mencatatkan pungutan $64 juta dolar dalam masa lima hari cuti Thanksgiving.
Sementara pungutan untuk seluruh dunia pula adalah $340.9 juta dolar untuk minggu pertama tayangan.
Gandingan Edward Cullen dengan kekasihnya, Kristen Steward itu berjaya mencatatkan pulangan tinggi dan berada di belakang The Twilight Saga: Breaking Dawn ialah filem berkisarkan James Bond serta Abraham Lincoln..

James Bond yang diterajui Daniel Craig berada di kedudukan kedua dengan pungutan sebanyak  $51 juta untuk Skyfall, manakala filem Civil War lakonan Daniel Day-Lewis pula menduduki carta ketiga dengan $34.1 juta.
Sementara filem Rise of The Guardian mencatat pulangan $24 juta dolar, diikuti Life of Pi ($22 juta dolar). Wreck-It Ralph ($16.8 juta dolar), Red Dawn ($14.6 juta dolar), Flight ($8.6 juta dolar) dan Silver Linings Playbook sebanyak $4.6 juta dolar.
Dengan beberapa lagi senarai filem yang bakal ditayangkan bulan depan, Hollywood dijangka mencatatkan pendapatan tinggi untuk tahun ini.

Ia dijangka memperolehi pendapatan  $11 bilion tahun ini, sekali gus mengatasi pendapatan pada 2009 iaitu $10.6 bilion dolar.
“Kita dalam percubaan memecah rekod tahun ini. Hollywood kembali membina momentum melalui filem-filem yang menarik yang ditayangkan dalam masa beberapa minggu lepas.
“Ia memberi petanda yang baik untuk cuti yang panjang menjelang krismas ini,’’ kata penganalisis Hollywood, Paul Dergarabedian.

* Siyes memang best cite ni... suka²...
Read more ...

Ratu Cantik Ditembak Mati Edar Dadah

 
Ratu Cantik
CULIACAN (Mexico) – Seorang ratu cantik di Mexico maut ketika melarikan diri daripada pertembungan antara tentera dengan satu kumpulan pengedar dadah ketika dalam perjalanan di utara negara itu, semalam.

Ketua Pendawaraya negeri Sinaloa, Marco Antonio Higuera, berkata mayat mangsa, Maria Susana Flores Gamez ditemui terbujur di tepi jalan raya sebuah perkampungan di pinggir gunung dengan satu rifel di badannya.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada Flores Gamez mengguna atau memiliki senjata api berkenaan.

“Dia bersama kumpulan penjenayah berkenaan tepi kita tidak dapat mengesahkan sama ada dia terbabit dalam pertempuran dengan anggota tentera berkenaan,” katanya.
Flores Gamez dinobatkan sebagai Wanita Sinaloa pada 2012 dalam pertandingan ratu cantik yang diadakan pada Februari lalu.

Higuera berkata, Flores Gamez dikatakan sedang dalam perjalanan dengan sebuah kenderaan sebelum bertembung dengan tentera sebelum berlaku aksi kejar-mengejar dan tembak menembak sehingga beberapa jam.
Beliau berkata, dua lagi anggota kumpulan berkenaan juta mati ditembak manakala empat yang lain ditangkap...
Read more ...

Cuba Bunuh Teman Lelaki Guna Payu Dara?

 Cuba Bunuh Teman Lelaki Guna Payu Dara?
Jerman – Seorang wanita dihadapkan ke mahkamah selepas dia didakwa cuba membunuh teman lelakinya dengan menggunakan payu daranya bersaiz 38DD sebagai senjata dan berpura-pura ia adalah satu permainan seks.

Franziska, 33, bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan, malah mendakwa teman lelakinya, Tim Schmidt mengetahui mengenai permainan seks tersebut.
Schmidt ketika memberikan keterangan berkata, walaupun hubungan mereka menghadapi masalah, namun mereka tidak mempunyai masalah di dalam bilik tidur.

“Kejadian itu berlaku pada bulan Mei lalu apabila dia telah menghempap payu daranya ke muka saya menyebabkan saya tidak dapat bernafas.
“Saya rasa muka saya sudah bertukar biru dan saya rasa saya akan mati,’’ katanya.
Namun dengan kudrat yang ada, Schmidt berkata, dia telah menggunakan sepenuhnya kekuatan untuk menolak wanita berkenaan, sebelum melarikan diri dalam keadaan berbogel untuk meminta bantuan.

Jelas, Schmidt mereka bertemu empat tahun lalu dan telah dibuai cinta, sebelum hubungan itu bertukar menjadi pudar selepas dia mendapat kerja sebagai peguam.
“Kami telah berpindah ke Unna. Semuanya bermula selepas saya menjadi peguam sementara dia pula berdepan dengan masalah dan asyik bertukar pekerjaan.
“Ketika karier saya berjalan lancar, kariernya pula terumbang ambing,’’ katanya.
Menurut Schmidt, wanita itu cuba membunuhnya selepas dia bercadang meninggalkannya.

“Adalah jelas dia mahu membunuh saya.
“Dia turut mengaku dalam perbualan telefon dan dia akan melakukannya dengan melemaskan saya dengan payu daranya,’’ kata lelaki itu.

Gambar teman lelaki Franziska
Read more ...

November 26, 2012

PERINGATAN: Status ‘Check-In’ Dalam Media Sosial Boleh Undang Bahaya!



68279_520259017984410_1513015882_n
Dalam era teknologi kini, penggunaan gajet seperti telefon pintar misalnya membolehkan pengguna telefon menggunakan aplikasi ‘check-in’ untuk mengemas kini lokasi dan aktiviti yang dilakukan untuk pengetahuan rakan-rakan di media sosial.

Perbuatan tersebut kemungkinan boleh membahayakan keselamatan terutama apabila seseorang itu merupakan sasaran musuh atau penjenayah yang menunggu masa yang sesuai untuk bertindak, hanya dengan mengikuti status yang dimuat naik.

Pendedahan status seperti “Pulang ke kampung halaman”, “Masih di pejabat walaupun sudah lewat malam”, “Lepak di kedai mamak ” dan sebagainya, secara tidak langsung memaklumkan kepada umum bahawa anda tiada di rumah dan ia adalah peluang terbaik untuk penjenayah memecah masuk ataupun lain-lain tindakan yang boleh membahayakan nyawa dan keselamatan.

Bagi mereka yang mempunyai kedudukan penting di dalam sesebuah syarikat ataupun organisasi, menambah rakan secara rawak dan mendedahkan maklumat peribadi di laman sosial memungkinkan pesaing perniagaan menggodam dan mencuri maklumat penting syarikat yang mungkin terkandung di dalam akaun profil media sosial berkenaan.

Walaupun pihak polis tidak menerima maklumat jenayah berdasarkan kepada aplikasi ‘check-in’ atau status yang dipaparkan di media sosial, adalah dinasihatkan supaya pengguna lebih bijak dan berhati-hati sebelum memuat naik sebarang maklumat yang ingin dikongsi.

Fahami dan analisis dahulu kesan baik dan buruk sesuatu aplikasi yang ditawarkan serta tetapkan hak akses kepada rakan-rakan untuk maklumat tersebut.
Read more ...

Perhhh!! Kereta PDRM Pun ‘Kantoi’ Dengan Kamera AES

 GAMBAR: Kereta PDRM Pun 'Kantoi' Dengan Kamera AES
Wah sebuah laman blog baru-baru ini menyiarkan bagaimana kereta milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak terlepas daripada perangkap kamera AES.

Menurut blog Ohtidak.com, pengirim gambar-gambar ini mahu namanya dirahsiakan.
Dalam erti kata lain, sesiapa saja boleh disaman waima pihak berkuasa pun sekiranya didapati melanggar peraturan had laju yang ditetapkan itu.
Oklah, baru ‘fair and square’ kata Mat Salleh.

Memang isu AES ni banyak pro dan kontranya…untuk lebih adil, apakata kita beri peluang untuk kerajaan mengkaji keberkesanannya dan pada masa yang sama pandangan serta rungutan orang ramai pun diambil kira.
Barulah wujud situasi ‘menang-mang’, tak gitu?
Read more ...

Tudung Yuna Terlucut Sewaktu Melompat

Tudung Yuna Terlucut Sewaktu Melompat

Di beberapa laman sosial ketika ini, kecoh mengatakan yang penyanyi, Yuna membuka tudung semasa berada di Amerika.

Tetapi jangan salah faham kerana itu semua adalah terjadi secara tidak sengaja.
Sebenarnya tudung Yuna terlucut daripada kepala sewaktu dia sedang melompat untuk merakamkan gambar.
Anda semua pun tahu yang Yuna memang tidak pernah berpisah dengan camera.
Ada saja momen-momen indah yang ingin dirakamnya. Sebab itulah dia dipilih sebagai duta Canon.

Sementara itu, kejadian berkenaan berlaku semasa dia menjalani satu sesi fotografi di kawasan berpasir dan berangin.
Ketika melakukan lompatan, dengan tidak sengaja tudung Yuna tertanggal sehingga menampakkan rambutnya.

Namun demikian jika diamati pada gambar berkenaan, pakaian Yuna amat berbeza dengan gambar yang pertama dan kedua.
Malah gambar itu tidak langsung menampakkan wajah Yuna.
Tidak pasti sama ada terdapat sesetengah individu yang ingin mensabotaj Yuna atau sebaliknya.

Apa-apa jika benar ia adalah Yuna, diharapkan selepas ini dia akan lebih berhati-hati.
Read more ...

Tayang Buah Dada Punya Pasal Dah Kena Tegur!

Selalunya, apabila kita menonton rancangan masakan, pastinya tukang masak atau Chef dalam rancangan itu akan berpakaian elok dan tertutup rapi.
Berpenampilan kemas sememangnya penting dalam bidang masakan.
Tetapi berbeza bagi seorang Chef yang berasal dari Indonesia.

Chef Farah Quinn adalah seorang Chef yang terlalu seksi sewaktu memasak.
Pada 5 Februari 2012, Chef Farah telah tampil dalam sebuah rancangan memasak iaitu ‘Ala Chef’ di mana siarannya selama 30 minit ditayangkan.
Selama ia bersiaran, penampilan Chef Farah telah mengganggu konsentrasi para penonton sewaktu menonton rancangan itu.
Kenapa? Sebabnya adalah kerana pakaian Chef Farah menampakkan lurah buah dada dan sebahagian asetnya itu!

Kerana tidak mahu menerima reaksi negatif dari para penonton, Komisi Penyiaran Indonesia (KPI), sebuah badan bertanggunjawab terhadap penyiaran di Indonesia telah mengeluarkan surat teguran kepada Chef Farah dan stesen pengeluar rancangan itu, Trans TV.
Surat teguran itu telah dikeluarkan pada 14 Februari, 11 hari selepas rancangan itu disiarkan dan memberi amaran agar sesi ulangan rancangan itu tidak ditayangkan semula.

Menyelusuri kisah hidup Chef seksi itu, Chef Farah dilahirkan di Bandung dan bekerja sebagai model, selebriti dan juga Chef masakan.
Chef yang diberi julukan ‘Chef Seksi’ itu mempunyai pendidikan dalam bidang kulinari dari Institut Kulinari Pittsburgh dan menjadi popular di Amerika Syarikat melalui masakan berunsurkan ‘Fusion Cuisine’.

Walaupun sudah mempunyai pendidikan dalam bidang kulinari, Chef Farah juga mempunyai pendidikan dalam bidang kewangan dari Indiana University of Pennsylvania selepas didesak oleh bapanya untuk mendalami bidang pengurusan kewangan.
Tapi, apa-apa pun, berpakaian seksi tidak menjaminkan masakan yang kita tampilkan berjaya menarik minat penonton. Tak gitu?

Read more ...

November 25, 2012

Wow!!! Rozita Pilih Yang Mana Satu??

 Shah Iskandar & Zain Saidin Berebut Rozita CW?
Entah di mana silapnya, pelakon lelaki, Shah Iskandar dikatakan berebut pelakon wanita, Rozita Che Wan dengan Zain Saidin hingga menimbulkan situasi tegang antara mereka.
Seperti yang dilaporkan dalam mStar Online, Shah dikhabarkan mempunyai hubungan yang rapat dengan pelakon wanita yang masih lagi cantik itu.

Namun, Shah menerangkan hubungan mesra yang terjalin antara dia dan Rozita hanyalah sekadar hubungan profesional dan atas urusan kerja sahaja.
“Setakat ini belum ada apa-apa yang serius antara saya dan Che Ta. Kami memang rapat dan tidak dinafikan banyak mata melihat kami bergurau serta berbual ketika di lokasi.
“Hakikatnya, hubungan saya dengan Che Ta pada masa ini hanya atas nama kerja dan profesional. Tiada apa-apa yang serius antara kami,” kata Shah.

Shah mulai rapat dengan Rozita sejak membintangi telefilem Anak Ikan arahan Rashid Sibir untuk siaran Astro baru-baru ini.
Dikhabarkan Shah telah membuatkan Rozita merajuk dan telah memujuk wanita itu dengan menghantar jambangan bunga yang banyak ke bilik penginapan pelakon wanita itu.

Ekoran dari tindakan tersebut, dikatakan Zain Saidin telah ‘naik angin’ dengan perlakuan Shah yang ‘mengacau’ hubungannya dengan Rozita.
Bagi Shah, dia bersedia untuk berjumpa dengan Zain Saidin untuk meleraikan segala kekusutan yang timbul antara Zain Saidin dan Rozita.

“Dia (Zain) ada hak untuk berasa kurang senang atau salah sangka dengan kemesraan saya bersama Che Ta (Rozita), walaupun saya tidak tahu status sebenar hubungan mereka, sama ada masih bersama atau sudah tiada apa-apa.
“Saya tidak salahkan Zain pun malah, saya bersedia dan terbuka untuk bersemuka jika dia mahu mendapatkan penjelasan berhubung gosip ini,” katanya.
Read more ...

Weeee!!! ijoy kekasih Stacy...??

Stacy AF

Gosip: Ijoy Kekasih Baru Stacy AF?

Penyanyi yang popular menerusi lagu Pelangi Senja, Stacy dikhabarkan sedang menjalin hubungan dengan pelakon muda drama 6 Progresif iaitu Ijoy.
Namun sejauh mana hubungan itu tidak ketahui kerana sumber yang memberi maklumat ini adalah dari mulut peminat setia Stacy.
Ada  peminat berkenaan memberitahu pernah terserempak dengan pasangan itu di dalam beberapa acara.

Tetapi apabila diminta untuk bergambar bersama mereka sering menolak.
Mungkin mereka ada alasan yang tersendiri mengapa tidak mahu berbuat demikian.
Selain itu, Ijoy juga pernah didakwa bermasam muka dan bertengkar dengan Akim AF tentang isu berkaitan Stacy satu masa dulu.

Tetapi apa sebabnya tidak pasti, mungkin kes cemburu?
Sementara itu, jika dilihat barisan pelakon drama 6 Progresif tidak kelihat pula jejaka bernama Ijoy.
Mungkin dia hanya pelakon sampingan atau menggunakan nama lain.
Tak tahulah…. Lihat saja beberapa gambar ini.

Read more ...

Perhh!! Artis Bergaya Funky Di Shout Awards

Shout Awards



Para artis bergaya funky di majlis anugerah Shout Awards 2012.
Majlis yang telah berlangsung di Sunway Lagoon itu membuatkan ramai artis berada dalam mood ala-ala tepi pantai gitu.
Dengan bertemakan ‘Steampunk’, lihat saja bagaimana barisan selebriti ini bergaya sakan.








Read more ...

Ameng Spring Juara Pertandingan Nasyid Penjara Seluruh Malaysia

Ameng Spring Bawa Kumpulan Nasyid Penjara Kluang Menjuarai Pertandingan Nasyid Penjara Malaysia

Kumpulan Voices of Prison yang diketuai oleh Ameng Spring dan masih menjalani hukuman penjara, muncul johan Pertandingan Nasyid Ke-6 Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia 2012 di Penjara Pengkalan Chepa di sini semalam.

Ameng atau nama sebenar, Wan Aminuddin Wan Ismail bersama empat lagi rakan banduan berjaya menewaskan 11 kumpulan lain menerusi lagu Insafi Diri.
Kejayaan tersebut menyaksikan kumpulan berkenaan mengharumkan nama Penjara Kluang di Johor yang sebelum ini meraih tempat ketiga pada pertandingan tahun lalu.
Mereka menerima hadiah piala pusingan dan senaskhah Al-Quran.
Ameng Spring yang dahulunya terkenal dengan lagu Sampai Hati sedang menjalani hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan di Penjara Kluang sejak April 2011 akibat kesalahan dadah.

Ketika ditemui pemberita, banduan yang berusia 44 tahun itu berkata, penat jerih dia dan ahli kumpulan menjalani latihan selama tiga bulan berbalas dengan kejayaan tersebut yang disifatkan cukup manis.

“Tahun lalu, Penjara Kluang hanya meraih tempat ketiga, sasaran kami untuk kali ini ialah naib juara. Namun nasib menyebelahi kami apabila dinobatkan selaku juara dan ini merupakan kali pertama Penjara Kluang mengungguli pertandingan nasyid,” katanya.
Tempat kedua pertandingan itu dimenangi oleh kumpulan nasyid dari Penjara Kajang di Selangor manakala tempat ketiga jatuh kepada Sekolah Henry Gurney, Melaka.
Read more ...

Nabil Raja Lawak Dapat Anak Perempuan

Nabil Raja Lawak Dapat Anak Perempuan




NAZIRAH Ayub, isteri pelawak tanah air Nabil Ahmad, selamat melahirkan anak perempuan pagi tadi.

Nabi memberitahu isterinya melahirkan anak melalui kaedah pembedahan di sebuah klinik di Shah Alam.
“Doktor mencadangkan pembedahan memandangkan bayi sudah besar.
“Alhamdulillah semuanya selamat, isteri pun sihat dan anak perempuan lahir pukul 8.40 pagi tadi,” katanya.

Ketika ditanya berat anak pertamanya itu, Nabil menjawab, “saya hanya sempat tengok untuk iqamahkan tadi, jadi saya belum tahu berapa beratnya.”
Nabil Raja Lawak Dapat Anak Perempuan

Menurut Nabil, setakat ini nama bagi anaknya masih belum diberi.
Bergelar bapa sudah tentu menjadi kegembiraan tidak terkata buat Nabil.

“Saya gembira, rasa nak nangis pun ada bila tengok muka dia (anak),” katanya.
Nabil dan Nazirah mendirikan rumah tangga 30 September tahun lalu.
Read more ...

Anak Datuk K Selamat Bernikah Dengan Anak Datuk Seri Hishammuddin

 GAMBAR:Anak Datuk K Selamat Bernikah Dengan Anak Datuk Seri Hishammuddin
Tahniah ke atas pasangan mempelai Anas Zawawi dan Allysa yang kini sah bergelar suami isteri.

Anas merupakan anak kepada Datuk K dengan bekas isterinya, Tengku Zawiyah manakala Allysa adalah anak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn dan Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah.
Dalam majlis itu, Anas dinikahkan sendiri oleh Hishammuddin.

Wah nampaknya berbesanlah Datuk Siti Nurhaliza dengan pak menteri ye.
Anas mengenali gadis itu ketika mereka sama-sama menuntut di Australia dulu dan sekarang Anas sudah menamatkan pengajian dan kembali ke Malaysia untuk bertugas.
Dalam pada itu,khabarnya majlis perkahwinan mereka akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Tahniah sekali lagi, moga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Ya Allah Ya Rahman,
Semaikanlah di atas kedua pengantin perasaan kasih sayang.
Tunjukkanlah kepada keduanya jalan petunjuk dan taqwa.
Lanjutkan umur keduanya di dalam kehidupan bahagia dan menggembirakan.
Sentiasa dalam ketenangan dan lapang dada.
Himpunkanlah di antara keduanya persefahaman dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa Qana‘ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala godaan. 

Kurniakanlah Ya Allah! Kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah.
Limpahkanlah Ya Allah! Keduanya nikmat yang berkat.
Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki.
Peliharalah keduanya dan lindungilah Ya Allah dari fitnah-fitnah hidup.
Jauhilah keduanya perangai buruk dan kurniakanlah keduanya peliharaan Mu dan keredha Mu Ya Allah. Amin. Ya Rabbal Ala Min.

Read more ...

November 11, 2012

Menangani tekanan dengan bijak




Tidak ada hari yang membuatkan anda santai tanpa masalah. Setiap masalah ada punca dan sebab musabab untuk berlaku. Anda tidak boleh lari daripadanya tetapi anda perlu menanganinya secara bijak. Semakin tinggi kedudukan pangkat anda di pejabat semakin banyak tekanan yang perlu dihadapi. Semakin tinggi kesabaran anda pelbagai cabaran pula yang menghimpit. Tip berikut boleh membantu.

1.Tekanan kewangan

Semakin lama hutang piutang keliling pinggang semakin menghantu fikiran. Perbelanjaan semakin besar setiap bulan dan tahun. Mengenalpasti kemampuan kewangan dan perbelanjaan adalah punca pertama untuk menangani tekanan kewangan. Jika anda belum bersedia untuk berhutang dan sukar untuk melunaskan setiap bulan, usahakan tidak menggunakan kad kredit atau kad memudahkan anda berhutang. Beli apabila mampu atau kumpul berdikit-dikit sebelum memiliki barangan mahal yang menjadi idaman.

Belilah kereta yang mengikut kemampuan bukannya mengikut nafsu. Pilih untuk membaca buku-buku yang berkaitan pengurusan kewangan, menghadiri bengkel-bengkel yang berkaitan dengan insuran, takaful dan sebagainya. Ambil pandangan yang positif untuk mendorong anda menjadi invidu bijak dalam menguruskan kewangan keluarga dan diri sendiri. Ubah kebiasaan perbelanjaan yang tidak perlu atau buang terus sikap boros yang sememangnya tidak memberi apa-apa kebaikan.

2.Tekanan di pejabat

Politik pejabat adalah sesuatu yang lumrah, adalah perlu anda menanganinya dengan baik dan rasional. Kurangkan perkara-pekara yang berkaitan gosip, mengata teman sepejabat atau majikan. Usahakan untuk meningkatkan silaturrahim, sentiasa bersikap positif dan fokus kepada perkara yang utama sahaja. Memotivasikan diri dengan membaca buku-buku motivasi, sentiasa berfikiran positif dan banyak menjalinkan kerja berpasukan.

3.Tekanan di rumah

Setelah berumah tangga dan keahlian semakin bertambah saban tahun. Tangungjawab pula semakin besar. Saling menghormati dan ringan tulang adalah salah satu ciri-ciri yang perlu ada pada pasangan suami isteri. Saling berbincang apabila menghadapi masalah adalah satu cara mencari jalan penyelesaian apabila dilanda dugaan dalam hidup berumahtangga.

4.Tekanan dalam diri sendiri

Kemurungan, anti sosial, suka menyendiri adalah salah satu contoh tekanan kepada individu yang tidak mampu lagi mengimbangi diri dalam kehidupan. Justeru amalan keagamaan seperti solat dan membaca al-quran adalah terapi terbaik untuk kerohanian. Sokongan keluarga dan masyarakat adalah perlu agar tidak terjebak dalam kes-kes tekanan yang semakin kronik.

5.Pilih gaya hidup sihat

Mengambil makanan seimbang, melakukan senaman secara rutin, tidak merokok dan taat kepada agama adalah amalah hidup sihat yang perlu anda pilih. Ianya adalah salah satu kesinambungan untuk meneruskan kehidupan berkualiti dan bermakna.
Read more ...

November 08, 2012

Rujuk Semula Sebab Derma Hati Pada Suami



Hidup sebagai suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga sememangnya mempunyai banyak cabaran dan dugaan.

Adakalanya, bergaduh dan bertikam lidah itu perkara biasa yang terpaksa dihadapi.
Orang kata, setiap masalah yang timbul haruslah dibincangkan agar dapat diselesaikan dengan cara yang bijak dan berhemah.
Sekiranya tiada jalan penyelesaian, mungkin perceraian adalah cara untuk meleraikan segala masalah.
Bagi pasangan suami isteri dari China, Su Dan dan Tian Xinbing mereka telah hidup bersama hampir 10 tahun.
Hasil perkahwinan mereka, mereka dikurniakan seorang anak.
Namun, pada bulan Jun lalu, mereka telah bercerai kerana sudah tiada persefahaman antara diri mereka.

Jadi, mereka masih meneruskan kehidupan masing-masing selepas bercerai.
Tetapi, takdir Tuhan, pada bulan Ogos lalu, Tian Xinbing telah disahkan oleh doktor menghidap kanser hati.
Untuk mengelakkan keadaan dirinya semakin kritikal dengan penyakit bahaya tersebut, Tian Xinbing harus mendapatkan penderma yang sudi menderma hati kepadanya dengan kadar masa segera.
Walaupun sudah bercerai dengan Tian Xinbing, Su Dan masih lagi sudi untuk menolong bekas suaminya.
Kerana enggan melihat Tian Xinbing sengsara dan semakin parah sakitnya, Su Dan sanggup berkahwin semula dengan suaminya agar dia dapat mendermakan organ hatinya.

Sebanyak 590 gram hati Su Dan diambil dan dipindahkan kepada Tian Xinbing.
“Perkahwinan bukanlah sebuah sijil, yang penting ialah perasaan saya kepada dia. Ia tidak boleh dijejaskan melalui perakuan perceraian atau sijil perkahwinan. Kami telah melalui pelbagai liku hidup bersama. Jika saya enggan memdermakan organ saya kepada dia (Tian Xianbing) saya akan merasa bersalah,” kata Su Dan seperti yang dilaporkan dalam akhbar China.

Di negara China, proses mendermakan organ kepada orang lain agak sukar dijalankan sekiranya tidak mempunyai pertalian dengan penerima.
Jadi, Su Dan rela berkahwin semula dengan suaminya agar pembedahan derma organ dapat dijalankan dengan segera.

Rujuk Semula Sebab Derma Hati Pada Suami




Read more ...

Benarkah Love Bite Boleh Menyebabkan Lumpuh?

 Benarkah Love Bite Boleh Menyebabkan Lumpuh?
Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.
Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.

Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok! So, hati hati lah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri, nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.
Read more ...