March 31, 2012

Perhh!! Kanak² Tengok Lingerie Show?

Patut Ker?? Anda Rasa Kanak² DI bawah umur tengok lingerie show??

rvk2c
Read more ...

March 30, 2012

Al-Fatihah: Raja Ashman Shah Raja Sulung Perak Mangkat

 
Raja Kecil Sulung Perak, Raja Ashman Shah Sultan Azlan Muhibbudin Shah mangkat pagi tadi di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Berita kemangkatan Raja Ashman juga menarik perhatian pengikut-pengikut tariqat Naqshabandi seluruh dunia selepas blog peribadi pemimpin tariqat tersebut, Sheikh Hashim Kabbani antara yang paling awal menyiarkan berita tersebut.

Menurut kenyataan di dalam blog tersebut, Shaikh Hashim Kabbani merakamkan takziah atas pemergian Raja Ashman, dan meminta semua pengikut tariqat tersebut mengadakan bacaan tahlil, yassin dan solat jenazah ghaib.
“Lidah tidak dapat mengungkap simpati dan kasih sayang kami kepada Raja Asman, ia merupakan satu kehilangan besar kepada Maulana Sheikh Nazim Haqqani dan semua murid,” kata kenyataan tersebut.

Jelas kenyataan itu lagi, Raja Ashman mangkat sejurus majlis zikir malam tadi.
Raja Ashman dikenali sebagai penaung tariqat Naqshabandi yang amat dihormati di seluruh dunia. Beliau mengadakan majlis zikir di kediaman Bukit Damansara setiap malam Jumaat.
“Kami memohon kepada Allah SWT memberikan ketabahan kepada keluarganya, isteri dan anak-anak,” kata kenyataan tersebut.



Read more ...

FAM Digodam-Fitnah Terhadap RileksCrew??


Rasanya berita ini tak perlu lagi diperincikan lagi kerana MyDefancer juga telah mengeluarkan artikel mereka berkenaan kejadian ini. Dan ketika entri ini ditulis juga, laman berkenaan yang boleh diakses disini masih lagi mempunyai mesej daripada penggodam.


Tidak diketahui siapa yang bertanggungjawab sebenarnya kerana penceroboh juga tidak meninggalkan sebarang nama kecuali mendakwa laman terbabit telah digodam oleh kumpulan RileksCrew. Bagaimanapun dakwaan ini telah disangkal awal oleh orang kanan mereka iaitu Dboyz RileksCrew.


Mungkin tindakan ini dilakukan bagi memfitnah pihak RileksCrew berdasarkan beberapa siri perbalahan yang melibatkan kedua-dua pihak beberapa hari yang lepas. Perkara sebegini juga amat memalukan negara sendiri kerana kedua-dua pihak yang terlibat sebenarnya adalah daripada negara yang sama ( .my ) dan tindakan penceroboh juga dilihat seolah-olah tindakan yang amat kurang matang dan seperti mencari publisiti murahan.





Nota daripada penceroboh :


Tuanku,
Sudah-sudah lah pegang tapuk FAM tu. Dah 28 tahun dah. Tak cukup kaya lagi ke? Rasanya dah byk dah sponsorship masuk FAM tu.  Bolasepak bukan makin naik, makin merudum ada la. Pepatah Melayu ada mengatakan " Bapak Borek, anak Rintik". Sorang pegang bola, sorang pegang hoki. Result? dua-dua lingkup!!! 
Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!!  Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!!
Siapa yang buat kesalahan besar sekarang ni kalau bukan Tuan Presiden sendiri. 


Kesilapan besar? Kesilapan yang besar sebenarnya adalah membenarkan seorang yang langsung tak membawa apa2 kebaikan sbg peneraju dalam bolasepak.
Hakkkkkkk Tuuiiiii!!!!!

Kritik pun kene gantung, komen pun dosa besar, tegur pun kene amaran. Anda telah membuktikan bahawa ANDA MEMANG PEMUSNAH BOLASEPAK MALAYSIA. Tahniah...


Sebab kami bukan bacol kami RileksCrew terpaksa mengambil tindakan sebegini , Tolonglah

paham wahai tuanku


Berikut adalah seperti yang dapat dilihat daripada homepages laman yang digodam terbabit.
Persoalannya apakah tujuan sebenar penceroboh berkenaan dengan mengaitkan pihak RileksCrew seolah-olah seperti mahu mencemarkan nama pihak lain demi untuk kepentingan diri sendiri sekaligus memperlihatkan sikap keanak-anakkan, skiddies dan wanna-be.


Dan alhamdulillah ketika entri ini disiapkan pihak webmaster telah menyedarinya dan telah cuba memperbaiki laman mereka. 


*"Dan ingatlah, ketika ditanya Rasullullah S.A.W pernah berkata yang pada akhir zaman nanti akan terjadi suatu fitnah besar datang daripada timur".


Fitnah yang semakin berluas-luasa sehingga menghancurkan umat Islam sendiri. 


Diharapkan perkara sebegini tidak lagi berlaku kerana jelas kejadian seperti ini tidak menguntungkan mana-mana pihak dan seolah-olah negara kita juga sedang diketawakan oleh pihak luar. Jika benar mempunyai kemahiran tertentu kenapa tidak diterjemahkan ke arah yang lebih berfaedah daripada melemparkan fitnah kepada pihak lain?


http://notepad69.blogspot.com/2012/03/fam-digodam-fitnah-terhadap-rc.html
Read more ...

Perhhh !! Budak 9 tahun Dibeli Utk Jadikan Isteri??

Sungguh memalukan, seorang pemuda berusia 35 tahun ditangkap kerana terlibat dalam perdagangan manusia.

Tang-Chi,  berumur 35 tahun, telah didatangi polis di rumah nya di perkampungan dengan tuduhan perdaganan manusia. Tetapi dia tidak mengaku perbuatan nya. Tang-Chi membantah dan menjelaskan bahawa isterinya yang masih berumur 9 tahun tersebut dibeli nya secara sah dari salah satu agensi perkahwinan. Dia menunjukkan semua surat-surat perkahwinan nya yang rasmi lengkap dengan para saksi perkawinan tersebut.

Akan tetapi, ketika diperiksa oleh polis, surat perkahwinan tersebut memang rasmi, tetapi pada bahagian yang memuatkan data-data isteri ternyata kosong dan tidak terdapat nama ataupun keterangan lainnya. Pada saat pihak polis berusaha menghubungi para saksi perkawinan nya, ternyata nomor-nomor tersebut sudah tidak dapat dihubungi lagi.Oleh sebab itu, Tang-Chi tetap dibawa ke balai polis untuk disoalsiasa

Berikut adalah foto-foto pada saat dia didatangi oleh polis :

Tang-Chi (paling kiri) sedang dalam bercakap dengan polis. Xiao fang ( isteri yang baru berumur 9 tahun) ditengah. Ayah Tangchi, Ming Tang, berada di sebalah kanan.


image


Tang-Chi memperlihatkan semua dokumen perkawinan nya


image


image


image


image


image


Xiao Fang, Diukur, untuk melihat apakah tingginya sudah boleh berkahwin. Tingginya hanya 1.33 meter sedangkan ketinggian yang dizinkan adalah 1.4 meter.


image


Xiao Fang terlihat bahagia boleh bebas dari cengkaman suaminya.
image
Read more ...

Supermodel berciuman dengan anak di tepi pantai yang menjadi kontroversi...


Dari kejauhan terlihat seperti supermodel Stephanie Seymour, 41 tahun, hanya memakai bikini two pieces warna pink, tengah bermesraan di pinggir pantai dengan seorang lelaki muda. Tapi, jika ditilik lebih dekat, ternyata lelaki itu anak lelakinya sendiri, Peter Brandt II, 18 tahun.
Ibu dan anak itu terakam kamera berjalan beriringan berciuman sambil berpelukan. Foto itu segera mengundang komen beragam. Terutama apa pantas ibu dan anak seperti itu? Lalu, jangan-jangan ada apa-apa di antara ibu dan anak ini?
Untuk meluruskan fakta Peter menjelaskan kedudukan perkara sebenar. “Hari saat kami berjalan di pantai, kami tahu ada fotografer di sana,” kata Peter di akaun Facebook-nya, seperti dikutip USA Today. “Tidak ada yang kami sembunyikan. Dan saya seorang gay.”
Dia berkata, di usianya saat ini, hubungannya dengan ibunya, yang juga bekas model Victoria's Secret itu, seperti teman. “Saya merasa bebas dan terbuka bicara apa saja dengannya,” katanya. Kerana dia seorang gay, katanya, hubungan yang difikir banyak orang di antara mereka tidaklah mungkin terjadi.
Peter juga mengatakan peristiwa yang disebutnya “skandal ciuman di pantai ini” jadi “berada di luar konteks dan saya tak ingin ada gosip buruk di antara hubungan saya dan ibu ataupun pendapat yang tak benar,” jelasnya.

Read more ...

Barang Mewah David Beckham yang Dijual ...

David Beckham adalah pemain bolasepak sekaligus model berbakat dunia, dengan penghasilannya sendiri saja ia sudah boleh dibilang jutawan. Belum lagi penghasilan dari isterinya Victoria Beckham yang merupakan penyanyi sekaligus desainer, tentu saja aaapasangan ini menjadi pasangan billioneer. 


Semenjak keluarga Beckham pindah ke Los Angeles tahun 2007 setelah David bergabung dengan LA Galaxy, properti mereka di Inggris menjadi sia-sia. Mereka akhirnya memutuskan untuk menjual rumah seluas 68 ribu meter persegi . Rumah ini memiliki landasan helikopter.


 Range Rover Sport milik David Beckham ini akan dijual kerana jarang dipakai. Keadaan kereta ini pun masihh baru.

 Lamborghini Gallardo milik David Beckham ini juga akan dijual. Meski kereta mewah  ini juga jarang di pakai Beckham, sayang sekali!

 Bentley milik David Beckham juga termasuk dalam aset yang akan dijual.

BMW 645 berwarna hitam ini akan dijual oleh David Beckham.


Read more ...

Tudia!! Anak Tido Bapak Buat ........

parah semakin parah dunia ini...manusia semakin lupa adat dan susila...
Read more ...

Inilah model yang digelar ' si wajah malaikat berbody setan..

Bianca Bai adalah model Taiwan super Hot yang perna ada di Taiwan.Bianca Bai Xin Hui, adalah salah seorang artis dan model terpanas di Taiwan saat ini. Kecantikan dan kemolekan tubuhnya membuatnya dijuluki si wajah malaikat berbody setan. Wajah dan tubuh Bianca dengan mudah ditemukan di majalah-majalah terbitan Taiwan. Ia banyak membintangi iklan pakaian dalam dan bra, bahkan telefon jenama Nokia.Biodatanya :




* Name: Bai Xin Hui

* English name: Bianca Bai
* Nicknames: (Angel’s face, Devil’s body)
* Date of birth: October 10, 1982
* Birthplace: Taiwan
* Height: 176cm
* Profession: Model, Actress
* Modeling Agency: Catwalk Modeling Agency
* Horoscope: Scorpio
* Blood type: O

Read more ...

Perhh !! Budak Sekolah Rendah Meraba??


nampak tenang je dia buat kerja...
Read more ...

Fuyooo !!! Bapa rantai anak pada tiang?


LEHER seorang remaja berusia 13 tahun dirantai pada sebatang tiang elektrik di Battambang semalam. - AFP


Seorang bapa di Kemboja merantai leher seorang anak lelakinya pada sebatang tiang kayu elektrik di sini bagi menghukum remaja berkenaan yang ponteng sekolah untuk bermain permainan Internet, kata polis semalam.

Remaja berusia 13 tahun itu dirantai pada tiang elektrik sekitar dua jam.
Jirannya kemudian menghubungi pihak polis yang tiba di tempat kejadian bersama seorang tukang kunci untuk membebaskan mangsa.
"Si bapa amat marah apabila menemui anak lelakinya di sebuah kafe Internet dan bukan di sekolah sehingga dia sanggup merantai anaknya di khalayak sebagai pengajaran," kata Timbalan Ketua Polis Battambang, Cheth Vanny.

Menurutnya, mangsa turut dipukul oleh bapanya.
Bapa berusia 40 tahun itu, Sok Thoeun yang bekerja sebagai pemandu teksi motosikal melarikan diri selepas insiden berkenaan yang berlaku pada Selasa lepas.

Dia kini diburu polis kerana melakukan penderaan terhadap kanak-kanak.
"Dia sedang diburu," kata pegawai berkenaan.
"Penderaan seperti ini menyalahi undang-undang," tambahnya lagi.
Penggunaan Internet di Kemboja adalah antara yang terendah di Asia Tenggara dengan kurang 1.5 peratus daripada 14 juta penduduk Kemboja menggunakan kemudahan tersebut.
Read more ...

Ikan flowerhorn jadi tumpuan pengunjung


Bentuk Bonggol Yang Terdapat Pada Ikan Itu

Seekor ikan flowerhorn yang mempunyai bonggol berwarna merah pada kepala menjadi tumpuan para pengunjung pada satu festival ikan di sini semalam.

Diadakan pada setiap tahun di Thailand, festival yang dikenali sebagai Pramong Nomjai Thai Tuala itu mempamerkan pelbagai jenis ikan eksotik dan mahal seperti flowerhorn dan arowana.
Pada tahun ini, pameran yang diadakan di sebuah pusat beli-belah itu akan berakhir pada 1 April depan. -

Read more ...

'Lebih baik cerita pasal bola' - Safee Sali


SAFEE tidak gemar masalah peribadinya disensasikan.


ANGIN tiada ribut pun tiada, kehidupan peribadi penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali tiba-tiba menarik perhatian peminat bola sepak tempatan.
Semuanya gara-gara keputusan Safee atau nama sebenarnya Mohd. Safee Mohd. Sali, 28, menarik balik permohonan kembali taat yang difailkan terhadap isterinya, Sabrina Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, November tahun lalu.

Safee yang diwakili peguam syarie, Norrasyada Osman membuat permohonan itu di hadapan Hakim Syarie, Atras Mohamad Zain di mahkamah tersebut pada Selasa lepas.
Bertindak ‘mengunci mulut’ mengenai perkara itu, pengurus peribadi Safee Sali, Zakaria Ab. Rahim begitu pun berharap supaya isu tersebut tidak disensasikan mana-mana pihak.
Meskipun menyedari kehidupan Safee sebagai selebriti sukan, terutamanya selepas berhijrah ke kelab Indonesia, Pelita Jaya FC, kata Zakaria, ada baiknya semua pihak menumpukan perkembangan karier Safee sebagai pemain bola sepak.
“Saya enggan memberikan komen kerana bagi saya itu isu peribadi Safee. Lebih baik kita cerita pasal bola (karier Safee).

“Setakat ini alhamdulillah semuanya selesai, terserahlah kepada Safee dan keluarganya berhubung perkara itu,” katanya ringkas kepada Kosmo! semalam.
Muka depan akhbar Kosmo! pada 28 Mac lalu melaporkan mengenai tindakan Safee yang bersetuju untuk menarik balik permohonan tersebut selepas bersetuju menyelesaikan masalah rumah tangga mereka di luar mahkamah.
Permohonan Safee dibuat melalui Norrasyada kerana tidak dapat hadir ke mahkamah, dan Atras kemudiannya membenarkan permohonan itu serta memutuskan agar kes itu ditutup.

Sabrina yang diwakili peguam syarie, Junaidah Bakar juga tidak hadir pada prosiding tersebut kerana dikatakan berada di Kuching, Sarawak. Pasangan itu dikurniakan dua anak perempuan iaitu Nur Syaza Syaqina, 3, serta Nursyasya Safirna berusia satu tahun.
Ketika ditanya kemungkinan permohonan itu dibuat Safee sebelum ini gara-gara keengganan Sabrina mengikuti Safee ke Indonesia, Zakaria juga enggan mengulas lanjut. Safee begitupun gagal dihubungi semalam bagi mendapatkan maklum balas mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, Zakaria mengakui fokus Safee tidak terjejas apabila muncul penjaring kedua terbanyak Liga Super Indonesia (ISL) 2012 setakat ini dengan 12 gol. Ini sekali gus membantu Pelita Jaya menghuni tangga kelapan ISL dengan 24 mata.
“Buat masa ini, Safee berada pada prestasi terbaik dan bebas daripada dibelenggu masalah kecederaan serta bersedia untuk diturunkan jurulatih Pelita Jaya, Rahmad Dharmawan dalam perlawanan menentang Persiba Balik Papan pada 11 April ini.

“Keutamaan Safee ketika ini adalah membantu Pelita Jaya mengutip tiga mata berharga dalam setiap perlawanan, dan sasaran untuk muncul sebagai penjaring terbanyak ISL musim ini hanya disifatkan sebagai satu bonus semata-mata,” katanya.
Read more ...

Liyana, Fathuddin nikah 24 Januari 2013


PASANGAN Fathuddin dan Liyana memilih tarikh 24 Januari 2013 untuk majlis akad nikah.


LIMA dulang hantaran daripada pihak arjuna berbalas tujuh daripada pihak gadis. Penuh gemilang majlis pertunangan pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay, 24, dan pasangannya yang merupakan seorang ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan, 28, yang berlangsung di kediamannya di Tropika Kemensah, Ulu Klang, Selangor malam kelmarin.

Tali pertunangan pasangan merpati dua sejoli ini diikat sehingga tarikh 24 Januari tahun depan selepas pelantun lagu Cinta Bersatu itu menamatkan pengajian di Akademi New York, Amerika Syarikat dalam bidang lakonan dan pengarahan.
Liyana yang turut menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 24 pada malam kelmarin mengenakan sepasang busana berwarna putih rekaan Rizman Ruzaini dan ditatarias oleh Tiar Zainal.

Antara 200 tetamu yang hadir pada malam kelmarin termasuk pasangan Vanidah Imran dan Rashidi Ishak, Lisa dan Yusri serta Scha dan Awal.
Ikuti temu ramah bersama Liyana dan Fathuddin yang ditemui ketika majlis pertunangan pasangan itu baru-baru ini.
Kosmo!: Fathuddin, apa yang membuatkan anda terpikat pada Liyana?
FATHUDDIN: Dia sentiasa membuatkan saya gembira setiap kali bersamanya. Perangainya yang ceria dan manja membuatkan saya semakin tertarik. Dia seorang yang ringkas dan senang dibawa berbincang.
Tempoh perkenalan yang singkat dan anda berani untuk mengadakan majlis pertunangan ini, kenapa agaknya?
Kami merasakan kami serasi. Pertama kali berjumpa dengannya terasa seperti sudah lama kenal.

Pada awal bulan Julai nanti Liyana akan melanjutkan pelajaran ke New York, Amerika Syarikat. Bagaimana perhubungan jarak jauh kalian?
Selepas saya tahu ada orang akan menjaganya di sana saya tak perlu risau. Kami berkomunikasi dengan cara tersendiri. Lagipun, sebelum ini kami bukan selalu berjumpa. Saya percaya pada kesetiaan dan doa keluarga masing-masing.
Bersediakah untuk menerima gosip-gosip selepas berkahwin?
Kalau sudah sayang, Insya-Allah saya boleh menerima dan menyokong perkembangan seni Liyana.

Kosmo!: Liyana, sudah selamat menjadi tunangan orang mungkin boleh kongsikan perasaan anda sekarang?
LIYANA: Rasa seperti permulaan sebuah perhubungan dan saya sangat gembira.
Sudi sekiranya anda ceritakan momen perkenalan pertama kalian?

Kami mula berkomunikasi melalui telefon sebelum sambutan Tahun Baru lalu. Kami diperkenalkan melalui kawan. Dia memulakan langkah menghantar SMS berbunyi, “hi jiran”. Mesej pertamanya itu agak comel dan saya sendiri tersenyum saat membacanya. Daripada situ, kami kerap bermesej hinggalah pada pertemuan sulung kami awal Januari. Ketika pertemuan sulung itu, saya ditemani teman baik saya bernama Wan. Perasaan bercampur baur termasuk malu berpanjangan hingga bersua dengannya. Lucunya, saya cakap dengannya pun sambil menutup muka. Tetapi dia pula sebaliknya. Dia sangat tenang dan cuba membuatkan saya selesa. Malu punya pasal, saya sampai nak balik cepat.

Apa istimewanya Fathuddin di mata anda?
Dia terlalu istimewa pada pandangan mata saya. Sukar untuk saya huraikan dengan kata-kata. Mungkin terlalu klise jika mahu dirungkaikan satu persatu. Tetapi apa yang boleh saya katakan, dia menerima saya seadanya dan paling utama, dia menyayangi ibu bapa saya.
Hadiah pertama yang diberikan Fathuddin kepada anda?
Dia membeli saya satu bakul berisi mawar merah dengan seleksi pelbagai coklat kegemaran.
Memilih tarikh 24 Januari 2013 untuk majlis pernikahan, ada sebarang signifikan dengan tarikh itu?

Tiada apa-apa makna tersirat pun. Asalnya kami memilih tarikh 22 Januari sempena sambutan setahun perkenalan kami, tapi memandangkan tarikh itu jatuh pada hari Isnin jadi kami tunda ke 24 Januari. Bulan Januari sangat bermakna bagi kami.
Impian majlis perkahwinan Liyana?

Ringkas! Saya hanya mahukan tetamu yang hadir gembira dan boleh mengetahui bagaimana hubungan cinta kami. Seiring dengan peningkatan usia, saya cuma dambakan perkahwinan yang penuh dengan rasa cinta dan kasih sayang.
Sudi menerima tajaan untuk majlis perkahwinan nanti?
Terpulang jika ada yang sudi menaja. Tapi saya memang inginkan satu majlis berinai yang hanya boleh dihadiri oleh wanita sahaja.
Perkembangan terkini Liyana?

30 Mac (hari ini) saya akan melancarkan video muzik lagu Cinta Bersatu yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar. Selain itu, lagu yang dijadikan tema telefilem Paris Masuk Kampung ini turut akan dilancarkan di portal hiburan popular Gua.com, Murai.com, selain blog Budiey.com, program bual bicara Malaysia Hari Ini (TV3), tayangan perdana di Astro Ria dan TV1.

Selain itu, saya tengah melunaskan baki penggambaran drama bersiri di TV3 untuk slot Lestary, 3 Janji serta akan terlibat dengan penggambaran filem. Insya-Allah tahun depan saya akan lebih banyak terlibat dengan filem pendek selepas tamat pengajian di Akademi New York.

Selepas itu, saya akan ke lokasi penggambaran untuk drama Mana Juwita bagi siaran Astro. Pada masa yang sama, saya juga menanti tayangan filem Papadom 2.
Read more ...

March 29, 2012

Gambar Majlis Pertunangan Liyana Jasmay & Fathuddin Mazlan


Pelakon Liyana Jasmay mengesahkan akan bernikah dengan kekasihnya, Fathuddin Mazlan,28, pada 24 Januari 2013.
Pemilihan tarikh perkahwinan itu dipersetujui oleh kedua- dua belah pihak keluarga dalam sebuah majlis pertunangan yang berlangsung di kediamannya di Kemensah Height, di sini, malam Rabu.
Liyana yang mengenakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini berkata, majlis pertunangannya itu sebagai bukti dia sudah bersedia memikul peranan sebagai isteri selain hadiah ulang tahun kelahirannya ke 24 yang jatuh pada 28 Mac.
“Walaupun ikatan percintaan kami hanya tiga bulan, saya harap jodoh kami berkekalan sehingga akhir hayat.
“Alhamdulillah, saya sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri,” katanya selepas majlispertunangan tersebut.
Pada majlis pertunangan itu, Liyana memberikan tujuh dulang hantaran kepada Fathuddin yang terdiri daripada senaskhah Al-Quran, kain samping, butang baju Melayu, minyak wangi jenama Dunhill, manisan, kek dan kek cawan.
Pihak lelaki pula membalas lima dulang hantaran yang terdiri daripada satu set wangian, telekung, kek, cincin dan sirih junjung.
Detik pertemuan mereka bermula selepas Liyana Jasmay berkenalan dengan Fathuddin melalui seorang kawan sehinggalah mereka mula berkomunikasi melalui telefon sebelum sambutan tahun baru lalu.
Selepas pertemuan kali kelima, barulah saya merasakan kami agak serasi. Yang penting sekali, dia amat menyayangi ibu dan ayah saya dan juga memiliki sisi humor,” ujarnya.
Dalam pada itu Liyana turut menghadiahkan sebuah lagu buat Fathuddin yang juga jirannya itu berjudul Cinta Bersatu dan akan dilancarkan 30 Mac ini.
Selain keluarga dan rakan-rakan media, antara selebriti yang hadir ialah, pasangan pengantin baru, Lisa Surihani dan Yusry KRU, Farish Aziz dan Tam.
Fathuddin merupakan seorang ahli perniagaan.

Read more ...

March 28, 2012

Ibu Bapa Amy Winehouse Dapat Harta Peninggalan

 Amy Winehouse
Bekas suami penyanyi Amy Winehouse tidak mendapat sesen pun daripada harta peninggalannya walaupun penyanyi itu dilaporkan masih menyintai bekas suaminya itu walaupun mereka telah bercerai.

Memandangkan Amy tidak membuat wasiat ke atas harta peningalannya berjumlah £4,257,580 itu, maka ia akan menjadi milik ibu bapanya selepas ditolak cukai dan bayaran lain sebanyak £2,944,554.
Rakannya memaklumkan, Amy tidak membuat wasiat tersebut kerana dia sendiri tidak mengetahui berapa banyak harta yang dimilikinya.
Blake Fielder-Civil dan Amy berkahwin pada bulan Mai 2007, namun mereka bercerai pada Julai 2009.

Keluarga Amy bagaimanapun menuduh Blake bertanggungjawab memperkenalkan dadah kepada Amy.
Namun tanda tanya terus menyelubunyi kematiannya.
Selepas menjadi popular, nilai aset Amy dianggarkan £10 juta dan dia juga mempunyai dua syarikat Cherry Westfield serta CW Touring.

Keadaan ini menimbulkan persoalan di mana wang berkenaan.
Salah seorang rakannya memaklumkan, Amy mempunyai wang yang banyak sehingga dia boleh membakar wnag itu untuk menghidupkan rokok.
Amy Winehouse meninggal dunia akibat keracunan alkohol di rumahnya di London pada usia 27 tahun.
Read more ...

Wew!! Ayah Pin dah Lumpuh - Sempat Kahwin Gadis 18 Tahun??

 Muka Ayah Pin Dah 'Herot' Kena Angin Ahmar, Tapi Masih Disanjungi...

TERKINI: Ayah Pin Lumpuh Kena Angin Ahmar, Tapi Sempat Kahwin Gadis 18 Tahun!

Kawasan perkampungan ‘Kerajaan Langit’ yang diasaskan oleh Ayah Pin atau nama sebenarnya Arifin Mohamad di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu dilihat kembali aktif.
Malah, penduduk setempat mendakwa, penduduk di ‘perkampungan langit’ itu semakin bertambah tiga kali ganda daripada 50 buah sepuluh tahun lalu kepada 150 buah kini, lapor Berita Harian.

“Walaupun Ayah Pin pulang ke perkampungan itu dua minggu sekali atau sebulan sekali, kita syak ajaran sesat kerajaan langit masih hidup kerana kepulangan ketuanya diberi sambutan bukan saja daripada pengikutnya yang menginap di perkampungan itu, malah dari luar negeri ini.

“Beberapa belia yang ditugaskan mengawal dan mengawasi orang tidak dikenali daripada memasuki perkampungan itu mengakui Ayah Pin pulang serta mengadakan perjumpaan dengan semua pengikutnya,” beberapa penduduk kampung yang enggan dikenali dipetik sebagai berkata.
Kampung itu juga kini dikawal rapi sekumpulan belia, dipercayai anak kepada pengikut setia kumpulan ajaran sesat yang menetap di perkampungan berkenaan.
Sementara itu, Ayah Pin turut dilaporkan hilang ‘kesaktian’ selepas diserang angin ahmar sebulan dan lumpuh sebelah badan, sehingga percakapannya tidak difahami ekoran mulutnya sedikit herot.

Bagi mengubati penyakit itu, difahamkan Ayah Pin berulang alik dari tempat tinggalnya di Batu 13 ke Bachok untuk berurut dengan lelaki bernama Wan Abdullah Wan Musa atau Pok Him, 49, lapor Berita Harian lagi.
Harian itu difahamkan, sebelum diserang angin ahmar, Ayah Pin sempat berkahwin dengan seorang isteri muda berusia 18 tahun bagi menggantikan isteri pertamanya yang meninggal dunia.

Sementara itu, akhbar itu juga melaporkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan ajaran sesat itu tidak menular kepada pengikut baru terutama golongan muda yang semakin ramai mendiami di kampung tersebut.

Pesuruhjaya JHEAT Mohd Rozali Salleh dilaporkan berkata, bahagian penguatkuasa jabatan berkenaan sudah diarah melakukan pemantauan berterusan serta mengambil tindakan jika mendapati ajaran sesat itu dihidupkan.
Bagaimanapun, katanya, hasil pemantauan dilakukan ajaran itu sudah dihentikan, tetapi pengikut tegar masih menetap di perkampungan itu.
Read more ...

Wow!! Untung la Ada Jet Peribadi - Jackie Chan

Jackie Chan kini dah boleh menyertai ‘kelab’ orang ternama dan terkenal yang memiliki pesawat sendiri…ini kerana dia sudah pun memiliki jet peribadi bagi membolehkannya terbang ke sana dan ke sini tanpa perlu beratur panjang untuk ‘check in’ dekat mana-mana lapangan terbang.

Pesawatnya baru-baru ini ‘muncul’ di Singapore Airshow.
Ia adalalah buatan syarikat pembuat jet dari Brazil, Embraer.
Pesawat jenis Legacy 650 itu bernilai kira-kira RM91 juta.

Sewaktu mendarat di republik tersebut, rombongan media dibenarkan meninjau pesawat itu, tetapi dikenakan syarat memakai selipar khas yang disediakan khusus untuk pesawat 13 tempat duduk itu.
Jet peribadi Jackie Chan itu diwarnakan dengan dua garisan kuning terang yang tertera perkataan JC JET serta karakter naga.
Difahamkan selain Jackie, selebriti Cina lain yang turut memiliki jet peribadi adalah Feng Xiaogang, Jet Li, Chen Daoming, Zhao Benshan, Jay Chou, Brigitte Lin, Fan Bingbing dan Zhang Ziyi. –



 
Read more ...

Upah Seks ‘Tutup Mulut’

 Upah Seks 'Tutup Mulut'
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang bimbang rakaman aksi hubungan seks bersama kekasihnya disebar dalam internet terpaksa pula melayan nafsu rakan kekasihnya yang merakam aksi itu sebagai upah ‘tutup mulut’.

Dalam kejadian 28 Februari 2012, mangsa keluar bersiar-siar bersama kekasihnya berusia 18 tahun di kawasan air terjun Bukit Bertangga, Felda Kumai, Triang, Bera.
Mangsa kemudian diajak teman lelakinya melakukan hubungan seks dan dalam terpaksa mangsa menurutinya.

Tanpa mangsa sedari aksi hubungan seks itu dirakam seorang rakan mangsa berusia 19 tahun yang kemudiannya mengugut untuk menyebarkan rakaman tersebut.
Mangsa yang ketakutan akhirnya terpaksa pula melayan nafsu rakan kekasihnya sebagai upah tutup mulut.

Namun akibat ketakutan, mangsa akhirnya membuat laporan polis berhubung kejadian.
Susulan kejadian, dua remaja lelaki yang masih menganggur berdepan hukuman penjara sehingga dua puluh tahun dan sebat selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol gadis bawah umur.

Tertuduh Mohd Kamarul Zaman Muhamed 19 dan rakannya yang berusia 18 tahun, kedua-duanya dari Felda Kumai, Triang bakal berdepan hukuman tersebut selepas didakwa di mahkamah pagi semalam.
Kedua-dua remaja terbabit dituduh merogol seorang remaja perempuan berumur 15 tahun di kawasan air terjun Bukit Bertangga, Felda Kumai kira-kira jam empat petang 28 Februari lalu.

Kedua-dua mereka yang didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (1) mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali kemudian memutuskan kes disebut semula pada 25 April 2012 untuk mendengar keputusan dan kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin serta dihantar ke penjara Penor untuk ditahan
Read more ...

Kemelut Rumah Tangga Safee Sali Selesai Luar Mahkamah

 Kemelut Rumah Tangga Safee Sali...
Kemelut rumah tangga penyerang Harimau Malaya, Safee Sali berakhir apabila dia dan isterinya bersetuju untuk menyelesaikan masalah itu di luar mahkamah.
Perkara itu dimaklumkan peguam syarie, Norrasyada Osman yang mewakilinya pada prosiding sebutan permohonan perintah kembali taat difailkan oleh Safee terhadap Sabrina Yusof, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

“Kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes ini dengan cara terbaik. Anak guam saya ingin menarik balik permohonan (perintah kembali taat),” katanya.
Hakim Syarie Atras Mohamad Zin kemudian membenarkan permohonan itu selepas tiada bantahan dikemukakan peguam syarie, Junaidah Bakar yang mewakili Sabrina.
Pada prosiding ringkas selama kira-kira lima minit itu, Safee dan Sabrina tidak hadir dan hanya diwakili peguam masing-masing.

Difahamkan, Safee kini berada di negara ini. Manakala isterinya dikatakan berada di Kuching, Sarawak
Read more ...

Zarina Anjoulie Dedah Kisah Seksi Di Bilik 7

 Zarina Anjoulie Dedah Kisah Seksi Di Bilik 7
Pelakon dan model, Zarina Anjoulie yang pernah mencetuskan kontroversi kerana bergambar seksi di sebuah majalah di Indonesia tahun lalu akan mendedahkan kisahnya itu dalam rancangan bertajuk Bilik 7 siaran saluran ntv7 tidak lama lagi.
Menurut Zarina yang dikatakan bergambar seksi sehingga menampakkan sebahagian daripada buah dadanya di majalah itu, dia turut menganggap Bilik 7 sebuah saluran yang mampu membersihkan namanya yang pernah menjadi tohmahan segelintir masyarakat negara ini.

“Saya tidak kisah apa orang hendak kata tentang saya. Saya bukannya menjual tubuh saya, sebaliknya ia adalah antara kerjaya saya. Semasa di Indonesia untuk fotografi yang dikatakan kontroversi itu saya dibayar sedangkan di sini saya tidak dapat apa-apa bayaran pun.

“Walaupun pada hakikatnya ramai juga artis di sini yang bergambar seksi tetapi ia tidaklah sekontroversi saya. Sekurang-kurangnya Bilik 7 memberi peluang saya membela diri dan para penonton boleh mendengar sendiri cerita itu daripada mulut saya sendiri,” ulasnya.
Zarina meluahkan komennya itu pada sidang akhbar Bilik 7 yang diadakan semalam di Sri Pentas Bandar Utama, Petaling Jaya di mana rancangan terbaru terbitan Engku Azmin Engku Zaini yang diacarakan oleh Richie Rachman itu bakal bersiaran setiap Khamis 9 malam mulai 5 April ini.

Rancangan sebanyak 13 episod itu juga akan menampilkan ramai lagi selebriti terkenal bersama-sama cerita-cerita kontroversi yang pernah melanda mereka seperti Azwan Ali, Pian Cecupak, Radhi OAG, Raja Azmi Raja Sulaiman, Lisdawati, Mawi dan Gambit Saifullah.
Read more ...

Miss Vancouver Bukan Perempuan ???

Miss Vancouver Bukan Perempuan

Pengurusan Miss Universe menggugurkan seorang peserta pertandingan itu, Jenna Talackova, semalam.

Tindakan menggugurkan Jenna daripada menyertai pertandingan ratu cantik itu ialah kerana dia dilahirkan sebagai lelaki. Jenna, 23, berjaya menyertai pertandingan Miss Universe Kanada selepas memenangi pertandingan Miss Vancouver.
Ketika sesi peragaan pakaian renang, pihak juri mendapati terdapat kelainan pada susuk tubuh Jenna.

Sebaik mengetahui Jenna dilahirkan sebagai lelaki, mereka sepakat menggugurkannya 
daripada menyertai pertandingan Miss Universe Kanada.
Pihak penganjur bagaimanapun membelanya dengan mengatakan Jenna seorang wanita tulen.

Namun, mengikut peraturan pertandingan yang menekankan setiap peserta perlu dilahirkan sebagai perempuan, maka pihak juri sepakat membatalkan penyertaannya.
“Dia mempunyai naluri seorang perempuan dan dia memang wanita asli. Dia tidak menjangka soal jantina akan menjadi persoalan dalam pertandingan ini,” kata Pengarah Kebangsaan Miss Universe Kanada, Denis Davila.

“Jenna berharap kita dapat memberinya peluang untuk dia bersaing dalam pertandingan itu, tetapi mengikut peraturan, dia tidak layak untuk kembali bersaing,” katanya.
Sementara itu, Jenna turut memberi ulasan mengenai pengggugurannya daripada menyertai Miss Universe melalui Youtube. Jenna menceritakan sejarah hidupnya yang dilahirkan sebagai lelaki tetapi mengubah jantinanya kepada perempuan.
Jenna berkata dia merasakan dirinya sebagai perempuan sejak berusia empat tahun. Dia mendapatkan suntikan hormon ketika berusia 14 tahun. Ketika berusia 19 tahun pula, Jenna memutuskan untuk menjalani pembedahan jantina. – DM
Read more ...

March 27, 2012

Kembali Mengganaz... RC.my Menjadi Mangsa


Screenshot dari Mohd Safuan


Salam Sejahtera.Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan berita tentang Laman web DF.my yang telah digodam. Namun, pada harini ini KH mendapat maklumat bahawa forum Rileks Community turut menjadi korban sang penggodam yang dikenali sebagai 'Tiada Otak'.



Sepertimana yang terjadi pada web df.my, mesej telah ditinggalkan pada laman utama web.KH juga telah menghubungi owner kepada laman web rc.my dan menurut beliau, Rileks Community bukan forum 'hacking' seperti yang diwawarkan dan tidak ada kena mengena dengan RileksCrew mahupun mana-mana kumpulan penggodam.Jadi, tidak wajar Rileks Community dijadikan korban oleh kerana perbuatan yang tidak matang dan memalukan yang dilakukan oleh sekumpulan 'Wannabe hacker' dan 'Script Kiddies'.

 Walaubagaimanapun,KH amat bersetuju dengan mesej yang ditinggalkan oleh penggodam.


http://www.kenahack.com
Read more ...

Perhhh !! Seksi Dari Belakang...

Read more ...

Aksi perempuan belasah perempuan

Weee..aksi wanita  belasah wanita? Isk² apa nak jadi ni.. aduhaii....








Read more ...