April 22, 2013

AL- FATIHAH Sekitar Pengebumian Jenazah P.Ramlee

                                                   Sekitar Pengebumian Jenazah P.Ramle

Sejarah Hidup....

P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu , 22 Mac 1929.Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe , Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya , Butterworth.

                                                      Bapa P.Ramlee

                                                            Ibu P.Ramlee

P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.Semenjak di bangku sekolah lagi , P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni , terutamanya dalam seni muzik.Di Penang Free , P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.

Semasa pendudukan Jepun di Malaya , P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ).Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun.Penglibatan beliau dalam dunia muzik bermula dengan pancaragam “ Teruna Kampung “.Dalam pertandingan keroncong seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai yang diadakan dalam tahun 1947 , pancaragam beliau menjadi juara dengan lagu ‘ Keroncong Oh Suci ‘ yang dinyanyikan oleh P.Ramlee.
P.Ramlee semasa muda

Pada tahun 1964 , P.Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas di Studio Merdeka milik Merdeka Film Productions di Hulu Kelang.Sepanjang hayat P.Ramlee telah berlakon kira-kira 66 buah filem , mengarah 37 buah filem dan mencipta sebanyak 250 buah lagu.Namun setiap yang hidup pasti akan merasai kematian , awal pagi Selasa bersamaan 29 April 1973.P.Ramlee telah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan sakit jantung ketika berusia 44 tahun.Beliau meninggal dunia di dalam ambulans sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.


Walaupun beliau sudah lama meninggalkan alam yang fana ini , jasa dan baktinya dalam arena seni sentiasa kekal dalam ingatan.Pada 6 Jun 1990 , Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke-9 telah menganugerahkan beliau bintang Darjah Panglima Setia Mahkota ( DPSM ) yang membawa gelaran Tan Sri.
solat jenazah P.Ramlee
Gambar - gambar semasa beliau kembali ke Rahmahtullah

Mungkin ramai yg tak pernah tgk termasuk saya.
Al-Fatihah buat Alllahyarham P.Ramlee

      Foto terakhir P. Ramlee yang diambil beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia

Hancur badan dikandung tanah Budi baik dikenang juga Biar alam hancur dan musnah Jasa mu tetap dikenang juga Semoga Allah S.W.T mencucurkan rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah.
Read more ...

Fuhh!! Lesbian Kantoi ...

GADIS LESBIAN BERAKSI DENGAN PASANGAN DALAM TANDAS!-Apa dah jadi dengan awek-awek zaman sekarang ini sudah semakin menjadi-jadi tabiatnya.tengah berak pun sempat lagi nak pose bercumbuhan dengan pasangan lesbiannya.tak busuk ke tahi dia ni??..haha.

.akhlak rosak remaja sekarang.kepada ibubapa,sila pantau anak-anak anda masin-masing,jangan sampai seperti dua ekor beruk ni..



Read more ...

Wow!! Sultan Brunei Bakal Kahwin Janda Malaysia!





Sultan Brunei Bakal Kahwin Janda Malaysia | Nampaknya kisah dan gossip orang-orang terkenal termasuk di kalangan aristokrat dan golongan istana terus menjadi ‘buruan’, kisah mendiang Lady Diana sebagai contoh.

Daripada percintaannya dengan Putera Charles sehinggalah kepada tragedi yang membawa kepada kemalangan ngeri yang meragut nyawanya dengan jutawan Dodi Al-Fayed tak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila.

Di negara kita tidak kurang hangatnya, suatu ketika dulu ‘bergegar’ dunia hiburan tanah air apabila penyanyi Mazuin Hamzah mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman solonya dengan berkahwin dengan adinda Sultan Brunei, Pengiran Sufri Bolkiah pada tahun 1987.

Bagaimanapun perkahwinan gilang-gemilang itu berakhir dengan penceraian.

Begitu juga apabila Sultan Brunei sendiri, Sultan Hassanal Bolkiah sendiri mengahwini personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim pada tahun 2005.

Perkahwinan mereka berdua juga tidak kekal lama apabila ia berakhir dengan penceraian lima tahun kemudian.

Dan kini kembali hangat diperkatakan bila Sultan Brunei dikatakan akan memilih seorang janda dari Malaysia sebagai permaisuri hidupnya.

Wah, sekali lagi blog Malaysia-Instinct berjaya ‘menghidu’ gosip tersebut.

Sebelum ini blog yang sama telah memberi ‘instinct’ siapa wanita yang dimaksudkan.

Berikut adalah petikan daripada artikel tersebut;

Kini gempar di Brunei dengan berita bahawa Sultan Brunei bakal gantikan tempat kedua isterinya yang diceraikan.

Isteri kedua juga diceraikan bersama dengan Azrinaz. Jadi sekarang Sultan Brunei hanya mempunyai seorang isteri iaitu Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Gempar rakyat bukan sebarang gempar, gempar kini membawa angin yang kurang segar, angin rakyat mula kecewa, angin rakyat berbaur persoalan ;

* kenapa Sultan Brunei yang mereka sayangi memilih BUKAN rakyat mereka ?
* kenapa tergesa-gesa memilih calon isteri (akibat tidak buat penelitianlah maka terjadinya penceraian)
Read more ...

Seniwati Azean Irdawaty kritikal, barah merebak




Seniwati Azean Irdawaty kritikal, barah merebak | Seniwati Azean Irdawaty, 56, kini sedang berada dalam keadaan kritikal apabila doktor pakar mendapati barah tumornya sudah merebak ke kawasan vaskular tubuh beliau.

Kawasan vaskular terkandung banyak urat-urat pengaliran darah. Ada kemungkinan, kehilangan darah yang banyak memerlukan darah tambahan. Antara risiko yang mungkin Azean hadapi ialah jantungnya boleh berhenti berdenyut.

Seorang doktor dari Hospital Sungai Buloh di mana Azean akan dibedah memaklumkan kepada keluarganya bahawa komplikasi-komplikasi lain memberikan risiko satu hingga lima peratus.

Azean sepatutnya dibedah semalam, Khamis 18 April 2013 tetapi terdapat insiden kemalangan maut mangsa lain yang lebih memerlukan pembedahan dengan segera. Untuk itu, pembedahan Azean telah dijadualkan semula pada Isnin, 22 April 2013.

Berdasarkan pengemaskinian laman Facebook anak bongsunya, Inessa Irdayanty, pembedahan tersebut perlu dijalankan dengan teliti kerana tumor tersebut perlu dikeluarkan daripada selaput perlindungan otak ibunya.

Justeru, pembedahan ini nanti akan memakan masa yang panjang. Pihak hospital juga kini tidak membenarkan pelawat bermula Khamis hinggalah beliau dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas pembedahan nanti.

Inessa merayu orang ramai yang mengenali ibunya mendoakan agar pembedahan ibunya selamat tanpa komplikasi dan tenaga ibunya itu kembali pulih.

Bagi mereka yang ingin menyumbang kepada kos pembedahan Azean, mereka boleh menghulurkan terus ke akaun Azean Irdawaty Yusoef 16240100009490 (RHB Bank).
Read more ...

Serius - Kondom Perisa Zam Zam


"Keep the Satan away during Intercourse"... Bermaksud, "Menjauhkan Syaitan Ketika Persetubuhan". Bagi pandangan penulis, ada 'double-meaning' mengenai slogan ini. Adakah pengeluar kondom ini menggunakan istilah sebegitu dan logo halal untuk melariskan produk mereka???

Jika produk ini laris, ramailah pembelinya. Maka ramailah penggunanya. Tetapi siapa sasaran pasaran produk ini jika ianya dikatakan halal??? Tentu sekali orang-orang Islam. Adakah produk seperti ini akan mempengaruhi manusia untuk menghalalkan persetubuhan bagi pasangan yang belum bernikah juga?Pandangan anda?
Read more ...

Rianti Pelakon Ayat-Ayat Cinta Sudah Murtad



Rianti Pelakon Ayat-Ayat Cinta Sudah Murtad | Seorang pelakon wanita cantik yang pernah membintangi sebuah filem agama (ayat-ayat cinta) mengaku murtad kerana cinta. Adakah anda kenal dengan nama Rianti Cartwright?

Pelakon cantik tu diberitakan dah murtad apabila memilih untuk berkahwin dengan seorang lelaki Kristian.. Dia memilih untuk gadaikan pegangan agama dia semata-mata kerana cinta.

Ketika ditemubual oleh media Indonesia tentang status agamanya, pelakon tersebut menjawab.
“Bagi saya, ada yang boleh dikongsi bersama dan ada yang tidak boleh.”

Rianti bagaimanapun berkata dia bahagia setelah menjadi isteri kepada Alfonso Nainggolan atau Cas, selepas berkahwin pada 17 September lalu di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.

“Saya sekarang amat bahagia,” kata aktres berusia 28 tahun itu.
Inilah Hebatknya penangan cinta.. Manusia sanggup buat apa saja demi cinta tanpa sedar bahawa cinta tu sebenarnya tak kemana.
Read more ...

April 18, 2013

Fuyooo!! Anak Sofea Jane - Arissa bikin panasss!!!

Aksi panas anak pelakon yang pernah popular sekitar tahun 90-an berdarah kacukan Mat Salleh. Untuk pembayang, pelakon yang dimaksudkan pernah berlakon filem yang juga panas bersama pelakon lelaki yang kini popular sebagai penggali kubur. Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Mungkin pepatah tersebut bertepatan sekali dengan sikap sosial anaknya itu. Heh.
Read more ...

Anak Jackson Dedah Punca Dia Pakai Topeng

GAMBAR fail menunjukkan Prince (kanan) dan Paris (kiri) bersama Jackson semasa mereka melawat sebuah zoo di Berlin pada tahun 2002.
 
LOS ANGELES - Paris Jackson yang merupakan anak perempuan kepada penyanyi yang digelar sebagai Raja Pop, mendiang Michael Jackson akhirnya mendedahkan punca dia dan dua saudara kandungnya memakai topeng selama bertahun-tahun semasa mereka masih kecil, lapor akhbar New York Daily News semalam.

Paris Jackson berkata, dia mahu menggunakan sebahagian daripada harta pe­ninggalan bapanya untuk membina se­mula Neverland, khusus untuk menghibur kanak-kanak kurang bernasib baik.

Pelajar itu berkata demikian ketika menceritakan saat bahagia yang dikongsinya dengan bapanya yang mati ketika berusia 11 tahun.
Dia mengunjungi kediaman zaman kanak-kanak­nya dua tahun lalu dan terkejut melihat roda Ferris yang menjadi tarikan utama di situ sudah ditanggalkan.

“Saya menangis dan menangis. Roda Ferris itu memang sesuai di situ. Tetapi ia sudah tiada,” katanya.
Paris berkata, ia perlu dipasang semula untuk faedah kanak-kanak kurang bernasib baik.
Dia merancang memulakan projek itu sebaik mencapai usia dewasa.

Kenyataannya pasti me­ngejutkan jutaan peminat Michael Jackson yang pernah melihat impian superstar itu untuk membina tempat istimewa bagi kanak-kanak musnah.

Paris yang kini berusia 15 tahun juga merancang memberi penghormatan kepada mendiang bapanya de­ngan mentatu kata-kata yang pernah diucapkan Jackson kepadanya pada pergelangan tangannya apabila dia dewasa kelak.

Ketika ini, dia me­ngenang bapanya de­ngan meletakkan gambar Jackson di bilik tidurnya di rumah besar yang didiami bersama dengan abang, Prince, 16, dan adik, Blanket, 11, di atas bukit di Los Angeles.

Mereka dijaga oleh ibu Jackson, Katherine, 82.

“Saya mempunyai ba­nyak kenangan bersama bapa. Dia bapa yang menakjubkan. Kami akan menyayanginya hingga mati. Dia sentiasa cuba mendidik kami seboleh yang mungkin.

“Dia sentiasa mengawasi dan melindungi kami,” kata Paris.

Gadis itu menjelaskan alasan Jackson memaksa mereka bertopeng apabila berada di tempat awam.

“Dia tidak mahu sesiapa melihat rupa kami. Dengan cara itu kami memperoleh apa yang tidak pernah diperolehnya kehidupan seperti kanak-kanak biasa.

“Dia juga cuba memberi keluarganya satu kehidupan seperti kanak-kanan lain walaupun mengadakan pementasan di luar daerah atau negara.

“Ini termasuk me­ngubah kamar hotel menjadi pawagam de­ngan projektor mudah alih,” katanya.

Cerita Paris itu menyerlahkan perkara baru dalam kehidupan penuh kompleks Jackson dan sekali gus mendedahkan kasih sayangnya terhadap Prince dan Paris yang dilahirkan oleh bekas isterinya, Debbie Rowe serta Blanket oleh seorang ibu tumpang.

Kehidupan ketiga-tiga anak Raja Pop itu kini dibiayai oleh Yayasan Keluarga Michael Jackson.

Yayasan berkenaan juga bertanggungjawab membayar gaji 15 kakitangan sepenuh masa, termasuk pengawal peribadi, tukang masak, dua pengasuh, pembantu rumah dan tukang kebun di kediaman yang disewa dengan harga AS$26,000 (RM78,000) sebulan itu.

Kediaman mereka dikawal ketat dan kalis paparazi dan antara jiran mereka ialah Justin Bieber dan Britney Spears.

Meskipun kaya dan dari keluarga yang terkenal, Paris belajar di sekolah biasa.

“Saya mahu mempunyai pe­ngalaman bersekolah sama seperti orang lain,” kata­nya yang kini menganggotai pasukan sorak dan mewakili sekolahnya dalam sukan bola sepak selain menceburkan diri dalam bidang fotografi.

Dia turut mewarisi minat bapanya dalam bidang muzik dan mendedah mendiang bapanya pernah mengajar­nya menari.

Namun, Paris tidak merancang menjejaki bapanya dalam dunia hiburan. Impian gadis itu ialah untuk menjadi pakar bedah jantung.

“Saya mahu membantu orang ramai. Itu saja,” katanya.

Dia mendedahkan perkara itu dalam wawancara dengan majalah Event ketika keluarga Jackson bersiap sedia untuk mengemukakan saman berjumlah AS$40 juta (RM120 juta) terhadap AEG, promoter konsert Michael Jackson, ‘This Is It’ di Arena 02 London.

Menurut dokumen mah­kamah, Katherine menuduh AEG mementingkan keuntungan besar hasil daripada konsert itu tanpa mempedulikan kesihatan dan keselamatan Jackson.

Paris dan abangnya dijangka memberi kenyataan untuk mendedahkan lebih lanjut mengenai kehidupan peribadi bapa mereka apabila kes itu dibicarakan.
Read more ...

April 17, 2013

Wow!! Anzalna Nak Elak Skandal, Bakal Kahwin

 pix_gal2



Biarpun nama Anzalna kian meniti puncak, wanita berusia 25 tahun ini nampaknya nekad untuk menamatkan status solonya dengan jejaka pilihan, Hanif Zaki.
Walaupun sudah muak untuk berbicara mengenai hasrat melangkah ke alam rumah tangga, anak kedua daripada lima beradik ini menafikan dirinya terburu-buru membuat keputusan itu.

Ketika ditanya, adakah teman lelakinya mendesak mahu mereka segera disatukan, mungkin bimbang gadis idaman terlepas ke tangan orang lain, Anzalna terdiam seketika. Wajahnya berkerut, seolah-olah mengiyakan pertanyaan itu. Dia bingkas menghuraikan hujah.

“Kami sudah bercinta dua tahun dan saling mengenali sejak usia 15 tahun, jadi kami sepakat mahu disatukan segera. Begitupun, setakat ini kami belum memilih tarikhnya. Sepatutnya keluarga teman lelaki datang merisik tahun lalu, tetapi rancangan itu tidak menjadi,” katanya.
anzal3



Menurut pelakon ini, dia tidak bimbang perkahwinan akan menjejaskan populariti mahupun rezeki kerana percaya kepada takdir.
“Saya lihat, ramai artis yang sudah berkahwin, tetapi masih lagi laris. Lagi pun, saya berasa selamat setelah bergelar isteri nanti. Saya tidak perlu lagi bimbang dihimpit mana-mana lelaki.

“Memang saya tidak nafikan, sejak bergelar artis, ada yang cuba mendekati, tetapi saya sedaya upaya mengelak. Walaupun cuma untuk keluar makan tengah hari atau makan malam, saya akan tolak. Bagi saya, jika kita melayan, ia akan menjadi titik permulaan untuk terjebak dengan skandal,” katanya.

Tegas Anzalna, dia harus berbuat demikian kerana enggan hubungan dengan teman lelakinya terjejas. Sebab itu juga katanya, dia kurang gemar bersosial. Jika ada waktu terluang, Anzalna lebih gemar menghabiskan masa bersama keluarga dan teman rapat.
Read more ...

Rosyam Nor Bakal Terima Menantu Sulung

Rosyam Nor Bakal Terima Menantu Sulung





Tahniah di ucapkan kepada pelakon terkenal Rosyam Nor dan isterinya, Runika Mohd Yusof yang bakal menerima menantu sulung pada 12 Mei ini. Anak perempuan mereka, Arniesha Azureen, 23, bertemu jodoh dengan, Mohd Hafiz Mohd Said , 28, dari Melaka.

Majlis meraikan kedua pengantin itu bakal berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak pada 18 Mei ini. Mereka bertunang pada Oktober tahun lalu.
Rosyam Nor bertemankan pembantunya, Julia Juhasu datang sendiri menghantar kad undangan majlis resepsi ke syarikat-syarikat media. Kad berwarna kuning cair itu menampilkan foto Arniesha dan Hafiz tersenyum girang dengan berpakaian putih ala 60-an.

Kata Rosyam, walaupun masanya agak terbatas tetapi dia tetap mahu menghantar sendiri kad majlis perkahwinan itu memandangankan hubungannya yang akrab dengan media.
aa-rosyam-wife3
.
“Datang sendiri, menghantar sendiri dan menjemput sendiri dengan mulut lebih afdal sebab rakan-rakan media ni dah jadi kawan-kawan saya. Jadi, saya memang mahu mereka datang sebagai rakan-rakan yang meraikan perkahwinan anak saya, bukan datang berkerja atau membuat liputan tau.

“Urusan perkahwinan rupanya tak semudah yang dilihat. Memang banyak betul kerjanya. Tapi tak mengapalah, saya seronok sebab nak dapat menantu sulung walaupun banyak yang perlu diuruskan.
“Apa yang penting, saya harap majlis ini akan berjalan lancar tanpa cacat-cela dan semua tetamu berpuas hati .’’


Read more ...

April 09, 2013

Heboh! Miley Cyrus Diduga Menghisap Marijuana



Penyanyi International, Miley Cyrus terlihat sedang asik menghisap rokoknya. Dia terlihat sedang menghisap rokok berbungkus coklat di hotelnya di Miami, Florida bersama teman-temannya.
miley 
(Foto diatas: Miley diduga menghisap mariyuana di hotel tempatnya menginap)
miley
(foto diatas: Miley juga terlihat tertawa sendiri sesudah menghisap rokok yang diduga marijuana tersebut)
miley
Memang belum dipastikan apakah rokok yang dihisap Miley adalah marijuana, tetapi Miley terlihat tertawa sendiri setelah menghisap rokoknya. Rumor yang beredar bahawa Miley menghisap rokok adalah impak dari putusnya hubungan dengan sang kekasih Liam Hemsworth.
 miley
miley
miley
(foto: sepertinya Miley sedang menikmati percutian dan rokoknya bersama teman-temannya)
Pada bulan Februari klemarin, sebuah foto yang di up load ke Instagram menunjukkan Miley Cyrus sedang menghisap rokok. Caption foto tersebut berjudul high as f***. Miley sendiri menyangkal kalau dia tidak menghisap marijuana dengan menuliskan I don’t have an Instagram di akaun twitternya.
 miley
(foto diatas: Apakah foto ini foto Miley? Foto ini belum boleh dipastikan kebenarannya walau orang didalam foto sangat mirip dengan Miley)
Read more ...