August 22, 2012

Lebaran Yang ‘Bernoda’ Di Lorong Raja Laut

 Lebaran Yang 'Bernoda' Di Lorong Raja Laut


MALAM terakhir Ramadhan di ibu negara tempoh hari sangat padat dengan ribuan warga kota yang membeli-belah sempena kedatangan Syawal.
Moga-moga dapat harga runtuh barangkali, mungkin juga mereka baru dapat gaji daripada majikan masing-masing.

Jalan raya sesak dengan kehadiran kenderaan bertali-arus, bilik-bilik hotel di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Medan MARA dan di kawasan sekitarnya juga ‘fully booked’.

Dalam erti kata lain, bukan warga kota saja, malahan mereka yang datang dari negeri lain juga memenuhi tiap pelusuk kompleks membeli-belah di sini.
Ketika azan Maghrib berkumandang, ramai yang terpaksa berbuka di tepi jalan kerana restoran sudah mula ‘ditempah’ sejak pagi lagi.

Yang ada hanyalah meja yang dihiasi sekeping kad bertulis perkataan ‘RESERVED’.
Ketika ini, jangan kata Nasi Beryani, burger kosong yang hanya dituang sos cili pun laku macam tiket bas!
Pada malam itu juga saya sudah bersedia dengan sebuah kamera kecil, buku nota dan sebatang pen mata bulat.
Saya tidak pergi jauh,  di sebuah lorong kecil yang terletak di Jalan Raja Laut
Maknanya saya harus ‘menapak’ sedikit, berpeluh juga badan ini, kalau nak guna kereta masa ini, maknanya saya terpaksa ambil masa dekat satu jam untuk menempuh laluan trafik yang cukup sesak itu.
Lorong kecil tersebut bukan asing bagi saya. Sudah berpuluh kali saya mengikut pihak berkuasa melakukan operasi membanteras maksiat di kawasan berkenaan.
Lebaran Yang 'Bernoda' Di Lorong Raja Laut

Sudah berpuluh kali juga saya mengikut pertubuhan-pertubuhan NGO melakukan kegiatan amal mereka untuk golongan gelandangan, penagih dadah dan pekerja seks di situ.

Tetapi saya belum pernah ke situ di hari baik bulan baik seperti malam Ramadhan lalu.
Namun saya akur, sebagai wartawan, saya tidak boleh mengharapkan tugasan dalam zon selesa semata-mata, sebagai ‘mata dan telinga’ masyarakat, saya bertanggung jawab melaporkan perkara yang MESTI diketahui orang ramai, biarpun adakalanya ia jelik untuk diceritakan.

Apa yang akan saya ceritakan sebentar lagi adalah hakikat yang terjadi, sama ada kita suka atau benci, sama ada kita peduli atau tidak, sama ada kita menerima atau sebaliknya, ini adalah REALITI yang tak boleh kita nafikan kewujudannya.
Dalam hati saya, menjelang hari yang kita semua muliakan ini, mana mungkin ada insan yang masih sanggup menanggalkan coli dan melurutkan seluar dalamnya demi mencari sesuap nasi, tapi saya silap.

Lorong kecil yang saya maksudkan itu tetap MERIAH waima di saat kita sedang ‘mencongak’ untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta.
Lebaran Yang 'Bernoda' Di Lorong Raja Laut
Subjek saya seorang wanita berusia dalam awal 30-an, cukuplah saya menyebut namanya sebagai Mona.
Bukan sempena novel erotik Mona Gersang yang cukup popular awal 80-an dulu, bukan juga sempena nama…argh, tak perlulah saya sebutkan kembali nama mereka yang telah tiada.

Tapi itulah nama samaran wanita yang bukan sehari saya mengenalinya itu, bahkan dia juga suka saya memanggilnya dengan nama tersebut. Mungkin dia sendiri sangat sentimental dengan nama berkenaan.
Terus-terang, saya sebenarnya TERTIPU dengan Mona.
Sebelum ini dia sering mengikut beberapa buah NGO di situ untuk melakukan kerja-kerja amal buat pekerja-pekerja seks dan penagih dadah di sekitar Chow Kit.
Firasat saya sebelum ini Mona sudah kembali ke pangkal jalan, sebab itu dia sering terlibat dalam kerja-kerja amal di kawasan gelap tersebut, rupanya tidak.

” Memang saya pada mulanya sering terlibat mengikut beberapa buah NGO yang buat kerja-kerja amal, bukan kat Chow Kit saja, kat mana-mana pun saya pergi.
” Tapi saya tidak berdaya, penangan dadah sudah terlalu sebati dalam tubuh saya, biar berulang kali keluar masuk pusat serenti, biar berpuluh kali ditangkap, namun saya tak mampu nak kikis ketagihan, kadang-kadang saya rasa lebih baik mati dari hidup macam ini,” kata Mona.
Walaupun dari segi angka, Mona masih lagi muda tetapi kalau diperhatikan fizikalnya, Mona tak ubah seperti wanita separuh abad.
Mukanya juga cengkung, tubuhnya kurus melidi, kulitnya penuh parut suntikan…giginya juga rongak, nafasnya berbau tembakau yang amat keras.
Adakalanya saya terpaksa menjarakkan diri bila berbual dengan Mona, tak mampu menahan ‘aroma’ yang terhasil.

Namun ada satu perkara yang membuatkan saya sebak setiap kali berbual dengan Mona…iaitu kisah anak perempuannya yang kini sudah pun berusia lima tahun.
Mona sendiri tidak tahu siapa ‘bapa’ kepada anak yang dia lahirkan itu, tetapi dia nekad, selagi hayat dikandung badan, dia akan memelihara Baby (nama manja anaknya itu) sehingga ajalnya menjemput.
” Cuba abang tengok, Baby lagi dua tahun nak masuk Darjah Satu tau, tak sabar nak tengok dia pakai baju sekolah,” kata Mona sambil mengeluarkan gambar Baby yang tersimpan kemas dalam beg tangannya.
Saya cuba nak ‘reshoot’ gambar kanak-kanak comel itu tetapi Mona dengan pantas menyimpannya kembali.
Kata Mona, sekali imbas wajah anaknya itu ada mirip orang Cina, sekali imbas macam orang Hindustan.

” Nak buat macam mana bang, ‘air’ yang masuk pun ada ‘air’ Apek, ada ‘air’ Bangla…kira Satu Malaysialah,” katanya sambil ketawa.
Melihat dia ketawa, saya pun ketawa walaupun ketawa saya sangat ‘plastik’ sifatnya.
Bercakap mengenai Baby, kata Mona, setiap kali tiba waktu malam, dia akan menyerahkan anaknya itu pada seorang pondan tua untuk dijaga.
Kebetulan pondan tua itu tinggal bersebelahan bilik sewanya di Lorong Hj. Taib, dan dia juga sangat sayangkan Baby.

” Saya balik ‘kerja’ lebih kurang pukul 6 pagi, lepas tu saya terus ambil Baby…tapi sebelum itu saya mandi puas-puas, saya tak mahu Baby hidu bau-bau ‘jantan’ yang dah puas dok gomol tubuh saya, ” katanya sambil menyedut sebatang rokok jenama Sampoerna.
Lebaran Yang 'Bernoda' Di Lorong Raja Laut
Ketika sedang rancak berborak, tiba-tiba Mona bingkas meninggalkan saya, rupa-rupanya ada seorang pemandu teksi yang melambaikan tangan ke arahnya.
Kata Mona, lelaki itu adalah pelanggan tetapnya.

” Abang tunggu kejap, ‘batcha’ tu kalau tak dapat saya sehari, macam tak dapat teh tarik gayanya!,”
” Lama ke, abang ada kawan dok tunggu dalam kereta ni,” kata saya mencari alasan.
” Eleh dia bukan ‘lama’ pun, saya goyang tiga kali ‘settle’ lah tu,” kata Mona dengan selamba sambil membetulkan tali branya…
Read more ...

Daging Babi Bertabur Di Taman Tumpuan Muslim

 Daging Babi Bertabur Di Taman
Polis  New York giat melakukan siasatan terhadap penemuan cebisan dipercayai daging babi di sebuah taman di New York yang menjadi lokasi pertemuan saudara Islam di bandar terbabit.
Jurucakap Majlis Hubungan Amerika-Islam New York, Cyrus McGoldrick berkata, kawasan New Diro Beach Park, Pulau Staten itu sering dikunjungi kira-kira 1, 500 umat Islam termasuk mengadakan majlis muzakarah.

“Polis masih melakukan siasatan dan berharap tiada spekulasi berhubung kejadian yang dianggap sebagai Islamofobia,” katanya.
Dipercayai kejadian terbabit mempunyai kaitan dengan pengharaman penjualan daging babi di beberapa pasaran secara terbuka terutama di kawasan penduduk umat Islam.

Insiden ini adalah yang terbaru dalam peristiwa sentimen anti-Islam sejak beberapa minggu lalu, selepas sebuah masjid di Missouri dibakar diikuti sebuah sekolah swasta Islam di luar Chicago dibaling dengan molotov cocktail.
Manakala bulan lalu, beberapa kaki babi digantung di sebuah masjid di bandar selatan California sehingga mencetuskan ketegangan antara umat Islam dan polis tempatan
Read more ...

Wanita dilacur dan dikurung 7 bulan oleh Warga Bangladesh...

Seorang wanita berusia 25 tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja dikurung sejak tujuh bulan lalu, malah dibelasah dan diperkosa seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah rumah berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, di sini.
Lebih kejam, mangsa mendakwa dipukul hampir setiap hari sepanjang tempoh itu disebabkan keengganannya menjadi pelacur biarpun dipaksa lelaki terbabit.

Bagaimanapun, wanita terbabit bernasib baik apabila berjaya meloloskan diri daripada ‘neraka’ berkenaan, jam 10 malam Isnin lalu, sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, Khamis lalu.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa yang mengenali lelaki terbabit mendakwa ditawarkan pekerjaan di sebuah restoran dengan gaji lumayan.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan kemudian dibawa lelaki itu ke sebuah rumah di Kepong sebelum dikurung,” katanya.



Sumber berkata, mangsa kemudian dipaksa menjadi pelacur dan keengganannya berbuat demikian menyebabkan suspek berang lalu memukulnya.


“Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila dia mendakwa turut dirogol lelaki terbabit lebih 10 kali sepanjang tujuh bulan dikurung,” katanya.

Mangsa yang berjaya meloloskan diri daripada kurungan berkenaan jam 10 malam kemudian segera menghubungi rakan dan meminta bantuan.

Katanya, selepas dinasihati rakannya, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, menuntut tindakan tegas dikenakan terhadap lelaki terbabit.


Dalam laporannya itu, wanita terbabit mendakwa lapan lagi wanita turut dikurung dan dipaksa menjadi pelacur oleh lelaki terbabit.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan.
Read more ...

Trick melayari Facebook guna phone 3310

Disini Jen ingin menunjukkan cara2 melayari Facebook guna nokia 3310 . .
1. Mula2 rendamkan phone anda itu dalam air panas selama 30 minit
2. Onkan semula dan anda dapati phone itu tidak boleh digunakan lagi bukan?
3. Keluar simkad dalam phone itu
4. Buka housing dan tanggalkan keypad
5. Dan campakkan semua skali dalam tong sampah
6. Selepas itu anda boleh layari Facebook dengan menggunakan PC anda.

Jika anda rasa entry ini berguna sila sebarkan kepada rakan2 . . =D
Read more ...

Inilah Cara Spammer Mendapatkan Email Anda




Adakah anda di antara pengguna-pengguna internet yang sentiasa mendapat email dari mereka-mereka yang anda tidak kenali dan mempromosikan berbagai iklan mereka? Sedangkan anda tidak pernah pun memberikan alamat email anda kepada mereka. Adakah anda tidak senang hati dengan keadaan yang sedemikian? Tahukah anda bagaimana sebenarnya mereka dapatkan email anda?

Ada beberapa cara biasanya mereka mendapatkan email anda, antaranya :

1 - Spammer akan membeli secara haram senarai email pengguna. Mungkin mereka akan membelinya dari suatu laman web yang anda mendaftarkan email padanya. Maka jangan percaya semua laman web untuk mendaftarkan email anda. Pekerja-pekerja di ISP (Internet Service Provider) yang tidak jujur juga kadangkala menjual maklumat yang mereka ambil dari server kerja. Ini boleh berlaku seperti dalam ebay atau pasaran gelap. Penggodam (hackers) juga boleh menceroboh dan mencuri senarai ISP pelanggan.

2 - Spammer akan menggunakan program 'penuaian' yang menjelajah internet seperti Google dan Yahoo, dan menyalin teks yang mengandungi aksara "@". Mereka juga mengekstrak alamat email dari chat room, forum, ruangan komen pada blog dan posting di Usenet.

3 - Spammer akan menggunakan 'kamus' (brute force) program-program seperti hackers.

4 - Anda akan secara tidak sedar sukarela memberikan email anda kepada servis-servis online yang tidak jujur yang mempelawa anda untuk subscribe/unsubscribe. Mereka akan menjual email anda untuk mendapatkan komisyen. Ada link unsubscribe sebenarnya bukan untuk unsubscribe (berhenti melanggan), tetapi untuk mengesahkan bahawa ada pengguna sebenar terhadap email tersebut.


Cara-Cara Mengelakkan Diri Dari Mendapat Email Spam

1 - Pada Newsgroups, Forum, ruangan komen pada Blog dan Chat hendaklah anda menyamat email anda. Contoh seperti email anda ialah anda@yahoo.com , maka menyamarlah seperti anda@yaBUANGhoo.com. Maka email sebenar anda tidak dapat dicuri oleh spammer , dan orang-orang yang mahu menghantar email kepada anda hanya boleh dilakukan dengan mereka membuang sendiri perkataan BUANG dalam email penyamaran itu.

2 - Jangan klik link dalam mesej spam, termasuk link unsubscribe. Ini sering mengandungi kod yang mengenalpasti alamat e-mel penerima, dan boleh mengesahkan spam telah disampaikan dan bahawa anda menjawab.

3 - Jangan daftar email anda merata-rata termasuk laman-laman web yang tidak begitu penting bagi anda dan yang tidak boleh dipercayai.

4 - Apabila membalas posting pada newsgroup, jangan sertakan email anda.

5 - Jangan buka mesej spam secepat mungkin. Sering mesej spam disertakan 'web beacon' yang membolehkan para spammer menentukan berapa banyak, atau alamat e-mel mana yang telah menerima dan membuka mesej.

6 - Pastikan bahawa software anti-virus 'up to date'. Kebanyakan virus dan Trojan mengimbas hard disk untuk alamat e-mel untuk menghantar spam dan virus. Elakkan spam kenalan anda dengan menjaga software anti-virus up to date.

7 - Gunakan firewall yang dibekalkan dengan sistem operasi anda, atau menggunakan firewall dari sebuah syarikat terkemuka.

8 - Jangan menjawab e-mel permintaan untuk mengesahkan lagi butiran akaun anda. Bank anda, syarikat kad kredit, eBay, Paypal, dll, sudah mempunyai butiran akaun anda, jadi tidak perlu untuk mengesahkan mereka lagi.

9 - Jangan berikan butiran login anda kepada sesiapa pun melainkan kepada orang yang betul-betul anda percaya yang tidak akan mengkhianati anda.

10 - Dan sekiranya email anda sudah terlalu banyak terdedah kepada spammer, maka anda boleh pertimbangkan untuk menggantinya dengan alamat baru dan maklumat kenalan anda dari alamat baru.
Read more ...

Dikuasai Ajaran Sesat, Sanggup Bunuh, Lapah Dan Makan Manusia!

 Ajaran Sesat


Tiada apa yang mustahil dilakukan di dunia ini ketika ini.
Kalau dahulu, kita biasanya disajikan dengan berita-berita tentang penangkapan haiwan-haiwan secara haram untuk dijadikan sebagai makanan di sesebuah restoran.
Ada yang percaya, dengan memakan haiwan-haiwan seperti ular, biawak, kepala harimau dan bermacam-macam lagi mampu memberikan khasiat dari segi kesihatan tubuh badan.

Berbeza dengan apa yang berlaku di negara Thailand.
Manusia pula yang dijadikan sebagai makanan utama kepada penduduk di sana!
Mereka akan membunuh manusia lain, menyembelih selepas dibunuh dan dilapah daging-daging manusia itu seperti melapah daging lembu atau kerbau.
Selepas itu, mereka akan masak dan akan juga menikmati masakan mereka beramai-ramai dengan meriah sekali.

Kegiatan membunuh, melapah dan memakan daging manusia adalah merupakan ajaran ritual yang diamalkan oleh rakyat di negara itu.
Dipercayai kegiatan itu merupakan ajaran sesat yang mesti dilakukan setiap kali proses memuja iblis atau syaitan dilakukan.
Read more ...

Belum Sah Bercerai, Aidil ‘Galak’ Bercinta Dengan Jue Aziz?

Aidil Zafuan-Jue Aziz



Siapa tidak kenal dengan diri pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan.
Tetapi, namanya hanya lebih dikenali melalui kontroversi kisah rumah tangganya yang tidak ada surut.
Namanya mula menjadi hangat apabila kisah dia bernikah dengan aktres, Rita Rudaini secara senyap-senyap di Thailand.

Selepas tersebarnya cerita nikah mereka, dikatakan pula keluarga tidak merestui hubungan mereka.
Jadi, bermulalah pergolakan sedikit demi sedikit dalam hubungan suami isteri Aidil dan Rita.
Tahun pertama mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, hubungan mereka kembali stabil.
Namun, kembali retak selepas kelahiran anak kedua.

Hingga kini, boleh dikatakan Rita dan Aidil melepaskan penat dengan hanya turun naik ke mahkamah sahaja untuk menyelesaikan kes tuntutan perceraian Rita yang masih lagi tiada noktah.
Aidil dikatakan sedang hangat bercinta dengan Jue Aziz.
Khabarnya, Jue Aziz juga tidak kisah dengan status yang dipegang oleh Aidil yang masih lagi suami orang.

Mereka juga dikatakan sering dilihat keluar bersama-sama.
Amat memeranjatkan juga apabila perkenalan antara Jue Aziz dengan Aidil adalah melalui iparnya sendiri, Ayu Raudhah.
Kiranya, Ayulah yang menjadi penghubung hubungan cinta mereka.
Pelik juga ya..
Read more ...

Akhirnya, Norish Karman Mengaku Lahirkan Anak!

 Norish Karman
Selepas menafikan cerita yang tersebar mengatakan dia melahirkan seorang anak lelaki, pelakon wanita, Norish Karman akhirnya mengesahkan cerita itu adalah benar.
Selama ini, Norish atau lebih dikenali sebagai NK menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tentang kesahihan gambar dia bersama seorang bayi adalah anaknya sebagai fitnah untuk mengaibkan dirinya.
Namun, menurut laporan media cetaki, NK mendedahkan kebenaran selepas berdiam diri.

Anak lelaki NK yang bongsu itu diberi nama Haq Lutfie Alexander dilahir pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang.
“Awalnya saya runsing, bagaimana hendak saya memberitahu tentang kelahiran Haq kepada peminat dan media, tetapi selepas tersebar di internet, saya lega,” kata NK.
Bagaimanapun, NK masih lagi enggan mendedahkan status sebenar Haq dari pengetahuan umum.

Kata NK, bagaimana kehadiran Haq, biarlah menjadi rahsia antara dia dan Tuhan.
Sebelum melahirkan Haq, NK pernah dinasihatkan untuk menggugurkan kandungannya.
Tetapi, bila memikirkan dia sudah pun bergelar ibu dan tahu bagaimana perasaannya untuk melahirkan anak, NK nekad untuk menjaga dan membesarkan anaknya.
“Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia hadir itu adalah urusan antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi perkara yang lepas.

“Saya seorang anak, wanita & ibu, saya tidak akan membuat perkara tidak elok. Saya seorang ibu, naluri keibuan saya sangat kuat. Saya berani pertahankan kandungan ini meskipun saya tahu hidup saya akan susah kerana akan menjaganya seorang diri,” katanya.
Read more ...

August 16, 2012

Bernikah Di Masjid Tayang Tali Bra – Pengantin Sanggap Ke?

 Bernikah Di Masjid Tayang Tali Bra - Pengantin Sanggap Ke?



Ada sesiap yang tahu tak gambar di mana dan bila ni?
Pelik tak cara berpakaian pengantin perempuan tu?

Ingat kahwin kat gereja ke?
Agaknya tok kadi kalau perasan dan jenis cakap lepas, mahu berkilo-kilo jugak taskirah pra-perkahwinan yang diberikan.
Namun, cakap apa pun tak guna kot, kalau akal jenis ni. Ini tak benda yang tak payah ajar patutnya kalau Islam tu dah otomatik tahu.
Takkan pemahaman tu setakat rambut aje wajib tutup yang lain takpe?
Masalahnya…bebudak kita tu kekadang nak sangat jadi mat salleh, sampai lupa asal usul dan agama yang dianuti.

Sebab itu dah ada kelompok remaja Islam yang begitu asyik menyambut Krismas daripada berpuasa dan menyambut raya.
Konon nampak moden la. Pemikiran bodoh.
Nasib jumlahnya tak ramai.
Inilah contoh pemikiran yang ada, nak sangat jadi American, sedangkan asal usul mungkin Batang Berjuntai, Kuala Selangor aje kot!
Read more ...

August 12, 2012

Bila Rihanna Puji Yuna…

 Bila Rihanna Puji Yuna...
Wow.
Nampaknya kehebatan Yuna sudah mula diketahui oleh selebriti-selebriti antarabangsa.
Tak sia-sia Yuna melakukan tour di USA apabila Rihanna menerusi Twitternya telah memuji kehebatan Yuna.

Bukan senang untuk artis Malaysia mendapat pujian penyanyi antarabangsa sehebat Rihanna.

Nampaknya bakat Yuna telah mula disedari oleh mereka. Mungkin satu hari nanti kita akan dapat melihat Yuna berkolaborasi dengan nama-nama besar di sana.
Yuna turut membalas pujian Rihanna dengan ucapan terima kasih.
Diharapkan Yuna terus berusaha untuk mengembangkan namanya di USA.
Mana tahu suatu hari nanti boleh dijemput untuk buat show di Grammy Awards.
Pastinya semua rakyat Malaysia akan berbangga.


Read more ...

GAMBAR: Monorel Terkandas Di Brickfields, Penumpang Keluar Ikut Skylift!

 GAMBAR: Monorel Terkandas Di Brickfields, Penumpang Keluar Ikut Skylift!


Perkhidmatan monorel RapidKL terkandas secara tiba-tiba pada pukul 2 petang apabila sebuah gerabak berhenti di depan flat di Brickfields.
Para penumpang terpaksa dikeluarkan daripada gerabak lain dengan menggunakan skylift.

Seorang wanita yang sedang sarat mengandung pengsan manakala dua lagi penumpang dilaporkan mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki ekoran terkena kaca yang pecah.
Ketiga-tiga mereka dikejarkan ke Hopsital Kuala Lumpur dan berada dalam keadaan stabil.

Apabila dihubungi, RapidKL memberitahu mereka sedang meneliti punca gerabak itu terkandas.
Monorel Terkandas Di Brickfields



Read more ...

August 11, 2012

Olimpik Britain Kecoh, Atlet Czech Salin Seluar Dalam Tengah Stadium!

 Olimpik Britain Kecoh....Atlet Wanita Republik Czech Salin Seluar Dalam Tengah Stadium!


Kecoh di Olimpik Britain sekarang ni, bukan sebab ada artis pecah rekod dunia, tetapi tindakan selamba seorang atlit olahraga Republik Czech di tengah padang.
Eliska Klucinova adalah atlit heptathlon yang sedang menunggu giliran untuk beraksi.
Mungkin kerana malas nak ke bilik persalinan, dia bertindak melurutkan seluar dalamnya untuk diganti dengar seluar yang lain.

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba krew televisyen yang sedang merakamkan kejohanan tersebut menghalakan lensanya ke arah Klucinova.
Apalagi ‘malu-malu kucingler’ si Klucinova ni, cepat-cepat dia mengambil tuala kecil untuk menutup ‘ehem-ehemnya’ itu.

Yang paling menarik, dia sempat melemparkan senyuman ke arah kamera tersebut.
Dan senyuman itulah juga menghiasi banyak ruangan utama akhbar dunia dan internet tidak lama selepas itu dengan disertai tajuk – KLUCINOVA SALIN SELUAR DALAM DI TENGAH STADIUM!
Olimpik Britain Kecoh....Atlet Wanita Republik Czech Salin Seluar Dalam Tengah Stadium!



Read more ...

Masalah! Ramai Isteri Peneroka Yang ‘Bermadu’ Enggan Kongsi Durian Runtuh

 Masalah Betul....Ramai Isteri Peneroka FELDA Yang 'Bermadu' Enggan Kongsi Durian Runtuh!


Seorang peneroka Felda Sungai Tekam Getah menuntut Felda mencari kaedah paling berkesan mengagihkan durian runtuh kepada isteri peneroka yang mempunyai madu berikutan timbul masalah isteri pertama enggan berkongsi wang terbabit.
Peneroka, Rashid (bukan nama sebenar), 63, berkata, ada isteri pertama yang tidak mahu membahagikan durian runtuh berkenaan dengan isteri kedua seperti disarankan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

“Mereka (isteri pertama) bagi alasan wang tersebut haknya kerana cek tersebut ditulis atas namanya.
“Saya sudah menyuarakan masalah ini kepada pengurus Felda dan juga pejabat Felda Wilayah Jengka dan diberitahu akan membuat siasatan perkara ini, namun sehingga kini belum ada keputusan,” katanya kepada Sinar Harian.

Rashid berkata, pengagihan durian runtuh yang dibuat sekarang kurang tepat kerana ia banyak menimbulkan masalah bukan sahaja kepada peneroka yang berkahwin lebih daripada satu, tetapi kepada anak-anak peneroka yang sudah kematian ibu bapa.
“Pada pandangan saya, lebih baik pengagihan untuk peneroka yang berkahwin dua ini diserahkan kepada pengurus Felda.

“Pengurus diberi hak menguruskan cek tersebut dengan menukarkannya ke dalam bentuk tunai dan diagihkan terus secara sama rata kepada penerima,” katanya.
Dia turut mencadangkan perkara sama dilakukan ke atas anak peneroka yang menerima durian runtuh bagi pihak ibu bapa mereka yang sudah meninggal dunia..
“Ini kerana, sudah ada kejadian di mana anak yang dipertanggungjawabkan menerima durian runtuh itu tidak mengagihkannya secara sama rata dalam kalangan adik-beradik.
“Malah baru-baru ini ada yang sampai bergaduh sehingga dimasukkan ke dalam penjara semalaman semata-mata berebut durian runtuh ini,” katanya.
Read more ...

Labah-labah Dalam Telinga Seorang Wanita

 Labah-labah Dalam Telinga
Seorang wanita tidak menyangka rupa-rupanya penyakit gatal telinga yang dialaminya adalah disebabkan labah-labah.
Serangga berkenaan bukannya menggigit telinganya, sebaliknya ia menjadikan telinganya sebagai tempat tidur.
Lebih buruk, doktor percaya labah-labah itu telah berada dalam telinganya sejak lima hari lalu.

Namun dia bernasib baik, kerana wanita itu tidak cuba mengorek telinganya.
Jika tidak, kata doktor, keadaan akan bertambah buruk dan serangga itu mungkin akan menggigit telingannya jika ia diganggu.
Pada mulanya, doktor bercadang menggunakan penyepit untuk menarik labah-labah itu, namun bimbang serangga itu akan menggigit mangsa.
Justeru, Dr Liu Sheng dan rakan sekerjanya telah memasukkan air garam ke dalam telinga wanita itu.

Beberapa minit kemudian, labah-labah itu keluar dengan sendirinya.
Nasib baik ia tidak bertelur dalam telinga wanita itu, jika tidak , entah apa yang akan berlaku dalam telinganya.
Read more ...

Fenomena Okultasi Planet Musytari 2.20 Pagi Esok..

 Fenomena Okultasi Planet Musytari 2.20 Pagi Esok
Rakyat negara ini berpeluang menyaksikan Okultasi Planet Musytari awal pagi esok bermula pukul 2.20 hingga 3.20 pagi.
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) melalui satu kenyataan memberitahu, kali terakhir fenomena itu dilaporkan berlaku pada 23 Februari 2009.

“Fenomena ini membolehkan kita melihat planet Musytari dilindungi oleh bulan selama kira-kira satu jam (bergantung kepada lokasi).
“Untuk makluman keadaan bulan pada malam tersebut berada di dalam fasa Sabit Tua atau Waning Crescent,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut Angkasa, fenomena itu boleh disaksikan di seluruh Malaysia namun setiap lokasi akan berlaku pada waktu berbeza.

Namun masyarakat di Sabah dan Sarawak dianggap bertuah kerana berpeluang untuk menyaksikan keseluruhan proses fenomena tersebut kerana kebanyakan tempat di semenanjung hanya dapat menyaksikan proses akhir fenomena tersebut.
Tambah kenyataan itu, orang ramai boleh melihat Okultasi Planet Musytari hanya dengan menggunakan mata kasar tanpa memerlukan sebarang peralatan khas.
Maklumat lanjut mengenai fenomena itu boleh diperoleh dengan melayari Portal Pendidikan Sains Angkasa di laman web www.astronomi.angkasa.gov.my.

Sementara itu, Angkasa dalam melalui laman web sama memaklumkan rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan kemuncak 60 juraian hujan meteor Perseid awal pagi esok hingga lusa.
Menurut Angkasa lagi, titik meteor Perseid itu adalah daripada buruj Perseus yang berada di langit Malaysia sejak Julai hingga Mac tahun hadapan.
Bagaimanapun, kata Angkasa, hujan meteor itu hanya boleh dilihat di kawasan yang kurang pencemaran cahaya selain bergantung kepada keadaan cuaca langit malam tersebut.

“Bagi menyaksikan sendiri hujan meteor ini, pandang ke arah timur laut selepas waktu tengah malam
Read more ...

Comelnya Kad Jemputan Perkahwinan Ustaz Don….

Comelnya Kad Jemputan Perkahwinan Ustaz Don....


USTAZ Don Daniyal Don Biyajid begitu disayangi dan disenangi ramai, apatah lagi karakternya mudah mesra serta peramah membuatkan siapa saja senang mendekati pendakwah muda ini.

Umurnya baru menjangkau 28 tahun, tapi anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini mempunyai banyak pengalaman menjadi penceramah bebas.
Pemilik Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir bagaimanapun sentiasa cuba mengelak untuk berbicara soal peribadi dan lebih suka berahsia kerana baginya soal percintaan dan perkahwinan biarlah diketahui oleh individu yang rapat dengannya saja.

Namun, dia tidak menafikan sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga dengan pelajar jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir, dalam masa terdekat.

Ustaz Don atau Don , 28, pengendali program 30 Minit Ustaz Don yang bersiaran setiap Isnin sehingga Khamis, jam 10 malam di TV AlHijrah.
Sekarang ini gambar kad undangan perkahwinannya di internet mula ‘bertebaran’…moga-moga pernikahan beliau akan kekal hingga ke akhir hayat, Insya Allah
Read more ...

Mek Sayyidah Mengaku Kini Bermadu Hasil Perkahwinan Kedua

Mek Sayyidah Mengaku Kini Bermadu Hasil Perkahwinan Kedua


Harian Metro melaporkan yang pengacara dan pelakon terkenal sitkom Salam Pantai Timur, Nik Sayyidah Fatiha Yazib, 29, mengaku sudah bercerai dengan suaminya awal tahun lalu dan kini hidup bermadu sebagai isteri kedua selepas berkahwin dengan seorang ahli perniagaan Mei lalu.

Nik Sayyidah yang mesra dengan panggilan Mek berkata, walaupun perkahwinan keduanya itu tidak dilangsungkan dengan meriah namun statusnya yang kembali bersuami, disifatkannya bukan perkara rahsia.
Katanya, perkenalan dengan suami barunya itu hanya bermula sekitar April lalu sehingga mereka membuat keputusan untuk bernikah sebulan kemudian.
Read more ...

August 06, 2012

Lagi Artis Bertudung - Shila Amzah SAH Akan Mula Terus Bertudung

 Shila Amzah SAH Akan Mula Bertudung
 Penyanyi terkenal, Nur Shila Amir Amzah, 22 atau mesra dipanggil Shila Amzah hari ini berkata yang dirinya telah berhijrah dan akan terus mengekalkan imej bertudung.
Beliau berkata, gambar-gambar dirinya yang bertudung yang banyak tersebar di media sosial kini adalah imejnya yang terkini dan bukan ‘eksperimen’ cara bertudung atau sebagainya.

“Alhamdulillah, Shila jadikan bulan Ramadhan ini sebagai permulaan penghijrahan dan insyallah Shila akan terus bertudung,” jelasnya
Pengesahan itu penting apabila ada peminat Shila yang kerap kali mempersoalkan di laman sosial Twitter adakah identiti bertudung itu hanya sementara atau akan kekal.
Ramai peminat berasa teruja lantaran melihat imej terbaru Shila sejak bermula bulan Ramadhan, kira-kira dua minggu lalu.

Jika kita lihat pada akaun Twitter Shila, tidak kira sama ada gambar profil mahupun setiap gambar yang dimuat naik olehnya, pasti dia mengekalkan imej bertudung.
Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu turut menghargai para peminat yang menyokong dan mendoakan supaya dia terus mengekalkan imej bertudung.
Memfokuskan beribadat pada bulan Ramadhan, Shila juga menyertai beberapa majlis amal seperti program berbuka puasa, bersahur bersama peminat dan pelbagai lagi.
Selain itu, anak kepada penyan turut menjayakan beberapa rakaman bagi program yang bakal disiarkan pada Syawal akan datang.

Apabila ditanya berkenaan status perhubungan bersama Sharnaaz Ahmad serta niat untuk melayari bahtera perkahwinan, dia lebih gemar untuk tidak memberi sebarang kenyataan.
“Macam tak manis pula bila pihak wanita yang bercakapkan pasal isu ni.
” Shila rasa soal perkahwinan tu elok ditanya pada Sharnaaz,” ujar Shila dalam nada gembira.

Semoga ada berita gembira yang akan hadir kepada peminat-peminat Shila yang sudah sekian lama menanti.



Read more ...

Amboi! Seksinya Neelofa, Ala Berkemban Lagi.. tak cukup kain sudah....

Amboi! Seksinya Neelofa, Ala Berkemban Lagi



Neelofa, nama yang dikira cukup popular buat masa kini dalam industri hiburan tanah air.
Mana tidaknya, selebriti ini terus menjadi tumpuan media apabila pelbagai gosip serta kontroversi sering menyelubungi artis ‘HOT’ ini.
Namun, sekali lagi Neelofa telah membuat ramai peminat lelakinya terus terpaku dan tergamam.

“Mak aih, seksinya Neelofa ni,” itulah ungkapan pertama yang diluahkan oleh penulis sewaktu melihat gambar itu.
Sebelum ini MyNewsHub ada berkongsi isu berkenaan gambar Neelofa berkonsepkan ‘bunny girl’, ala-ala berkemban yang dikatakanya isu lama.

Kali ini, Neelofa tampil lebih gah dan berani apabila menghadiri majlis anjuran Habib Jewels dengan memperaga pakaian ‘ala-ala berkemban’.
Penulis sendiri tidak pasti sama ada pemilihan pakaian itu adalah ditetapkan oleh penganjur program berkenaan atau Neelofa sendiri yang membuat keputusan untuk berpakaian sebegitu.

Kredit kepada Habib Jewels kerana bijak memilih model untuk memperagakan koleksi berlian syarikat itu.
Nampaknya, Neelofa boleh dikategorikan sebagai selebriti wanita Malaysia yang berani berpakaian sebegitu.

Mana tidaknya, dengan kulit yang halus lagi putih, susuk tubuh yang menarik serta senyuman yang manis, pastinya membuatkan dia berani tampil sebegitu.


Read more ...

Abby Sebarkan Berita, Nikah Bulan 12?

Abby Sebarkan Berita, Nikah Bulan 12?

Ini lagi kisah yang tak habis-habis mengenai diri pelakon wanita, Abby Abadi.
Yang terbaru, Abby telah menyebarkan ‘berita’ kepada peminat-peminatnya yang dia bakal bernikah pada bulan 12 nanti. Benarkah?
Menerusi blog Buahmulut.com, Abby telah mengeluarkan kenyataan di laman Twitternya pada 1 Ogos 2012 tepat jam 12.21 pagi mengenai bakal berkahwin setelah ditanya peminatnya.

“@TheEdd21” @abby_abadi112 kak Abby bile nak kawin??? Sementara dok lawa ni,,, haha” insyallah.. Bulan 12 nnti! Haha” tulis Abby.
Sebelum ini, gosip mengenai status ‘baru’ Abby bertiup kencang apabila dia dikatakan sudah pun bernikah dengan seorang Adun.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menafikan beliau telah bernikah dengan artis Abby, yang bulan lalu menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup.

Penulis tak pasti pula benar atau tidak kenyataan Abby itu.
Tidak mengapalah, kita tunggu sahaja khabar gembira kalau-kalau ada dari Abby sendiri.
Sama-sama kita tunggu!
Read more ...

Ella Cuba Sesuaikan Diri Jadi Isteri Azhar...

Ella Cuba Sesuaikan Diri Jadi Isteri Azhar

Penyanyi Rock, Ella mengakui dia berasa sedikit kekok untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri selepas berkahwin dengan suaminya, Azhar.
Ella yang sudah pun biasa hidup seorang diri selama 46 tahun ini memerlukan masa untuk dia membiasakan kehidupannya yang baru dengan pasangannya.
Malah, Ella sedikit pun tidak berputus asa dan mencuba untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri dengan baik.

“Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar walaupun saya akui agak susah juga untuk membiasakan diri dengan kehidupan sebagai seorang isteri.
“Namun saya cuba menyesuaikan diri perlahan-lahan untuk belajar sedikit demi sedikit mengenai perihal menguruskan suami supaya dia dijaga rapi oleh saya,” kata Ella.

Ella yang belum cukup lagi sebulan menyandang status sebagai isteri Azhar gembira kerana tahun ini dia berpeluang menyambut Ramadhan bersama insan tersayang di sisinya.
Walaupun sibuk menguruskan kerjaya seninya, Ella tidak akan sesekali melupakan tanggungjawabnya untuk menguruskan Azhar setiap hari.
Malah, dia dan suaminya, akan mengambil peluang untuk menunaikan solat Tarawikh bersama-sama selepas berbuka puasa.

“Saya gembira sangat kerana berpeluang bersolat terawih bersama suami kerana bukan mudah untuk kami bersama di bulan puasa ini disebabkan masing-masing sibuk dengan kerja.

“Namun masa yang kami ada dimanfaatkan dengan baik. Selepas bersolat terawih bersama kami sempat ke kedai Mamak untuk menikmati teh tarik bersama,”
“Tanggungjawab saya setiap hari bermula dari lepas solat Subuh bersama suami kerana saya tidak akan tidur dan terus menguruskan keperluan suami untuk dia keluar bekerja seperti pakaiannya dan sarapan pagi (sebelum berpuasa).
Read more ...

Contoh ‘Terbaik’ Hairie Othman Selepas ‘Berhijrah’

 Hairie Othman Ikuti Jejak Abby Cipta Kontroversi
Semua orang tahu yang pelakon Hairie Othman sudah pun menyertai parti Pas beberapa bulan lalu.

Hairie menyertai Pas secara sah dengan beberapa orang artis lain seperti Abby Abadi.
Sejak beberapa minggu lepas, hanya nama Abby sahaja menjadi bualan hangat tidak kiralah bagi peminat seni hiburan negara mahu pun mereka yang cenderung dan peka mengenai isu politik.

Kalau bercerita mengenai pembabitan Abby ke dalam dunia politik, satu-satu cerita ‘panas’ dan kontroversi yang tercipta.
Habis cerita periuk nasi mengenai kehidupannya yang tidak mendapat rezeki juga dihebahkan kepada umum.
Belum lagi isu mengenai dia dikhabarkan sudah pun berkahwin dengan seorang adun.
Macam-macamlah.
Baiklah, itu isu dan kisah mengenai Abby.

Beralih pula kepada kisah Hairie.
Nampaknya, sekarang ini, Hairie juga dilihat seperti mengikut ‘jejak langkah’ sahabat perjuangannya Abby.
Bermula dengan kenyataan ‘lantang’ Hairie di bulan Ramadhan ini yang dibuat di laman Twitternya, pada 4 Ogos 2012 yang lalu.

Tetapi, dek kerana kenyataannya, ramai yang mengkritik kata-kata Hairie.
Berbeza dengan Abby yang masih ada penyokong kuat menyokong apa sahaja percakapan yang keluar dari mulutnya.
Kalau dahulu, ramai yang menghormati diri Hairie kerana sikapnya yang suka menghormati orang. Tetapi, tidak lagi kini.

Apa sudah jadi ni Hairie?

Read more ...

August 05, 2012

Mercun Telah ‘Halal’ Di Malaysia?

 Mercun
Setiap kali pertengahan Ramadhan hingga ke Syawal, pastinya langit dan bumi di Malaysia ini akan berdentam-dentum.
Mana tidaknya, dari mercun sekecil-kecil biji saga hinggalah mercun setanding sambutan ulangtahun kemerdekaan semakin banyak dipasaran.

Seolah-olah mercun di Malaysia telah di’halal’kan kerana ia terlalu mudah untuk didapati.
Selain dari mercun yang dijual, ada juga mercun buatan sendiri, seolah-olah mereka telah menerima ijazah sebagai pembuat bom.
Anda pergilah kemana-mana bazar Ramadhan, gerai-gerai jualan di sekitar pusat bandaraya mahupun di ceruk-ceruk kampung, pasti akan ada ‘gerai haram’ yang menjual mercun.

Pernah satu ketika, bukan sahaja penulis yang terkejut, malah imam serta seluruh jemaah surau beristighfar panjang seolah-olah kami menunaikan solat di Afghanistan apabila dentuman mercun tidak putus menggegarkan kawasan sekitar.
Tambah mengecewakan apabila ibubapa seolah-olah merelakan anak mereka membeli dan bermain mercun.

Dengan kata mudah, “raya setahun sekali je, biarlah mereka nak main..”
Memang raya setahun sekali, putus jari, pecah muka pun akan berlaku sekali dalam seumur hidup.
Dalam isu itu, beberapa pihak harus mengambil tindakan yang serius.
Kemana perginya Akta Bahan Letupan pindaan 1991 yang mengklasifikasikan mercun sebagai bahan letupan kecil?
Jarang sekali kedengaran pihak berkuasa mengambil tindakan seperti menangkap pemain-pemain mercun.

Justeru, pihak berkuasa haruslah ‘membuka mata’ bukan hanya memantau sebaliknya mengambil tindakan yang sewajarnya supaya isu penjualan mercun secara terbuka mahupun secara ‘gelap’ dapat ditangani.
Pada masa yang sama, ibubapa haruslah memantau serta prihatin terhadap setiap pergerakan dan tindakan anak-anak mereka.
Jangan sampai ratapan air mata Syawal menyelubungi keluarga anda pada Syawal nanti.

Penulis bukan ingin memburukkan mana-mana pihak, cuma sebagai peringatan supaya tragedi yang pernah menimpa pada tahun-tahun yang lalu tidak berulang lagi pada Syawal kali ini.
Read more ...

MPP Uruskan Pelajar. Mana Pengurusan UNISEL?

 MPP Uruskan Pelajar. Mana Pengurusan UNISEL?



Apa yang terjadi sebenarnya di Universiti Selangor (UNISEL)? Sebelum ini dengan isu PTPTN dan kini pula isu pelajar tidak dibenarkan mendaftar kolej kediaman.
Kami menerima aduan berkenaan pihak pengurusan kolej kediaman Universiti Selangor (UNISEL), Jana Niaga Sdn Bhd bertindak menutup pejabat bagi sesi pendaftaran kolej kediaman yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu.

Lantaran dari kejadian itu, MyNewsHub telah merujuk laman sosial Facebook Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Memetik dari salah satu sumber dalam laman sosial itu, penuntut mendakwa yang mereka tidak dapat mendaftar kolej kediaman sekaligus menerima kunci bilik akibat dari penutupan pejabat operasi Jana Niaga Sdn Bhd.

Maka, ramai penuntut UNISEL mula ‘naik angin’ apabila ada diantara mereka yang datang dari jauh tidak dapat mendaftarkan diri sekaligus tidak menerima kunci bilik.
MyNewsHub telah menghubungi Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL, Mohd Jeffri Abu Hassan bagi mendapatkan keterangan lanjut berkenaan isu tersebut.
Menurut Jeffri, pihak MPP serta penuntut UNISEL tidak menerima sebarang notis mahupun makluman awal berkenaan penangguhan pendaftaran kolej kediaman sehingga mereka hadir ke pejabat operasi Jana Niaga Sdn Bhd pada Jumaat lalu untuk mendaftar.

“Kami tidak menerima sebarang makluman yang lebih awal berkenaan penutupan Jana Niaga Sdn Bhd.
“Maka, menjadi tanggungjawab kami untuk menguruskan kebajikan pelajar terutama mereka yang hadir dari jauh untuk ditempatkan di kolej kediaman sementara di Kota Puteri,” ujar Jeffri sewaktu dihubungi MyNewsHub hari ini.
Ujarnya lagi, pihak MPP juga tidak pasti berkenaan masalah tersebut kerana itu merupakan permasalahan dalaman yang berlaku antara pihak pengurusan UNISEL dan Jana Niaga Sdn Bhd.

“Agak mengecewakan bagi saya apabila ramai antara pelajar yang hadir terutama mereka yang datang dari jauh terpaksa menanggung masalah ini,” tambah Jeffri.
Jana Niaga Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk membangun dan mengoperasikan kediaman pelajar di Kampus Induk UNISEL Bestari Jaya.

Namun, ada beberapa sumber yang mengatakan pihak pengurusan UNISEL tidak membuat bayaran kepada pihak Jana Niaga Sdn Bhd yang menyebabkan syarikat itu bertindak ‘mogok’ menghentikan operasi mereka.
Lantaran dari kejadian itu, pihak MPP akan mengadakan mesyuarat bersama pengurusan UNISEL serta Jana Niaga Sdn Bhd bagi mendapatkan keterangan lanjut berkenaan isu tersebut selaras dengan prinsip MPP untuk menjaga kebajikan pelajar.
Pihak MyNewsHub akan mendapatkan keterangan lanjut berkenaan isu tersebut dari pihak pengurusan UNISEL serta dari Jana Niaga Sdn Bhd dalam masa terdekat.


Read more ...