December 31, 2011

Ombak RIndu Lagi & Lagi....

Walaupun dipuji melambung oleh peminat-peminat industri hiburan tanahair dan mendapat sambutan hangat dengan jumlah kutipan jualan tiket mencecah RM10.01 juta sehingga 20 Disember lalu, Ombak Rindu tidak terlepas dari sebarang kesilapan.
Sebuah blog pengkritik filem, Goofspotonfilm.blogspot.com (Goof Spot), menyenaraikan lebih 20 kesilapan filem Ombak Rindu yang mungkin tidak disedari oleh ramai penonton filem tersebut setelah diteliti dari sudut ‘shot’, audio dan visualnya.

Antara kesilapan-kesilapan yang dikenal pasti oleh pemilik blog itu ialah mengenai arah laluan keretapi yang dinaiki Izzah untuk ke Kuala Lumpur adalah bertentangan dengan arah sebenar dan menunjukkan ia menuju ke arah Arau atau Thailand.
“Scene keretapi ini dilakonkan di stesen kereta api Alor Star. Ianya berdasarkan struktur stesen dan kawasan yang dalam pembinaan, yang mana adalah dahulunya adalah bangunan lama. Dalam filem ini, Izzah naik tren nak ke Kuala Lumpur.

“Dalam realitinya, tren yang dinaiki Izzah sebenarnya menuju ke Arau dan seterusnya ke Siam. Untuk ke Kuala Lumpur, tren sepatutnya datang dari arah yang berlawanan. Dan, tren tersebut hanya ada pada waktu malam,” dakwa pemilik blog tersebut.
Menggelikan hati, Goof Spot turut mendedahkan mengenai sikap ambil mudah produksi Ombak Rindu mengenai pakaian yang dipakai hero filem, Haris, yang sekejap basah dan kering begitu cepat sekali.

“Haris yang basah kuyup sebab tolong Izzah masuk ke dalam kelab malam dengan baju putih yang dipakainya tadi semasa menyelamatkan Izzah.

“Peliknya, bajunya kering dan tidak menunjukkan tanda tanda basah sedikit pun (walaupun ada adegan Haris lap mukanya dengan tisu). Sempat plak Haris betulkan rambutnya yang basah tu ek.

“Malah, semasa Haris buka bajunya dan menampakkan singlet. O mai goodness, singletnya tak kelihatan basah dan melekit ke badan pun.

“Malah, baju yang sama, seluar jeans basah dan dengan kasut yang sama juga dipakai sehinggalah dia balik berjumpa mamanya. Nampaknya Haris memang suka pakai baju, seluar dan kasut basah. Ha3,” katanya menyindir tentang logik filem tersebut.

Selain itu, Goof Spot turut mempertikaikan tentang sekeping gambar di dinding bilik yang muncul tiba-tiba di dalam bilik Izzah.
“Sekeping gambar muncul di lajur tengah bawah secara tiba lepas tukar syot,” katanya lagi.

Blog itu turut mempersoalkan mengenai sebuah bakul sampah di dalam bilik air yang ditendang Haris yang gagal dikesan hilang entah ke mana.
“Bakul sampah yang disepak Haris hilang entah kemana walaupun tak ada siapa pun ubah semasa Haris angkat Izzah,” katanya kecewa kerana gagal mengesan bakul sampah itu.

Begitu juga dengan tali yang sepatutnya berada di depan hujung sampan di dalam adegan jam Izzah terjatuh ke dalam sungai, tali itu juga hilang tiba-tiba sebagaimana bakul sampah tersebut.

Pemilik blog itu juga mempertikaikan mengenai pergerakan bibir pada beberapa dialog filem yang tidak sama dengan audio filem yang mungkin disebabkan oleh kelemahan rakaman suara filem Ombak Rindu itu.
“AUDIO PROBLEM / Synchronization: Semasa Afiah cakap ‘I dan Haris tak ada apa2 hubungan’, ucapannya tak sama dengan bibirnya.

“AUDIO PROBLEM / Synchronization: Mulut Izzah masih bergerak walaupun dia dah selesai sebut ‘… sementara Pak Dollah dan Mak Jah balik’ dalam syot selepas itu,” kritiknya lagi.
Goof Spot turut mendedahkan ‘auta’ filem itu pada adegan Haris menghubungi Izzah menggunakan telefon rumah dan nombor yang tertera di telefon bimbit Izzah menunjukkan nombor telefon Haris bermula dengan nombor 010 atau 016.
“FAKTA ATAU AUTA: Haris telefon Izzah guna telefon rumah. Tetapi, di handphone Izzah, korang akan nampak nombor 010 ataupun 016 (which means that panggilan ini dari nombor telefon bimbit).
“Malah, nama pemanggil, ‘Abang Haris’ tertera di skrin walhal Haris tidak menggunakan telefonnya untuk call Izzah,” kata pemilik blog itu mendedahkan kelemahan filem itu.

Bagaimanapun, syabas kepada Ombak Rindu dengan penghasilan karya yang indah menyayat hati serta mampu menyentuh perasaan ramai peminat industri filem tanahair pada penghujung tahun 2011 ini dan kesilapan-kesilapan kecil ini mungkin dapat diperbaiki pada masa akan datang.
Read more ...

Osbon Juara Maharaja Lawak Mega

 osbon-maharaja-lawak-mega
Kumpulan Osbon yang dianggotai Abon dan Os malam tadi dinobatkan juara pertandingan Maharaja Lawak Mega, sekali gus merebut hadiah wang tunai sebanyak RM350,000.

Dengan tema bebas dan muzikal, Osbon berjaya mengetepikan saingan terdekatnya iaitu kumpulan Boboi yang dianggotai Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik.
Boboi jatuh ditempat kedua manakala kumpulan dari Indonesia, Saehu ditempat ketiga dan kumpulan gabungan dari Malaysia serta Singapura, Syok ditempat keempat.
Pertandingan yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna itu diadili oleh Datuk Chef Wan, Zainal Abidin Hassan, Datuk Siti Nurhaliza manakala Aaron Aziz sebagai juri jemputan.

Untuk rekod, Maharaja Lawak Mega memfokuskan kepada pelawak profesional.
Menampilkan barisan pelawak terkenal dari Malaysia, Indonesia dan Singapura, ia disertai 41 pelawak terkenal dengan 17 kumpulan dan solo.
Diadakan bertujuan untuk mencari pelawak ‘terbaik di antara yang terbaik’ di Asia Tenggara.

Hanya 30 peratus undian berdasarkan SMS manakala selebihnya bergantung kepada pemarkahan juri tetap.
Pemilihan peserta dari luar negara dibuat berdasarkan personaliti mereka dan mempunyai nama di negara sendiri.
Bahkan setiap peserta diberi kebebasan dalam memilih anggota kumpulan sendiri bagi menempuh ujian yang bakal ditempuhi selama 10 minggu itu
Read more ...

December 30, 2011

Revolusi 901 Penamat Riwayat Politik DSAI - Politik Malaysia

 Revolusi 901 Penamat Riwayat Politik DSAI
Ramai yang tergelak mendengar strategi terakhir Anwar untuk meraih kepercayaan rakyat iaitu untuk bersumpah atas nama Allah S.W.T di dalam masjid di hadapan Ulama tersohor dunia bagi menafikan dia telah meliwat Saiful Bukhari.

Strategi ini dilihat sebagai paling terdesak kerana sudah terlambat memandangkan mahkamah telah pun menggulung kes dan keputusan bakal diumumkan tidak lama lagi.   Sedangkan Anwar telah dicabar untuk bersumpah sejurus selepas laporan polis Saiful menjadi tajuk akhbar.  Selama dua tahun kes berjalan, cabaran untuk bersumpah tidak pernah padam tetapi Anwar telah enggan melakukannya dengan memberikan berbagai-bagai alasan termasuk tidak relevan dengan ajaran Islam.

Menyahut cabaran di saat akhir hanya menunjukkan betapa Anwar benar-benar takut kembali ke penjara dan sanggup berbuat apa saja bagi mengelaknya.
Selain bersumpah, mungkinkah Anwar juga akan memberikan sampel DNAnya secara rela di saat-saat akhir ini bagi membuktikan yang dia tidak bersalah?

Apapun, kita ingin beritahu Anwar supaya tak payahlah bergurau lagi kerana kita sudah senak perut ketawa melihat gelagatnya yang serba tak kena dan serba tak jadi.  Jika masih ingin juga bergurau, sekurang-kurangnya janganlah melakukannya di dalam masjid.
Mungkin Anwar terlalu yakin bahawa Allah S.W.T tidak akan membayar tunai kepadanya sekiranya dia melakukan sumpah laknat ke atas sesuatu yang dia benar-benar bersalah.   Jika dibayar secara beransur atau hutang dalam masa sepuluh tahun dari sekarang, dia pasti sempat bertaubat.  Mungkin inilah yang difikirkannya.

Nampaknya Anwar masih tidak belajar dari pengalaman bahawa manusia hanya merancang, Allah S.W.T jua yang menentukan.   Sehingga ke saat ini, dia masih mencari jalan untuk mengatasi undang-undang manusia dan ketentuan Allah S.W.T.
Selain bersumpah, Anwar juga merancang pembebasan dirinya melalui gerakan revolusi menggulingkan kerajaan pada 9 Januari.

Namun, Revolusi 901 yang dirancang Anwar dilihat sebagai pengakhiran perjuangan Anwar.  Ini kerana jika revolusi yang dirancang ini tidak berjaya, maka tamatlah riwayat politik Anwar Ibrahim kerana dia akan tetap ke penjara kalau pun tidak kerana meliwat, pasti kerana mencetuskan huru-hara dan menghasut rakyat menentang pemerintah.
Lebih dari itu, apabila Revolusi ini tidak berjaya, Barat tidak akan percaya lagi yang Anwar mempunyai sokongan ramai dan akan melihatnya sebagai boneka yang gagal atau alat yang perlu dilupuskan sahaja.   Maka, akan lenyaplah nama Anwar Ibrahim dari arena politik dunia.
Mengikut pemerhatian dan maklumat dalaman, kita dapati Anwar tidak akan berjaya ‘mengDataran Tahrirkan’ Kuala Lumpur pada 9 Januari ini.

Realitinya rata-rata rakyat Malaysia berfikiran rasional.  Malah penyokong-penyokong Anwar sendiri majoritinya tidak sanggup menggadaikan masa depan dengan berdemonstrasi.   Hanya budak-budak hingusan di Universiti sahaja yang mungkin berjaya dipujuk untuk memperjudikan hidup mereka semata-mata untuk memastikan Anwar bebas meliwat sesiapa yang dia suka.    Itupun budak-budak ini tidak seramai mana, sebenarnya.
Untuk mengharapkan ahli-ahli PKR pula adalah sukar kerana parti ini diketahui sebagai parti yang hidup segan mati tak mahu.  Ahli PKR terlalu sedikit sehinggakan untuk memenuhkan satu dewan yang memuatkan 3,000 orang juga amat sukar sekali dalam satu-satu majlis anjuran parti.

Parti PAS pula sedang menghadapi krisis dalaman di mana sebahagian ahli-ahlinya sedang melalui proses kematangan dan kesedaran setelah disentak oleh Hassan Ali.   Oleh itu, PAS mungkin tidak dapat membekalkan pencacai yang cukup untuk berdemonstrasi demi Anwar pada 9 Januari ini.

DAP pula selamanya tidak akan mempertaruhkan apa-apa jua demi sesiapa jua selain diri mereka sendiri.   Bukan Anwar dan PAS tidak tahu bahawa DAP tidak mungkin akan menyertai mereka membodohkan diri berdemonstrasi tanpa sebab yang kukuh.
Justeru, harapan Anwar pada 9 Januari ini terletak kepada sekumpulan kecil mahasiswa yang pendek akal serta Majlis Peguam dan pejuang-pejuang hak asasi LGBT untuk ‘memeriahkan’ revolusi liwat 901.

Kita pasti, pihak berkuasa kita tidak akan menghadapi masalah membersihkan budak-budak hingusan yang bergelar mahasiswa serta para mak-nyah, pondan, gay dan lesbian dari memusnahkan negara pada 9 Januari ini
Read more ...

Chait !! Wanita Curi 24 Tin Arak Dan Sembunyikannya Celah Kelangkang!

Perhhhh!!!! curi 24 tin arak letak celah kelangkang..ce bayangkan?? alahaii...buat malu jer...leh gambarkan camne pencuri tu jalan kan kan kan kan...

Read more ...

Jawapan Yg Mudah!!! Tak Sedar?? Perhhhh.. APa Kes Iqa Mentor??


“Saya tidak sedar pakaian yang saya pakai menampakkan pakaian dalam.
Mujur tak nampak ‘benda’ yang tak sepatutnya. Lagipun ia tak adalah seksi manapun kerana pakaian yang saya pakai sesuai dengan tempat dan tema parti ini berlangsung.
“Nama pun parti basah, memanglah sepatutnya basah. Kalau ada yang beranggapan saya seksi atau melampau saya minta maaf dan akan lebih berhati-hati selepas ini,” jelas penyanyi, Iqa Mentor.

Itu adalah penjelasan Iqa dalam majalah Media Hiburan.
Kekecohan terjadi apabila gambarnya yang sedang posing dalam keadaan basah tersiar dalam portal hiburan Rotikaya.com.

Ketika itu berlangsungnya majlis selebriti bersama peminat yang dianjurkan oleh Media Hiburan bertempat di Taman Botani.
Agaknya apakah tafsiran seksi di mata Iqa yer?
Ramai rakan artis kata seksi itu subjektif sifatnya…” Adakalanya I pakai baju kurung pun orang kata seksi,”. Ini adalah antara yang sering dilontarkan.
Read more ...

Siapa Pereka Hiasan Dalaman Ke Tali Gantung??

Pereka Hiasan Dalaman Ke Tali Gantung

Seorang pereka hiasan dalaman dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini Jumaat selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis syabu seberat 3.98 kilogram, tujuh tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman itu ke atas Lee Boon Kwang, 40, dari Johor Baharu, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, beliau menolak pembelaan Lee yang mendakwa dia tidak mengetahui tentang dadah itu dan menafikan beg yang mengandungi dadah berkenaan adalah miliknya.

Lee, yang bekerja di Singapura, didakwa mengedar 3,984.4 gram dadah jenis methylenedioxy methamphetamine (MDMA) di pejabat Narkotik, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada pukul 7.10 pagi, 25 Sept 2004.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman sementara Lee diwakili peguam Zamani Dolmat yang menyebut bagi pihak peguam James George.
Lee sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan 10 kali sebatan selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan pindaan memiliki dadah yang sama mengikut Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952 di akhir kes pendakwaan.

Bagaimanapun, dia kemudian diperintah membela diri atas tuduhan mengedar dadah selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sama yang meminda pertuduhan itu
Read more ...

Mantan Perdana Menteri Malaysia Bukan Cerdik Sangat - Ku Li.. - Politik Malaysia

Mahathir Bukan Cerdik Sangat: Ku Li Tengku Razaleigh Hamzah  meramalkan  dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini  United Malay National Party akan menerima kekalahan lagi. Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.
Menurut Ku Li, hampir 90% peratus  pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974  dan juga  bekas Menteri  Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami  krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.
Mengikut Ku Li  pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik -   flip flop  – apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi  kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan  secara masak terlebih dahulu.

“Mereka tidak peduli satu apa pun… tetapi mereka tidak ingin masuk penjara,”  Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.
Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.
Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan. Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974  telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

“Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui.”
Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia  mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan  dengan perlembagaan seperti kedudukan  Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat ,  pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.
Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila  beliau telah berjaya mengambil alih  kembali harta tanah  Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai ‘the dawn raids’.   Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara  yang telah dijarah oleh penjajah.
Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam.  Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ‘ kes lampu padam’ ini  hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi  dilurah yang sama.
“Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar ‘ad hoc’. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya,” dakwa beliau.
“Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia ‘playing to the gallery’,” kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman  beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi  mereka agak jauh bertelingah zaman.
Mengikut surah Ku Li,  kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari  Putera  Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC.  Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM  ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.
“Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara.”

Ku Li merumuskan bahawa  pentabiran pimpinan Najib Razak  kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO  terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara  berpusat memandang ke PWTC,  Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

“Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu,” katanya.
Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini  masih belum jelas.  Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak  membawa  beban ‘kerpai buruk’. Tetapi Ku Li juga adalah  sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga  tidak akan mengambil ‘loud hailer’ untuk menggumpulkan  massa. Jauh sekali Ku Li  untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh  bin Tengku Mohd Hamzah  ialah putera raja. Mungkin inilah  sosok yang digambarkan oleh   Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman.
Read more ...

Perhhh...Cara Berkhatan Anak Perempuan..

Memang kita tahu bukan sahaja lelaki yang berkhatan tetapi juga anak perempuan. Ini adalah ucapara berkhatan bagi anak-anak perempuan yang berlangsung di Bandung. Menurut kajian, 96 peratus daripada anak perempuan dari semua keluarga Islam di Indonesia menyatakan anak perempuan mereka telah berkhatan sebelum mencecah umur 14 tahun lagi. 

Read more ...

Foto plagiat McDonalds diseluruh dunia














Read more ...

December 29, 2011

Siapakah Ahli Politik Ni?? - Politik Malaysia

Ahli Politik Ditangkap Khalwat
Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.
Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu.

Menurut sumber daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips), ahli politik berusia 35 tahun dan sudah berkeluarga, ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam kereta Proton Wira, berhampiran semak-samun.
Menurutnya, kelibat pasangan itu pada awalnya disedari sekumpulan ahli SRS Kampung Sungai Baru, Sungai Batu Pahat sebelum imam kampung dipanggil untuk menyoal siasat pasangan berkenaan.

“Mereka kemudian ditahan selepas gagal menunjuk-kan dokumen sebagai bukti hubungan mahram atau suami isteri sebelum diserahkan kepada Jaips untuk tindakan selanjutnya.
“Laporan ke atas kedua-dua pasangan itu turut dibuat di Balai Polis Kangar sebelum dijamin oleh keluarga masing-masing,” katanya di pejabat Jaips di sini, semalam.
Menurut sumber itu lagi, ahli politik berkenaan dan pasangannya hadir ke pejabat Jaips semalam, untuk memberikan keterangan selama sejam.
“Keterangan tertuduh mula diambil oleh pegawai Jaips pada 9.45 pagi dan berakhir 10.45 pagi, dimulakan dengan tertuduh lelaki diikuti dengan pasangannya.

“Buat masa ini, Jaips memutuskan 18 Januari 2012 sebagai tarikh permohonan agar kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, memandangkan kami masih menunggu keterangan saksi yang menahan pasangan itu termasuk imam masjid,” katanya.
Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan ditahan dan didakwa bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis, 1991 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Read more ...

Ehem².. Nafsu Seks Wanita Pertengahan Usia Lebih Kuat

seks
Satu kajian terbaru di Amerika Syarikat (AS) mendapati wanita suka menikmati seks semasa usia mereka menghampiri 40 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan ahli akademik Universiti Texas itu menyatakan nafsu seks wanita lebih tinggi pada peringkat usia 30-an dan awal 40-an disebabkan faktor psikologi.

Pada usia tersebut, wanita menyedari mereka semakin menghampiri menopaus yang mengurangkan tahap kesuburan dan peluang mendapatkan anak sekali gus menyebabkan keinginan seks mereka meningkat.
Kajian berbentuk kaji selidik itu melibatkan hampir 900 wanita yang dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu responden dengan kesuburan tertinggi (berusia 19 tahun hingga 26 tahun), mereka yang tahap kesuburannya menurun (berusia di antara 27 tahun hingga 45 tahun) dan golongan yang menghampiri atau telah mengalami menopaus.
“Hasil kajian menunjukkan wanita dengan tahap kesuburan menurun sebenarnya memiliki keinginan seks yang lebih tinggi dan lebih aktif melakukan hubungans eks berbanding wanita subur,” kata seorang penyelidik berkenaan, Profesor David Buss.

Menurutnya, wanita pertengahan usia juga lebih kerap berfantasi mengenai seks berbanding wanita muda di samping lebih cenderung menjalin hubungan sulit terutamanya dengan lelaki lebih muda.
“Saya kerap mendapati wanita berusia lewat 30-an lebih gemar
‘berseronok’ (terbabit dalam aktiviti seks). Mungkin keadaan ini berlaku tanpa disedari mereka atau mereka sedar mengenainya,” kata seorang pakar seks, Dr. Pam Spurr.
Read more ...

Perhh!!! 5 Jam Sahaja.. Akibatnya....

 


  • Sh
Keburukan Berada Di Depan Komputer 5 Jam
Keburukan Berada Di Depan Komputer 5 Jam

Menurut penelitian, menghabiskan waktu lebih dari 5 jam per hari di depan komputer boleh merosakan jantung dan menjurus ke kematian lebih cepat. Penyebabnya adalah posisi duduk, terutama duduk bersandar, yang merupakan posisi umum saat orang bekerja dengan komputer, bermain game, ataupun menonton televisyen.
Penelitian tersebut dilakukan oleh Emmanuel Stamatakis, peneliti dari University College London. Ia melakukan penelitian terhadap lebih dari 4,500 orang berusia ke atas 35 tahun dan hasilnya dikeluarkan di Journal of the American College of Cardiology.

Penemuan ini menambah bukti-bukti yang terus terkumpul berhubung bahayanya duduk lama-lama . Padahal, kecenderungan yang terjadi saat ini adalah orang semakin banyak yang duduk di depan komputer saat bekerja.
“Orang yang menghabiskan waktu lebih dari 4 jam berturut-turut per hari di depan komputer memiliki peluang 125 % lebih tinggi akan mengalami kematian berkait dengan penyakit jantung berbanding mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang dari 2 jam di depan layar,” kata Stamatakis, seperti diambil dari Examiner.

Stamatakis menyebutkan, dari penelitian, mereka juga menemukan bahwa 48 % orang yang menghabiskan waktu 4 jam di depan komputer berturut-turut juga berpeluang mengalami kematian lebih cepat akibat faktor lain di luar jantung.
Lebih lanjut, mereka yang menghabiskan lebih dari 5 jam di depan komputer per hari, risiko mati lebih cepatnya naik secara signifikan.
Sebelumnya, diperkirakan bahwa mereka yang menghabiskan waktu terlalu banyak di depan komputer, atau juga di depan televisyen, merupakan orang yang malas bersenam dan menyebabkan munculnya penyakit. Namun, dari data yang didapat, tidak demikian.

“Orang yang bersenam secara tetap di waktu lapang mereka juga memiliki peluang untuk mati lebih cepat,” kata Stamatakis.
Peneliti meyakini bahwa penyebabnya memang adalah duduk yang terlalu lama. Posisi tersebut diketahui menyebabkan penurunan 90 % lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang juga menjadi sumber masalah.

Akan tetapi, ada penyelesaian bagi mereka yang terpaksa bekerja di depan komputer sepanjang hari. “Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak,” kata Stamatakis. “Itu akan menurunkan masalah-masalah tersebut dan mungkin akan meningkatkan peluang Anda untuk hidup lebih lama,” ucapnya.
Read more ...

Cara² Urutan Cinta - Urutan Cinta Yang Perlu Diketahui


Hubungan seks lebih seronok jika dimulakan dengan foreplay. Mungkin sebelum ini teknik usapan serta bisikan manja menjadi amalan tetapi tidak salah dengan tambahan urutan yang mengghairahkan. Selain menyihatkan ia juga satu aktiviti yang menyeronokkan terutamanya bagi pasangan yang baru melangkah ke alam perkahwinan. Tentunya lokasi yang paling sesuai ialah di kamar tidur atau sekiranya anda sedang berbulan madu, maka gunakan ruang ‘persendirian’ yang diberi sebaik-baiknya.

Bersedia dengan alas kain yang lembut serta taburkan beberapa jenis bunga seperti lili, melati dan ylang-ylang untuk membangkitkan suasana ghairah. Di samping itu, pastikan cahayanya juga sedikit samar atau mungkin untuk lebih romantik maka nyalakan beberapa batang lilin aromaterapi yang tentunya ‘menghidupkan’ malam anda. Setelah itu, dapatkan pakaian ‘tukang urut’ yang sesuai. Gunakan material yang lembut bagi menarik perhatian suami. Bayangkan, saat pakaian anda menyentuh tubuhnya, pasti sensasi seksual dirasai sekalipun jemari masih belum menyentuhnya.

Susuli dengan urutan yang lembut. Bukannya urutan tukang urut biasa yang menyakitkan ya. Variasikan dan biarkan gerakan jemari anda menjelajah ke seluruh tubuhnya. Selagi ia perlahan, lembut dan tidak menyakitkan maka anda sebenarnya
telah berjaya. Berikut beberapa jenis
urutan yang boleh digunakan sebagai
panduan. Cubalah!

1. Gerakan Bulu-bulu
Gunakan salah satu tangan dengan jari tengah untuk mengurut di bahagian tulang belakang. Lakukan silih berganti hingga ke bahagian tulang punggung.

2. Gerakan Kupu-kupu
Lebarkan jemari anda dan letakkan ke tubuh pasangan dengan lembut. Mulakan gerakan berputar (seperti kupu-kupu berterbangan) dan biarkan ia menjalar ke atas dan bawah. Susuli dengan usikan-usikan manja sehingga dia terasa teruja.

3. Mengepal Tangan
Urutlah pasangan dengan kedua belah tangan dikepalkan sementara ibu jari menekan (di bahagian sisi ibu jari dan bahagian tengah ibu jari) ke atas dan bawah sisi tubuh serta belakang kaki.

4. Meramas Bahu
Urutan ini cukup mudah dilakukan. Hanya ramas bahagian bahu, tengkuk serta lengan bagi membuatkan pasangan tenang dan selesa.

5. Urutan Tubuh
Mempraktikkan teknik ini pasti membangkitkan sensual pasangan untuk terus melanjutkan aksi ke peringkat seterusnya. Selain mengghairahkan, ia juga membuatkan pasangan berasa sangat selesa. Berikan dakapan hangat penuh mesra. Haruman losyen serta suasana romatik yang sengaja diatur membuatkan detik yang dilalui cukup bermakna.

Tips Ketika melakukan urutan sensual :
- Tanggalkan segala perhiasan yang menempel di tubuh seperti cincin, rantai, jam tangan dan sebagainya kerana ia mampu mencederakan tubuh pasangan sekali gus merosakkan ‘mood’ yang telah diatur.
 
- Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih ketika jemari ‘menguasai’ tubuh pasangan
 
- Gunakan bantuan bulu-bulu seperti burung kasuari bagi mencetuskan sensasi yang menggelikan namun menyenangkan.
 
- Hadiahkan pasangan dengan senyuman yang ikhlas ketika jemari anda menyatu di tubuhnya. Sambil-sambil itu bisikkan ungkapan cinta di telinganya
 
- Lakukan urutan secara bergilir-gilir. Usah harapkan sebelah pihak sahaja yang ‘bekerja’ sebaliknya bekerjasamalah untuk hasil yang menyeronokkan.
Read more ...

Wow!! Fahami Teknik Agar Seks Lebih Asyik

Dalam kehidupan, rata-rata pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga gemar melakukan seks secara terus tanpa memikirkan impak yang bakal diterima. Menganggap ia sebagai aktiviti mingguan yang wajib dilakukan tetapi langsung tidak menitikberatkan teknik-teknik menarik yang boleh dipraktikkan bagi memancing hati pasangan.
Walhal teknik inilah yang perlu dititik beratkan. Tapi apabila bercakap tentang teknik jangan hanya ingat tentang posisi seks saja, ada perkara yang lagi yang berkaitan. Antaranya seperti teknik ucapan, sentuhan selain pemanasan yang semuanya membawa kepada hubungan intim yang menarik.

Ucapkan Dengan Cinta
Harus diingat bahawa komunikasi yang baik berlaku secara dua hala. Kerana itu, ungkapan penuh perasaan cinta dan sayang hendaklah dilakukan dengan telus dan terbuka. Hilangkan rasa malu pada pasangan dan anggaplah bahawa anda adalah sebahagian dari hidupnya. Katakan apa yang kalian inginkan dan berbincanglah dari hati ke hati. Renungi wajahnya dan tanyalah dengan lembut sama ada pasangan dirundung masalah. Sekali-sekala, belailah rambutnya dan ramas tangannya perlahan-lahan bagi membuktikan keikhlasan. Tentu pasangan berasa selesa dan ‘bersedia’ untuk beraksi dengan anda setelah merasai betapa prihatinnya anda padanya.

Ekspresikan Ciuman Dari Hati
Ciuman? Ia biasa dilakukan sama ada ingin ke tempat kerja atau melelapkan mata di kamar peraduan. Sebenarnya, apa yang dimaksudkan ialah ciuman yang mendalam dan terkesan di ingatan? Mungkinkah ia juga kerap dipraktikkan?
Tahukah anda bahawa ciuman sedemikian mampu mengikis perasaan ‘badmood’ sekali gus menaikkan nafsu ghairahnya. Hadiahkan ciuman yang paling menggoda dan berbisa hinggakan pasangan terlupa bahawa sebentar tadi dia sebenarnya dirundung masalah yang membebankan kepala.

Pentingnya Pemanasan Dalam Hubungan
Malas melakukan pemanasan atau ‘foreplay’? Janganlah begitu kerana itulah ‘kunci’ keasyikan yang bakal ditemui sebaik anda mula berasmara. Cubalah usahakan perlahan-lahan, apatah lagi sekiranya pasangan anda menginginkan.
Susuli dengan sentuhan-sentuhan lembut di bahagian sensitifnya. Jika perlu, selang-seli dengan gerakan erotis bagi menaikkan keinginannya. Suasana pastinya lebih romantik dengan irama lagu serta pencahayaan yang remang-remang. Tentunya ia akan menaikkan gelora cinta kalian berdua.

Cetuskan Perubahan Dan Berfikirlah Lebih Kreatif
Bagi menghindarkan perasaan jemu dan bosan, usahakan untuk satu perubahan. Mungkin anda perlu luangkan lebih banyak waktu intim berdua seperti mengatur makan malam yang ditemani cahaya lilin ataupun cukup di halaman rumah sahaja dengan simbahan cahaya rembulan.

Segarkan ingatan bersama ketika menikmati bulan madu serta melayari ‘malam pertama’ yang cukup memberi makna. Kembalikan kehangatan pelukan dan ciuman tersebut ke kamar peraduan. Aplikasikan waktu bersama dengan mengembalikan memori cinta sewaktu mula mendirikan rumah tangga. Tentu ada sedikit kelainan berbanding asmara yang dilakukan sebelum-sebelumnya.
Read more ...

Wow!! Cara Kembalikan Kehangatan Malam Pertama


Seks memang indah tetapi bagaimana pula sekiranya tubuh tidak memungkinkan seorang suami mahupun isteri untuk menikmatinya. Sebagai langkah pertama, jangan sekali-sekali abaikan kesihatan termasuklah perihal makanan, riadah dan istirahat yang secukupnya. Usahakan agar makanan yang disajikan sehari-hari menepati nutrisi yang diperlukan. Lantaran itu, usah bimbang sekiranya hubungan asmara anda semakin ‘senja’.
Masih banyak cara yang boleh dipraktikkan bagi mengembalikan ‘kehangatan malam pertama’. Tidak mustahil, sekiranya diikuti dengan teratur, nescaya kedua belah pihak akan mendapat kepuasan yang diidamkan.

Segarkan ‘Keinginan’ Dengan Rehat Yang Cukup
 
Usah bermimpi untuk menjalin hubungan asmara sekiranya anda sedang keletihan. Dapatkan rehat seketika dan bernafaslah dengan tenang. Apabila tubuh kembali bertenaga, fikiran juga mudah terbuka untuk memikirkan ‘aksi-aksi’ yang bakal dipraktikkan bersama pasangan.

Berfantasi Sebelum Berhubungan
 
Gunakan sedikit imaginasi sebelum melakukan hubungan intim. Secara tidak langsung, ia membantu menghangatkan kembali nafsu berahi tatkala pasangan berada dalam dakapan. Memang benar, ia sekadar mimpi yang bermain di fikiran tetapi sekiranya anda ‘bijak’ menukar imaginasi kepada realiti sudah pasti ia lebih menyeronokkan.

Beraksi Dengan Fikiran Yang Positif
 
Jangan sekali-sekali perkecilkan kemampuan diri sendiri. Percayalah, hanya anda yang mengetahui tahap ereksi yang dialami. Kerana itu, sematkan dalam diri bahawa pasangan pasti puas dengan ‘persembahan’ yang anda berikan. Sekiranya fikiran kembali positif, nescaya segala yang diharap berlangsung seperti yang diharapkan.

Tambah Potensi Diri
 
Sama ada sedar atau tidak, anda sebenarnya mampu menambah ‘potensi’ diri menggunakan pandangan, pendengaran, ciuman, sentuhan, pujukan mahupun usapan. Disebabkan itulah penjagaan wajah dan tubuh badan perlu sentiasa diberi perhatian agar kelihatan indah dan menawan. Semburan minyak wangi tentunya menghangatkan lagi detik manis yang dirasai. Oleh itu, jangan tergesa-gesa menamatkan ‘aksi’ yang baru sahaja hendak bermula. Lakukan pemanasan dengan pelbagai cara dan sekiranya pasangan sudah sampai ke ‘kemuncaknya’ barulah ‘tugas’ dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
Read more ...

Tudia!...Bekas pegawai kanan Digi dipenjara, denda RM2.07j


Seorang bekas pegawai kanan pemerolehan Digi Telecommunication Sdn. Bhd. dihukum penjara empat tahun dan denda RM2.07 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas 14 tuduhan memperoleh rasuah RM415,000 berhubung tender pembekalan kabel dan peralatan telekomunikasi, tiga tahun lalu.

Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap S. Stanley, 40, selepas berpuashati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan itu.
Beliau bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman penjara terhadap tertuduh ditangguhkan sehingga rayuannya selesai didengar dan diputuskan
Read more ...

Kekasih impian Jaejoong


JAEJOONG


JAEJOONG salah seorang anggota JYJ mendedahkan kekasih ideal buatnya adalah seorang yang berperangai gila-gila dan ceria.
Pengakuan itu dibuat ketika dia ditemuramah dalam program radio KBS CoolFM, Choi Kang Hee Night Flight. Jaejoong membalas soalan Choi Kanghee dan berkata: "Realitinya apabila kita pergi bertemu janji ia sesuatu yang romantik. Saya suka gadis tanpa alis mata.

"Sekarang terlalu ramai orang yang melakukan pembedahan untuk nampak cantik dan saya suka mereka yang kekal dengan kecantikan asli. Sebab itu saya suka gadis tanpa alis mata."
Nampaknya gadis ideal berubah mengikut peredaran masa, sebelum ini Jaejoong pernah mengaku yang dia sukakan gadis yang mempunyai tangan dan kaki yang cantik.

"Mengikut peredaran masa, kriteria gadis ideal pilihan saya turut berubah. Sebelum ini memang saya suka gadis yang mempunyai tangan dan kaki yang cantik tetapi sekarang pilihan saya banyak berubah. Saya suka seseorang yang mempunyai personaliti gila-gila serta yang sukar untuk dimiliki," katanya.
Dalam masa yang sama Jaejoong mendedahkan dia menyambut Krismas seorang diri dan hanya menghabiskan masa di rumahnya sahaja.
Read more ...

Wow!! Tarian Tiang Popular Sudah Di Malaysia??


KOMBINASI gambar rakaman menunjukkan beberapa aksi menjolok mata yang dilakukan gadis-gadis tempatan dan Siam di sebuah kelab malam di Pandan Perdana, Ampang Jaya awal pagi semalam. Seorang lelaki dilihat membawa bunga untuk dikalungkan pada leher penari tiang.


AMPANG JAYA - Siapa sangka sebuah kelab malam yang terletak di pinggir ibu kota menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam.

Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki.
Tempat beraksi pula sangat strategik kerana pemilik kelab menyediakan pentas dan tiang setinggi kira-kira tiga meter untuk membolehkan penari melakukan aksi panas yang akan mendapat sorakan pengunjung.

Lagi kuat sorakan, lagi ghairah si penari melakukan aksi-aksi menjolok mata hingga salah seorang daripada kira-kira 10 penari yang terlibat dipakaikan mahkota.
Bukan itu sahaja, penari yang mabuk dibuai alunan muzik rancak dan alkohol itu akan memanjat tiang berkenaan dengan aksi liuk-lentok untuk menggoda pengunjung memberikan mereka kalungan bunga.

Mereka yang memperoleh kalungan bunga kemudian akan melayan pelanggan yang sudi menghadiahkan mereka kalungan tersebut.
Kalungan bunga itu kemudian akan dihantar semula ke kaunter bayaran untuk dijual kembali kepada pelanggan yang berminat dengan aksi gadis-gadis berusia lingkungan 20 dan 30-an tersebut pada babak seterusnya.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan perhatian pihak berkuasa, pemilik kelab bijak mengaturkan rancangan dengan menselang-selikan persembahan ala pat-pong di Thailand tersebut dengan persembahan live band.
Walaupun persembahan muzik itu agak membosankan buat pengunjung tetapi ia memberi ruang kepada penari melayan pelanggan dan mengumpul tenaga untuk aksi seterusnya.
Read more ...

Wow!!! Ahli Parlimen Terima Ugutan Bunuh?? - Politik Malaysia


Nga terima ugutan bunuh, peluru melalui pos

Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini menerima sampul surat yang mengandungi ugutan bunuh dan sebutir peluru, yang dikirimkan ke rumah ibu bapanya di Ayer Tawar, Perak.

Sambil menggelar Nga sebagai "cina kurang ajar Yeop" dalam loghat tempatan, pengirimnya memberi "tiga pilihan", iaitu: Mampus cepat dengan peluru; Mampus lambat simbah dengan asid kat muka; dan Mampus lambat langgar dengan kereta, pakai kerusi roda.

"Ini amaran dari orang Melayu - jangan kurang ajar," bunyi surat tersebut,di mana peluru diletakkan dan dibalut dengan kertas tisu.

"Ini sudah melampau... tak boleh diterima langsung," kata Nga ketika dihubungi, sambil menambah bahawa ibu bapanya yang sudah tua, amat terkejut dengan kejadian itu.

"Kami dalam politik, kami boleh berdepan dengan tekanan sebegitu, tetapi tidak ahli keluarga kami," katanya.

Menurut Nga, sampul surat itu telah dikirim melalui pos dan ibu beliau yang menerimanya.

"Saya tinggal di Ipoh, saya telah menghantar seseorang untuk mengambil kandungannya dari ibu saya. Saya akan buat laporan polis selepas saya menerimanya, "katanya.

Nga, yang juga setiausaha DAP Perak, menjadi perhatian umum minggu lalu berikutan dakwaan seorang penulis blog yang beliau mempunyai peranan dalam pemberian kontrak menjahit kepada syarikat, di mana isterinya adalah "rakan kongsi tidak aktif".

Nga dan syarikat yang didakwa itu, telah menafikan dakwaan rasuah dan mencabar penulis blog tersebut supaya membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Read more ...

Wow!!! Tahun Baru 2012 Di Sambut Meriah


Hanya tinggal tiga hari sahaja lagi tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya dan seperti lazim negara akan mengadakan acara sambutan tahun baru yang juga dikenali sebagai "Countdown", detik.

Sambutan yang acapkali diadakan di beberapa lokasi terpilih sekitar ibu kota kebiasaannya dimeriahkan dengan konsert artis popular tanah air serta warna-warni pertunjukan bunga api dan pelbagai acara menarik lain.
Menurut satu kenyataan i-Berhad, pemaju i-City di Shah Alam, acara Ambang Sambutan Tahun Baru 2012 akan diadakan secara besar-besaran di bandar cahaya digital i-City, Seksyen 7, Shah Alam bermula 8 malam, Sabtu ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual hadir pada sambutan acara itu, sempena Karnival 'Sayangi Selangor' anjuran Barisan Nasional (BN) Selangor yang diadakan selama empat hari bermula hari ini.
Antara acara menarik yang disediakan termasuk detik bersama Najib, pertunjukan bunga api, belon udara panas, persembahan artis antaranya Najwa Mahiaddin, Suki, Adam serta persembahan lagu 1Malaysia.

Di Dataran Shah Alam, program "Countdown 2012" akan diadakan pada Jumaat malam dengan aktiviti Solat Maghrib berjemaah, sembang santai bersama Imam Muda Ashraf, Soal Jawab Agama bersama Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak.
Sementara itu, di sekitar ibu kota, Dataran Merdeka kekal menjadi lokasi tumpuan untuk acara sambutan malam tahun baru apabila Kumpulan Ambank dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganjurkan konsert Malam Ambang Tahun Baru 2012 bermula pukul 9 malam.

Selain menampilkan artis popular tanah air seperti Datuk M. Nasir, Jamal Abdillah, Faizal Tahir, Awie, Mizz Nina, Kumpulan Hujan dan One Nation Emcees, pertunjukan bunga api juga akan diadakan pada detik pukul 12 malam.
Sementara itu DBKL memaklumkan bahawa Jalan Raja akan ditutup kepada semua kenderaan pada Jumaat ini bermula pukul 7 malam hingga 1 pagi bagi tujuan raptai.
Pada hari Sabtu, jalan tersebut akan ditutup bermula pukul 5 petang hingga 1 pagi, menurut kenyataan DBKL di sini, Rabu.

DBKL menasihatkan orang ramai yang datang ke Dataran Merdeka supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalulintas serta masalah tempat letak kereta.
Lokasi lain sekitar Kuala Lumpur yang terlibat dengan sambutan malam tahun baru 2012 ialah kawasan sekitar Bukit Bintang dan Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Di negeri lain sambutan tahun baru 2012 turut diadakan dengan acara dan aktiviti masing-masing.

Menurut portal rasmi Kerajaan Negeri Melaka, Sambutan Ambang Tahun Baru 2012 akan diadakan di Menara Taming Sari pada Sabtu ini.
Antara aktiviti yang disediakan termasuklah persembahan kebudayaan, persembahan artis jemputan, konvoi 1000 Ladies Bikers, persembahan lagu-lagu patriotik serta pertunjukan bunga api.

Di Perak, program sambutan tahun baru anjuran Tango Team akan diadakan di Lost World of Tambun bermula 7.30 malam dengan bertemakan alaf 2000
Read more ...

Bipasha berazam belajar cara berbohong


BIPASHA BASU (kanan) dan Sonam Kapoor bergambar di depan poster filem Players di Bangalore pada Selasa lalu.


MUMBAI - Aktres filem Bollywood, Bipasha Basu kelmarin menyatakan dia mahu mempelajar seni berbohong sebagai azam Tahun Baharu 2012.
Menurutnya, dia mahu berbohong bagi membantunya keluar daripada situasi yang sukarnya untuk menjawab pertanyaan para wartawan.

Dia membuat kenyataan itu semasa menghadiri sidang media berhubung filem lakonannya yang akan ditayangkan berjudul Players baru-baru ini.
Filem itu diarahkan oleh Abbas dan Mustan Burmawalla dan ia dihasilkan berdasarkan filem The Italian Jobs keluaran Hollywood yang ditayangkan pada 2003.
Players turut dibintangi oleh Abhishek Bachchan, Bobby Deol, Sonam Kapoor, Neil Nitin Mukesh dan Sikander Kher.

Filem itu akan ditayangkan pada 6 Januari depan.
Lokasi penggambaran filem itu melibatkan tiga buah negara iaitu India, New Zealand dan Rusia. Ia merupakan antara filem yang melibatkan kos perbelanjaan yang tinggi. Para pelakon filem itu dikatakan menjalani latihan fizikl bagi memenuhi watak yang dilakonkan mereka.

Ketika ditanya mengenai filem itu, Bipasha berkata, penggambaran di kawasan di Rusia merupakan suasana yang paling teruja buat dirinya.
Menurutnya, para pelakon dan kru menjalani penggambaran pada suhu - 30 darjah Celsius di kawasan itu.

Dia berkata, Players merupakan filem istimewa buat dirinya dan dia melakonkan watak sebagai seorang pakar kenderaan
Read more ...

Perhhh!! Ramlah Bercinta Dengan Lelaki Muda??


Ramlah Ram dan Hafiz hanya menjalinkan hubungan profesional sahaja.

PETALING JAYA: Penyanyi Ramlah Ram, 46, terkejut apabila dikaitkan mempunyai hubungan dengan pengurus perubadinya yang berusia 20-an seperti dilaporkan akhbar baru-baru ini.
Ramlah berkata, gosip yang dianggap 'busuk' itu telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang penyanyi yang sentiasa menjaga rekod bersih sepanjang berada dalam industri hiburan tempatan.

"Gosip tersebut adalah tidak benar sama sekali. Saya malas nak ulas gosip ini panjang lebar kerana ia telah memalukan diri saya dan keluarga. Buat masa ini, saya telah berjumpa dengan penulis artikel tersebut dan menjelaskan situasi yang sebenar.
"Memang Hafiz sudah dua tahun bekerja untuk saya tetapi dia bukanlah seperti yang didakwa itu. Malah kami bekerja secara profesional. Dengan usia saya yang sudah meningkat begini, agak malu dibuatnya apabila gosip mengarut seperti ini disebarkan kepada khalayak," katanya yang ditemui pada sidang akhbar Mentor 6 di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, Rabu.

Tambah Ramlah yang baru sahaja muncul dengan single baru, Sesaat Kau Datang (kolaborasi dengan duo Sleeq), dia tahu siapa dalang yang menyebarkan fitnah tersebut.
Bagaimanapun, dia tidak berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap individu tersebut.
"Perkara ini memang telah memalukan saya. Hati ini masih ada rasa geram," ujarnya yang menjadi mentor dalam pertandingan realiti Mentor musim keenam pada tahun hadapan.
Bercerita tentang tanggungjawab barunya sebagai mentor itu, Ramlah sudah bersedia untuk mencari bakat baru yang memiliki kriteria-kriteria yang diingini untuk diasah menjadi seorang penyanyi profesional yang hebat.

"Antara ciri-ciri utama protege yang saya inginkan, mereka mempunyai gaya dan personaliti yang tersendiri dan tidak menjadi klon kepada mana-mana penyanyi yang tersedia ada.
"Apa-apa pun, ia satu tugasan yang besar buat saya untuk mengasah bakat seseorang dengan jangka masa yang pendek dan ia bukan senang, lebih-lebih lagi melibatkan markah daripada undian khidmat pesanan ringkas (SMS)," jelasnya.
Selain Ramlah, antara selebriti yang menggalas tanggungjawab sebagai mentor untuk musim terbaru ini ialah Faizal Tahir, Ferhad, Ella, Ogy Ahmad Daud, dan Adam (AF).
Uji bakat akan berlangsung bermula di negeri Sabah dan Sarawak iaitu pada tarikh 13 Januari depan di Hotel Promenade, Tawau dan 15 Januari (Hotel Promenade, Kota Kinabalu), 20 Januari (Hotel Imperial, Miri) serta 22 Januari di Hotel merdeka Palace , Kuching.

Pada bulan Februari pula, uji bakat bersama setiap mentor akan diadakan di Sri Pentas TV3 iaitu Fauziah Ahmad Daud atau Ogy (4 Februari), Faizal Tahir (5 Februari), Ramlah Ram (11 Februari), Ferhad (12 Februari), Ella (18 Februari) dan Adam AF (19 Februari).
Read more ...