September 29, 2012

Wow!! The Blues Kayu Pengukur Arsenal?

Chelsea - Arsenal

Arsene Wenger percaya pertemuan dengan Chelsea di Emirates hari ini akan menentukan sama ada Arsenal memiliki ramuan atau tidak untuk bersaing merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Pertemuan dua seteru London itu bertambah hangat dengan kekecewaan kapten Chelsea, John Terry yang didapati bersalah oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) kerana menghina pertahanan Queens Park Rangers, Anton Ferdinand.
Terry digantung empat perlawanan dan denda 220,000 (RM1.1 juta) tetapi hukuman ditangguhkan sehingga selesai proses rayuan dan pemain pertahanan tengah itu masih boleh beraksi bertemu Gunners.

Bagaimanapun pengendali Arsenal, Wenger menegaskan, pemainnya harus mengabaikan masalah Chelsea dan memberi tumpuan untuk mencatat kemenangan ke atas salah satu pesaing utama mereka.
Pengendali dari Perancis itu meletakkan perlawanan di laman sendiri menentang gergasi Inggeris itu sebagai kunci utama untuk terus berada dalam kelompok teratas liga.

Ujian besar Arsenal
Anak buah Wenger seri di gelanggang Manchester City hujung minggu lalu dan menang ke atas Liverpool di Anfield pada permulaan kempen, tetapi bertemu skuad kendalian Roberto di Matteo adalah ujian besar pertama di laman sendiri musim ini.
Kami sudah mengharungi satu perlawanan besar musim ini di mana kami mendapat keyakinan menentang Man City, kata Wenger yang pasukannya kini berada empat mata di belakang pendahulu, Chelsea.

Ini satu lagi perlawanan besar tetapi berbeza kerana kami bermain di laman sendiri. Kami sudah mengharungi lima perlawanan, tiga di tempat lawan – Stoke, Liverpool dan Man City – dan beraksi cemerlang di laman sendiri menentang pasukan besar akan memberi impak besar kepada peluang kami di dalam liga.
Kami mempunyai tugas besar menanti dan juga harapan, sudah tentu, tetapi ia bergantung kepada aksi konsisten dan bermain secara efektif dalam perlawanan besar begini.

Kemenangan Chelsea ke atas Stoke memastikan mereka kekal mendahului liga selepas prestasi sedikit menjunam sebelum bangkit membelasah Wolves 6-0 dalam saingan Piala Liga.
Read more ...

Sham, Isteri Disahkan Cerai Setahun Lalu


Sham (Kamikaze), Isteri Disahkan Cerai Setahun Lalu



Hasrat isteri kepada komposer dan pendakwah bebas Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar yang ingin menuntut cerai daripada suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis menjadi sebaliknya apabila pasangan tersebut sebenarnya disahkan bukan lagi suami isteri sejak 1 September tahun lalu.

Ia disebabkan tindakan rujuk yang dilakukan oleh pasangan tersebut secara perbuatan selepas 15 hari lafaz cerai dibuat adalah tidak sah mengikut mazhab Syafie.
Mereka juga telah melakukan perbuatan “muasyarah” iaitu yakin hidup sebagai suami isteri tanpa menyedari pernikahan mereka sudah terbatal.
Malah pasangan berkenaan juga tidak melaporkan lafaz cerai berkenaan kepada pihak mahkamah.
Hakim Syarie, Atras Mohammad Zin memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pasangan tersebut dalam sebutan kes mereka di sini pada Khamis.

Atras berkata, perbuatan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, (defendan) yang tidak melaporkan lafaz cerai dan kembali rujuk itu menyalahi undang-undang syariah negeri itu selain bercanggah dengan hukum syarak yang telah ditetapkan.
“Walaupun rujuk secara perbuatan itu tidak salah dari segi hukum tetapi defendan harus melihat ia mengikut konteks undang-undang dan mazhab yang diguna pakai di negara ini.

“Defendan sepatutnya merujuk perkara berkenaan kepada mahkamah syariah untuk memutuskan perkara itu sebagai sah atau pun tidak,” ujarnya.
Sehubungan itu katanya, kedua-dua pasangan tersebut sebenarnya tidak lagi menjadi suami isteri selepas lafaz cerai itu dibuat walaupun Sham menganggap dia sudah rujuk semula dengan Farazila, 31, (plaintif).
“Dengan ini mahkamah mengesahkan pihak defendan dan plaintif sah bercerai kali pertama pada tarikh tersebut dan rujuk perbuatan yang dibuat adalah tidak sah,” katanya.
Sham dalam keterangannya memberitahu mahkamah dia telah melafazkan cerai terhadap Farazila di rumah mereka di Kondominium Sri Bayu USJ, Subang Jaya di sini kira-kira pukul 7 malam, 1 September 2011 dan kembali rujuk dengan perbuatan pada 16 September 2011.

Dia bagaimanapun mengakui tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak mahkamah.
Dalam pada itu, Farazila dalam keterangannya memberitahu selepas kembali rujuk mereka telah tinggal bersama sehingga 30 Ogos lalu iaitu pada hari dia memfailkan permohonan cerai terhadap Sham.
Berikutan pengesahan itu hakim memerintahkan plaintif menjalani edah muasyarah selama tiga bulan atau tiga kali suci bermula daripada tarikh dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan defendan.
Mahkamah turut memerintah Farazila untuk membatalkan permohonan cerai yang dibuatnya sebelum itu.
Terdahulu pasangan tersebut hadir ke mahkamah untuk mendengar sebutan tiga permohonan yang dibuat oleh Farazila iaitu pengesahan cerai, rujuk dan permohonan cerai.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 secara kecil-kecilan di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor.
Farazila hadir dengan berpakaian jubah hitam berserta tudung ungu ditemani oleh dua orang ahli keluarga manakala Sham yang berbaju putih dan berkopiah hadir seorang diri.
Kedua-dua pasangan itu tidak diwakili peguam.
Sementara itu di luar mahkamah Farazila berkata, sebelum ini dia pernah menggesa Sham untuk melaporkan perkara itu ke mahkamah bagi mendapat kepastian tentang status perkahwinan mereka tetapi ditolak oleh bekas suaminya itu.

Menurut Farazila, Sham mengatakan perbuatan rujuk melalui perbuatan itu adalah sah selepas dia mendapat pandangan daripada ustaz selain berpandukan buku-buku agama walaupun tidak melaporkannya kepada mahkamah.
“Secara dasarnya ada hikmah saya memfailkan permohonan cerai pada 30 Ogos lalu kerana ia telah menyelesaikan kes lafaz cerai dan rujuk yang dibuat oleh dia (Sham) sebelum ini.

“Saya lega kerana segala-galanya telah selesai hari ini (Khamis) dan berharap akan lebih tenang selepas ini,” katanya.
Manakala Sham pula memberitahu, dia reda dengan ketentuan Allah terhadap keputusan mahkamah dan enggan mengulas mengenai punca keretakan rumah tangga mereka berdua.
Read more ...

Hot!!!! Inilah artis cilik bila dah besar jadi hot


1Kid Actresses of the ‘90s That Became Really Hot
2Kid Actresses of the ‘90s That Became Really Hot
3Kid Actresses of the ‘90s That Became Really Hot
4Kid Actresses of the ‘90s That Became Really Hot
5Kid Actresses of the ‘90s That Became Really Hot
6Kid Actresses of the ‘90s That Became Really Hot
7Kid Actresses of the ‘90s That Became Really Hot
8Kid Actresses of the ‘90s That Became Really Hot
9Kid Actresses of the ‘90s That Became Really Hot


Read more ...

Fuh!! Foto-Foto Kecelakaan Ice-Skating

Berikut adalah Kejadian memalukan yang dilakukan oleh atlet ice-skating, mulai dari jatuh sampai pose - pose yang aneh
oooooooooooops!!
Italian skaters Barbara Fusar Poli and Maurizio Margaglio. (Link)
Ice dancers Margarita Drobiazko and Povilas Vanagas of Lithuania fall during the 2006 Winter Olympics. (Link)
Anais Morand hitting the ground.

This skater didn't seem happy at all. (Link)
Sarah Hughes falling. (Link)
I can hold you… not!
That must have hurt!
Wrong turn.
Bad landing.
Take it easy, girl.
Weird pose.


Read more ...

Wow!! Barbie Tutup Aurat


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2009/11/21/article-1229760-074B1535000005DC-764_468x286.jpg
Barbie, boneka plastik yang menjadi ikon, yang terkenal glamor baginya pakaian dan pneumatik angka - tetapi tradisi itu telah berubah di atas kepalanya dengan pengenalan baru model berpakaian burka.....
http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2009/11/21/article-1229760-074B37DE000005DC-314_468x619.jpg

sumber:
Read more ...

Pewit!! peminat Sponge Bob

mungkin kakak ini peminat setia Sponge Bob
Read more ...

September 25, 2012

Disebut Hamil, Lady Gaga Mulai Malu ......



Lady Gaga tampaknya kini mulai malu dengan badannya yang semakin berisi. Ini ditunjukkan Gaga saat dia keluar dari salah satu hotel yang berada di Amsterdam, Belanda.

Seperti yang dilansir Zimbio, Penyanyi berusia 26 tahun itu tampak berusaha menutupi berat badannya yang berlebih. Ia menggunakan mantel longgar berwarna putih, high heels lengkap dengan bandana yang berwarna senada. Hal ini sangat berlawanan dengan penampilan GaGa saat manggung di Ziggo Dome, Amsterdam, sehari sebelumnya.

Dalam konsernya itu, Gaga masih percaya diri mengumbar tubuhnya meski tak selangsing dulu. Bahkan Gaga percaya diri  perut penuh lipatan lemak dan pinggul yang membesar.

Ia tampak cuek dengan beratnya yang naik sebesar 13 kilogram. Sementara itu, dengan tubuh yang semakin membesar, membuat GaGa diisukan sedang berbadan dua.

    
Lemak di mana-mana? Lady Gaga saat tampil di Belanda.

Salah satu artis yang menduga kekasih Taylor Kinney ini hamil adalah pembawa acara Fashion Police, Kelly Osbourne. "Gaya berpakaiannya telah berubah dan aku pikir dia sedang hamil," ungkap Kelly

Osbourne juga melihat perubahan warna rambut Gaga. “Biasanya, kalau wanita sedang hamil rambutnya langsung di cat pirang.”

Sejumlah fans pun memberikan reaksi beragam mengenai klaim ini. Ada banyak fans yang tidak percaya jika Gaga sedang hamil. Meski begitu, hampir semua menyadari jika sang Mother Monster ini terlihat lebih gemuk dari sebelumnya.

Read more ...

Inilah Tablet Android Paling Ringan Di Dunia

Tablet-Paling-Ringan-Di-Dun

Sebagai perangkat yang dirancang untuk mudah dibawa, berat tablet menjadi salah satu faktor penting bagi calon pembeli untuk memutuskan memilih tablet tertentu. Jika kamu berfikir Samsung Galaxy Tab2 7.0 dengan berat 345 gram dan ketipisan 10.5mm atau Nexus 7 dengan berat 340 gram dan ketipisan 10.45mm itu sudah sangat ringan, bersiaplah untuk terkejut dengan tablet yang pantas dinobatkan sebagai tablet Android paling ringan di dunia ini.
Khamis lalu waktu setempat, operator selular ternama Jepun NTT Docomo mengumumkan bahawa mereka akan mulai menjual NEC Medias Tab UL N08-D. Tablet Android 4.0 Ice Cream Sandwich ini langsung menjadi tablet paling ringan di dunia dengan ketipisan 7.9mm dan berat hanya 249 gram atau hampir 100 gram lebih ringan dan  hampir 3mm lebih tipis dibandingkan dengan Samsung Galaxy Tab2 7.0.

NEC Medias Tab UL N08 D GG Inilah Tablet Android Paling Ringan Di Duniaimage via BGR.com
Kerana badannya terbuat dari serat karbon yang biasa digunakan untuk pembuatan pesawat terbang modern, NEC Medias Tab UL N08-D dapat mencapai bobot sangat ringan tersebut tanpa mengorbankan performa. Spesifikasi NEC Medias Tab UL N08-D tak kalah tinggi dibandingkan tablet Android lainnya sebagai berikut :
  • Prosesor 1.5GHz dual-core Snapdragon S4 MSM8960
  • Kamera belakang 8-Megapixel & kamera depan 2-Megapixel
  • Baterai berkapasitas 3,100mAh
  • Layar sentuh 7-Inch dengan resolusi 1280 x 800 pixel
  • Slot MicroSD
  • Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich
NTT Docomo belum mengumumkan harga tablet paling ringan di dunia, NEC Medias Tab UL N08-D ini namun mereka menyebutkan mulai menjual tablet ini di Jepun pada 20 September 2012. Pun belum ada penjelasan apapun mengenai kemungkinan tablet ini akan dipasarkan keluar Jepun.
Read more ...

Nasib Baik Saya Tak Jadi Potong!

 Nasib Baik Saya Tak Jadi Potong!


Panggillah mak nyah, pondan, lembut atau apa-apa pun, golongan ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Paling ketara bijak mengatur bicara dan menghiburkan sesiapa sahaja yang berinteraksi dengan mereka.
Begitu juga Ismail Jantan yang mesra digelar Kak Is. Kemesraan diberikan membuat penulis rasa begitu selesa sepanjang pertemuan malam itu. Meskipun baru kali pertama bertemu, Kak Is tidak lokek bercerita apa sahaja dan teruja menunjukkan koleksi gambar lama yang penuh nilai sentimental buatnya.

Menyelusur kembali detik masa, anak kelahiran 1971 ini memulakan bicara dengan memetik kenangan zaman kecil. Segala-galanya bermula apabila dipakaikan pakaian kakak walaupun lahir sebagai lelaki. Sehinggakan ketika naik darjah satu, Kak Is meminta uniform murid perempuan untuk dipakai.
Dek kelembutannya yang ketara, ejekan Mail Pondan menjadi santapan harian. Dia lebih selesa berkawan dengan perempuan berbanding lelaki yang dirasakannya kasar dan tidak sensitif perasaan orang lain.
Mahu jadi Rozlina

Apa juga tanggapan orang lain, itu tidak jadi kudis buat Kak Is. Apatah lagi keluarganya tidak endah dengan kelainan ditunjukkan asal tidak keterlaluan. Bergaya dengan mengenakan pakaian uniseks, Kak Is mula bekerja sebagai budak pejabat pada usia belasan tahun.
“Masa itu tak ramai golongan macam saya. Sungguh pun begitu, ada hospital kerajaan boleh melakukan pembedahan jantina.
“Ketika usia 17 tahun, saya buat keputusan sendiri tanpa diketahui keluarga. Diam-diam saya daftar untuk ‘potong’ bahagian bawah agar dapat jadi macam wanita sejati kononnya,” kata Kak Is.
Sebelum menjalani pembedahan tersebut, Kak Is perlu mengambil pil hormon setiap hari. Kemudian setiap bulan, dia dikehendaki berjumpa doktor untuk memeriksa tahap hormon dan kesihatan keseluruhan.

Kesan daripada pengambilan pil berkenaan, fizikal Kak Is semakin menyerupai kaum hawa sebenar. Di sebalik ejekan daripada masyarakat, lebih banyak lagi pujian mengembangkan hati diterima.
Malah di tempat kerja, Kak Is sangat popular dan mempunyai ramai peminat. Popularitinya meruah sampaikan kutipan dana dilakukan bagi membantu menjayakan hasrat menjalani pembedahan menukar jantina.
Setelah setahun melalui rutin menelan pil yang cuma akan hilang pahitnya di lidah selepas dua jam, tiba saat dinanti-nantikan Kak Is. Dia dimasukkan ke wad perempuan sebelum menanti masa menjalani pembedahan.
“Masa di wad itu tak ada sesiapa pun yang perasan saya sebenarnya lelaki. Perasaan takut dan berdebar ada.
“Tapi saya nekad sebab fikir ini saja caranya untuk jadi macam perempuan betul. Nama pun sudah disediakan. Saya dah berangan akan tukar nama kepada Rozlina,” imbau Kak Is.
 
Kerja halal
Pendirian itu bagaimanapun goyah selepas Kak Is melawat seorang kawan yang terlebih dahulu menjalani pembedahan itu di hospital sama.
Seksa! Itu istilah paling tepat apabila melihat keadaannya yang sentiasa berkerut kesakitan.
“Aku menyesal. Baik kau jangan bedah. Nak kencing setitik pun sakitnya Tuhan saja yang tau,” rintih kawannya itu.

Plop! Sekelip mata angan-angan menjadi Rozlina berkecai. Apa tergambar di fikiran Kak Is hanyalah kerut seksa pada wajah kawannya yang asyik meracau sakit. Tanpa berfikir panjang dia angkat kaki meninggalkan katil hospital.
“Tapi ada baiknya saya tak jadi bedah. Semua yang buat menyesal tak sudah! Itu belum masuk kesan sampingan lain.
“Ramai jadi ‘tingtong’ atau tak berapa betul lepas bedah. Mungkin sebab ada saraf tertentu terpotong sekali atau disebabkan emosi terganggu kerana bayangan dosa, tak pastilah pula,” ujar Kak Is.

Tambahnya, ada juga yang mengalami tekanan perasaan berat sampaikan bermimpi setiap malam ‘anu’ yang dipotong datang mencari minta ditanam dengan sempurna. Pendek kata, kebanyakan terlibat pasti sedikit sebanyak merasakan penyesalan.
“Tapi kebanyakan pondan baru sekarang bukan nak dengar nasihat orang lama. Ada tu baru umur 15, 16 sudah pandai ke Thailand untuk ‘potong’ sebab tak boleh lakukannya di sini.
“Kalau setakat ambil pil, esok lusa kalau nak bertaubat dan tinggalkan pil tu, bahagian yang membesar akan kecut semula.
“Paling ralat sudahlah dapat dosa sebab bedah tang situ, buat pula kerja tak elok menjual diri,” selarnya.
 
Tingkatkan kemahiran
Bagi Kak Is, golongan lembut yang menjual dirilah punca mak nyah lain mendapat pandangan jijik masyarakat. Sedangkan di luar sana, ramai lagi yang menyandang jawatan hebat dan berjaya dalam karier.
“Kak Is selalu nasihatkan mereka, kalau tak ada pelajaran tinggi pun buatlah kerja halal. Jual minyak wangi di pasar raya pun tak apa daripada mengharap duit makan daripada sumber haram.

“Percayalah, hidup tak ke mana sudahnya nanti,” ujar Kak Is yang bersyukur kerana pernah mengambil kursus solekan dan dandanan ketika berusia awal 20-an.
Menggunakan kelulusan berkenaan, Kak Is membuka perniagaan andaman malah pernah bergelar jurusolek terkenal satu ketika dulu. Antara artis yang sering mendapat khidmatnya ialah model dan pelakon, Nasha Aziz.

“Waktu muda ramailah yang nak kat kita. Tapi tanpa kerja tetap atau kemahiran untuk meraih pendapatan, lama kelamaan pasti tersungkur.
“Masa tu menyesal pun dah tak guna,” tutur Kak Is yang kini menjalankan perniagaan di rumahnya yang terletak di Subang Jaya, Selangor.
Read more ...

September 17, 2012

Cara Berjilbab Atau Bertudung Yang Malah Buat Dosa....



Baru-baru ini jilbab telah menjadi trend masyarakat  khususnya kaum hawa. Dari mereka ada yang rela mengeluarkan isi dompet untuk memperdalam ilmu mempercantik diri dengan jilbab. Namun, apakah mereka tahu peraturan berjilbab yang sesungguhnya? Kerana, tidak semua pemakai jilbab telah benar-benar menutup aurot sehingga terhindar dari dosa.

Ada beberapa gaya berjilbab yang justru menambah koleksi dosa bagi pemakai jilbab tersebut.

1. Jilbab dengan bahan tipis bahkan transparant
 
Memakai jilbab dengan bahan yang tipis memang terlihat modis. Dan bahan ini sangat sesuai bagi para muslimah yang berada di daerah yang panas. Sehingga rasa panas tidak begitu membunuh mereka. Namun, jilbab dengan bahan inilah yang justru membuat dosa. Rosulullah SAW menyebut hal seperti ini dengan sebutan “berpakaian tapi telanjang”.

2. Jilbab ketat
 
Muslimah diwajibkan memakai jilbab bertujuan agar menutupi kulit serta lekuk tubuh yang menggoda para kaum adam. Namun, baru-baru ini para muslimah seakan-akan mengacuhkan ketentuan berjilbab tersebut. Mereka memang berjilbab sesuai perintah, tetapi lekuk-lekuk tubuh mereka masih saja terlihat. Bahkan sebahagian dari muslimah tersebut berjilbab hanya untuk menonjolkan lekuk tubuh mereka. Hal seperti inilah yang menambah isi dompet dosa mereka.

3. Jilbab yang mirip pakaian lelaki
Seluar jeans dan tshirt lengan panjang adalah identik pakaian laki-laki. Pakaian-pakaian tersebut tidak jarang juga dipakai oleh para muslimah. Walaupun mereka memakai kerudung, namun kerudungnya tidak menjuntai hingga dada. Terlebih lagi dipadu dengan kaos lengan panjang serta seluar jeans. Seperti seorang laki-laki yang memakai kerudung. Gaya seperti ini tidak boleh dipakai oleh para muslimah. Kerana gaya seperti ini adalah dosa bagi para muslimah. Seperti yang tertera dalam Al-Qur’an surat An Nuur ayat 31.

4. Jilbab yang menyerupai wanita kafir
 
Zaman memang sudah berkembang, begitu juga dengan model-model berbusana. Namun, peraturan tidak lah berubah sedikitpun. Begitu halnya peraturan bejlilbab. Para muslimah hendaknya benar-benar mengetahui bagaimana tata cara berjilbab yang benar. Kerana, hal yang paling membuat dosa adalah salah pengertian tentang berjilbab. Sebagai contoh apabila mereka berjilbab tetapi membuat seperti wanita kafir. Seperti berkerudung namun pahanya masih jelas terlihat, berjilbab namun dada tetap dipamerkan. Dengan demikian, berjilbab justru membuat mereka semakin berdosa saja. Jadi, pelajarilah peraturan-peraturannya terlebih dahulu sebelum bertindak.

Read more ...

Fuhh!!! Kejam..Orang Gila Yang Membedah Wanita Hamil Dalam Keadaan....

Dialah Shiro Ishii adalah seorang ahli mikrobiologi dan leftnan jeneral Unit 731, sebuah unit perang biologis Tentara Kekaisaran Jepun selama Perang Sino-Jepun. Ia dilahirkan di Desa Shibayama Sanbu di Prefektur Chiba, dan belajar kedoktoran di Universiti Kekaisaran Kyoto.
Pada 1932, ia memulai eksperimen pendahuluan dalam perang biologis sebagai projek rahsia tentera Jepun. Pada tahun 1936, Unit 731 terbentuk. Ishii membangun sebuah kerja besar – lebih dari 150 gedung-gedung lebih dari enam kilometer persegi – di luar kota Harbin, China.
Kekejaman yang dilakukan oleh Ishii dan yang lain di bawah komandonya di Unit 731 meliputi: pembedahan makhluk hidup iaitu orang (termasuk wanita hamil yang dihamili oleh doktor), tahanan aneh dengan kaki diamputasi dan dipasang ke bahagian lain dari tubuh mereka, sejumlah tawanan dibuat beku anggota tubuhnya dan dicairkan untuk mempelajari hasil gangren yang tidak diubati.
Manusia juga digunakan sebagai bahan uji hidup untuk dibaling dengan bom dan nyala api. Tahanan disuntik dengan inokulasi penyakit, dengan disamarkan sebagai program vaksinasi, untuk mempelajari efek mereka. Untuk mempelajari efek penyakit kelamin yang tidak ada ubat, tawanan laki-laki dan perempuan sengaja diinfeksi dengan sifilis dan gonore melalui perkosaan, lalu dipelajari. Setelah Jepun di bom Amerika , Ishii menghabiskan waktunya dalam penjara untuk kejahatannya dan meninggal pada usia 67 akibat kanser kerongkongan.

Read more ...

CARA MENGETAHUI KARAKTER SESEORANG DILIHAT DARI POSISI TIDURNYA



Benar-benar pecinta jiwa kebebasan. Pose seperti ini menunjukkan identiti asli anda. Pecinta kenyamanan dan pemuja kecantikan, tapi anda juga orang yg boros (tapi untungnya anda juga berpenghasilan lumayan). Beberapa sifat lain yg kurang baik adalah anda sedikit usil dan sangat menikmati gosip. Jadi, siapa yg anda sebutkan di cerita anda sekarang akhir2 ini?

Tidur telentang dengan kaki menyilang
 

 
Siapapun yangg tidur dengan menyilangkan kakinya dikatakan terobsesi diri dan menemukan kesulitan dalam menerima perubahan. Kesendirian adalah prioritas anda. Namun, kualiti penebusan anda adalah batas toleransi.

Tidur telentang dengan tangan menopang kepala
 

 
Anda sangat cerdas dan antusias untuk belajar. Namun kadang2 anda penuh dengan idea2 gila yg sulit untuk diikuti orang lain. Anda sangat menjaga keluarga anda dengan baik, tapi masalahnya adalah anda sangat mencintai setiap orang. Pilihan yang sulit, Huh?

Tidur tengkurap
 

 
Jika anda tidur tertelungkup sepanjang malam anda cenderung berpikiran sempit. Anda mungkin egois dan selalu memaksa orang untuk memenuhi kebutuhan anda sendiri. Anda juga cenderung sembrono dan acak-acakan.
Waktunya merubah posisi tidur anda?

Tidur miring berbaring di satu sisi
 

 
Sikap ini menunjukkan bahawa anda percaya diri. Anda akan melihat keberhasilan dalam apa pun yang anda lakukan, dengan semangat dan usaha anda. Orang2 yg tidur di sisi kanan mereka dengan lengan kanan mereka yang membentang di atas kepala mereka dan berbaring di sisi kanan dikatakan akan diberkati dengan kekuasaan dan kekayaan.

Tidur miring meringkuk
 

 
Egois, cemburu, dan dendam adalah kata-kata yang menggambarkan anda. Orang-orang di sekitar anda harus Hati-hati untuk tidak menginjak jari-jari kaki anda saat anda mudah tersinggung!

Tidur miring berbaring di satu lengan
 

 
Bertentangan dengan yg sebelumnya (meringkuk), anda lembut, sopan, jujur, dan penuh kasih. Jadi, tak ada yg sempurna. Bangun rasa percaya diri anda dan belajar untuk menerima kesalahan atau ketidaksempurnaan. Kebahagiaan akan menghampiri anda!

Tidur miring dengan satu lutut ditekuk
 

 
Anda cenderung rewel, selalu merengek dan mengeluh. Kegugupan mungkin nama kedua anda. Anda mudah tegang dan terlalu gembira atas hal-hal kecil yang sepele. Kehidupan bukanlah sesuatu yg berlebihan. Belajarlah untuk santai.

Tidur dengan sikap memeluk
 

 
Anda merasa kesepian dan tertekan kerana anda terobsesi dengan kegagalan dan kemunduran masa lalu anda. Anda ragu-ragu dan ragu-ragu, memberi orang lain kesan bahwa cinta telah hilang dalam hidup anda.

Menutup dari kepala hingga jari kaki
 

 
Anda mungkin tampak macho di depan umum, tapi jauh di dalam hati Anda pemalu dan lemah. Anda cenderung untuk menyimpan banyak rahasia. Jika anda menemui masalah, anda lebih suka menyimpannya untuk diri anda sendiri daripada meminta bantuan. Tidak heran jika anda meringis dalam tidur anda! 

Read more ...

Cuba Teka Gambar Apa?

 Cuba Teka Gambar Apa?


Pagi-pagi cuti umum ini mungkin ada yang kebosanan kerana tidak ada aktiviti yang hendak dilakukan.
Nak pergi ‘open house’ nampaknya dah mula berkurangan…apa kata kita layan gambar di atas dan di bawah.

Apa-apa pun janganlah menyempitkan fikiran dengan mengatakan ini cerita lucah ye.
Sebenarnya, mungkin ini adalah jenis buah yang paling ‘pelik’ di dunia, tanaman unik ini tumbuh di Vietnam dan masyarakat setempat menyebutnya sebagai buah loofah.
Yang unik dari buah ini adalah bentuknya sangat mirip dengan payudara, berwarna “blue”, uniknya lagi pada bahagian hujungnya terdapat puting yang sangat mirip dengan…ermmm, anda faham sendirilah.

Saya potong gambar ini pada bahagian hujungnya, orang pasti akan menyangka bahawa ini adalah gambar payudara gadis
Namun setelah dilihat secara lengkap kita akan melihat bahawa ini adalah bahagian hujung dari buah loofah tersebut.
Lucah ke?



Read more ...