Lelaki OHHhh Lelaki
- Antara salah satu kelebihan utama lelaki ialah dapat lesen besar untuk berkahwin lebih daripada satu yakni empat walaupun satu tu pun tak terjaga atau belum tentu dapat.
- Akan dapat gelaran ketua secara automatik bila sahaja melangkah ke alam rumahtangga biarpun dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan.
- Tak berapa nak kisah sangat kalau wajah ditumbuhi dengan bulu yang dipanggil misai atau janggut, walaupun adakalanya ianya hampir menyerupai dengan makhluk lain kerana tak dijaga.
- Tidak menjadi buah mulut masyarakat bila terserempak dengan seorang lelaki memegang satu pinggan penuh dengan nasi di mana-mana kedai makan
- Mampu berubah watak dan sikap dalam sekelip mata bila sahaja melihat air mata pasangannya berjujuran.
- Tak terlalu risau tentang bentuk tubuh dan cara berpakaian....
*Waaaaaa...serba sedikit yang Jen dapat kongsikan bersama anda..Redah Jeee
