October 22, 2011

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

















Bahan-bahan:-
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-2 untuk "make up"(perap) ayam : -
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir-
  • 2 sudu besar herba campuran ( letak campuran dried parsley, oregano + basil)
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
Cara-cara:-
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- Hana perap semalaman (* perap 3 jam)
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
  5. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. (Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar. )