October 06, 2011

Dalam Kenangan...

Rasanya baru semalam Jen  ada buat artikel mengenai apple dengan model terbarunya..pagi ini dikejutkan bekas CEO Apple Steve Job meninggal dunia. Kenyataan rasmi itu telah dibuat melalui Apple sendiri.

Dunia kehilangan besar orang yang telah membawa pelbagai inovasi dalam dunia perkomputeraan dan telefon pintar dan teknologi secara amnya. Sebelum ini Steve JOb telah meletakkan jawatan sebagai CEO Apple dan digantikan dengan Tim Cook yang teleh mempersembahkan iphone 4S kepada umum sebelum ini.

Dengan idea yg berlimpah ruah serta kebijaksanaan mempertingkatkan gaya hidup pengguna seluruh dunia pelbagai inovasi telah dibawakan oleh beliau selama bertahun tahun.