
KERJA-KERJA menyiapkan Kompleks Sukan Jaka Baring, Palembang kini sedang giat dijalankan ekoran Sukan SEA 2011 semakin hampir membuka tirainya.
JAKARTA - Forum alam sekitar Indonesia Wahana Lingkungan Hidup Indonesia (Wal- hi) cawangan Palembang memberi amaran bahawa musim hujan yang melanda rantau ini penghujung Oktober akan menyebabkan banjir di beberapa venue Sukan SEA 2011.
Pegawainya, Hadi Jatmiko berkata, ibu kota Sumatera Selatan itu mempunyai seja- rah kejadian banjir ketika musim tengkujuh, dan tahun lepas sahaja Palembang dilanda banjir sebanyak 48 kali.
"Paling buruk ialah pusat utama temasya iaitu Bandar Raya Sukan Jakabaring yang dibangunkan atas bekas kawasan paya," kata Hadi kepada Jakarta Globe dalam lapo- ran eksklusifnya semalam.
"Sumatera Selatan kini menghampiri penghujung musim kemarau dan menurut BMKG (Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika) musim hujan akan bermula pada akhir Oktober. Banjir dijangka melanda ve- nue Sukan SEA," katanya.
Hadi berkata, Walhi telah menentang keras pembinaan stadium untuk acara sukan antarabangsa itu kerana percaya pembinaan tersebut akan memburukkan lagi keadaan banjir di bandar raya berkenaan.
Beliau turut menasihatkan pihak berkuasa tempatan agar bersedia untuk keja- dian banjir besar.
Sementara itu Imam Hendargo dari Kementerian Alam Sekitar berkata, Bandar Raya Sukan Jakabaring tidak akan dibina tanpa meneliti hasil kajian impak alam sekitar.
Sementara itu, pengarah bagi pusat perubahan cuaca dan kualiti udara BMKG, Advin Aldrian mengesahkan musim hujan akan bermula akhir bulan Oktober atau No- vember di Palembang.
"Saya tidak tahu apa bentuk persediaan yang telah mereka lakukan.
"Banjir boleh diatasi menerusi sungai buatan manusia, tetapi saya tidak tahu apa rancangan mereka dalam menghadapi musim hujan," katanya.
"Ketika masa hanya tinggal sebulan lebih sebelum temasya bermula, penganjur berusaha menyiapkan kemudahan mengikut jadual, sementara beberapa venue di Palem- bang seperti stadium acara trek dan padang, pusat akuatik serta padang besbol masih jauh untuk siap, menurut laporan itu. -
![]()
