Majlis penyerahan dan penerimaan 3 biji model kenderaan polis berjenama Chevrolet ini diadakan di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Dalam Negeri Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, dan Pengerusi NAZA Group, SM Faisal Nasimuddin.
3 biji model kenderaan polis itu adalah terdiri dari 2 biji Chevrolet Captiva (Warna putih dan warna hitam), dan sebiji Chevrolet Cruze. Kedua-dua kenderaan dilengkapi dengan peralatan yang akan digunakan bagi anggota polis
Sebelum ini, PDRM juga pernah bercadang untuk menaiktaraf kereta perondanya dengan memperbanyakkan kenderaan pelbagai guna SUV. Dengan munculnya Chevrolet Captiva SUV ini, PDRM sedikit sebanyak akan menambahkan lagi kereta perondanya. Memang cun wooo...






Tahniah NAZA World atas satu usaha yang murni, semoga kenderaan baru yang dibekalkan ini akan memberi manfaat besar kepada PDRM.
![]()
