November 09, 2011

Wanita Dengan Pendakap GIGI

fuyooo...gigi besi ramai yang akan gelak jika tgk seseorang memakai pendakap gigi.ada yg takut ada yg gelak..tapi tahukan anda semua kegunaan pendakap gigi untuk apa...?? kalau wanita dengan pendakap giginya bagaimana pula dengan lelaki?? ce cite ce cite..kueng kueng kueng...Disini Jen ingin kongsikan pengalaman menggunakan pendakap gigi yang mempunyai berbagai colour dan bentuk.. Wanita amnya memang mementingkan kecantikkan dan tidak teragak agak untuk membelanjakan duit asal gigi bertambah manis senyuman bila kita memiliki gigi yang putih tersusun cantik...adakah anda begitu??Ada yg kata kalau guna "braces" ni anak org berada..fuyooo...itu dulu tidak sekarang jika difikirkan kembali ada juga benarnya. Ini kerana tidak semua orang mampu untuk memakai pendakap gigi disebabkan faktor kos pemasangan pendakap gigi serta penyelenggaraan sepanjang tempoh pemakaian yang agak tinggi.

Hakikatnya, memang kos memakai pendakap gigi agak tinggi dan ia lebih ditentukan oleh lokasi di mana rawatan dijalani sama ada hospital kerajaan atau klinik swasta...kos memasang pendakap gigi adalah sekitar RM1,500 jika menjalani rawatan di hospital kerajaan tetapi boleh mencecah hingga RM5,000 di klinik swasta...so anda pilih anda nilai yg mana sesuai dihati anda..elakkan pembaziran..

Mungkin ada sesetengah wanita ini merupakan trend terkini bg mencantikkan gigi..eggegege...sakit x terkata..ye ker?? x sure pulak sebab Jen pun x guna..faktor utama memakai pendakap gigi adalah untuk `menghasilkan barisan gigi yang cantik dan sihat. para wanita juga menganggap gigi yang cantik dan sihat membolehkan seseorang itu lebih berkeyakinan dalam pergaulan. Memakai pendakap gigi adalah satu alternatif terbaik untuk memberikan kelebihan ini. Namun, memakai pendakap semata-mata tidak mencukupi. Pemakainya perlu mengambil berat aspek penjagaan gigi dan kebersihan mulut untuk mendapatkan hasil terbaik dan mengelakkan keradangan yang serius.