Doa pengasih
ini baik diamalkan supaya mendapat kekasih yang dihajati. Jika suka
seseorang itu berusahalah secara baik dan bukan secara paksaan seperti
menggunakan minyak pengasih, minyak cenuai dan lain-lain minyak yang
dimentarakan dengan menggunakan sihir.
Jika
mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT akan mendapat berkat serta kasih
sayang yang tulin. Kasih sayang berpanjangan. Jika menggunakan ilmu
pengasih yang menggunakan sihir, selepas masanya, kekasih anda akan
sedar dia disihirkan. Jauhkan sihir kerana ia adalah syirik dan dosa
besar. Tak bau syurga bila mati.
Amalkan dua doa ini yang sebaik-baiknya kepada mereka yang berhajat mendapat kekasih hati supaya dijadikan teman hidup.
Maksudnya:
"Maha
Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan;
sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka,
ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin ayat
36)
Maksudnya:
"(Ingatlah
peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku!
Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan;
aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". "(Surah Yusuf Ayat
4)
Cara-caranya:
Setiap
kali bertemu atau bersua dengan kekasih atau suami anda, bacalah kedua
ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu
membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan
hanya membaca di dalam hati. Dihembus perlahan kearah mukanya. Selain
itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas
solat sebanyak 3 kali.
Wasallam.
![]()
